Saturday

Beraya di Terengganu

...Gathering on Eid with Family...
Kiranya dah 5 kali raya aku tak raya kat kampung dengan keluarga.. raya tahun ni memang cukup bermakna la bagi aku sebab sempat jugak sampai Malaysia hari akhir ramadhan..
Hari jumaat (28.10.05) Man confirm dgn aku, kol 8mlm kumpul kat Marrina hotel. Sebenarnya ada org ajak aku balik beraya.. balik free.. sebab flight dari m'sia yg dtg bawak bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi di Pakistan akan balik ke m'sia malam tu.. jadi aku pon tak lepas peluang la.. lagipon aku memang tgh duk kira2 nak balik m'sia dlm waktu terdekat tu.. mungkin dlm january ke.. tapi ni dah ada peluang camni.. bleh balik beraya..tak tolak la..
Malam tu lepas siap2 barang aku ke airport tentera udara pakistan di Chaklala airport. Sampai kat sana lepak dulu kejap kat airport tunggu flight yg aku nak naik tu dtg dari m'sia.. lebih kurang beberapa jam tunggu.. sampai la flight tu.. aku pon diberi borang pelepasan tanggungjawab (borang mati) untuk membolehkan aku ikut terbang dengan Charlie TUDM tu..
dah siap isi semua.. tunggu kejap.. angkut barang.. untung aku balik kali ni sebab barang yg aku bawak tak perlu melalui sebarang pemeriksaan dan timbang2.. tah berapa puloh kilo aku angkat aku pon tak pasti.. semua beg aku 5 bijik..
lebih kurang kol 3pg kalo tak silap aku.. kami pon berlepas ke Karachi.. sebab flight kami akan bertolak ke m'sia pada keesokan harinya.. tapi flight tu hanya diberi kebenaran parking di airport Karachi. Sampai di karachi dah cerah.. kami dibawa ke Shereton hotel untuk menginap semalam.. sampai di hotel tu, call Iqbal.. cadang nak gi lepak umah dia..sebab dah lama tak turun Karachi ni.. jumpa member2 dulu la.. mlm tu sempat la ronda2 bandar karachi tgk suasana mlm2 akhir ramadhan.. meriah la.. sampai ke pagi org duk shoping lagi.
Esoknya kol 12.30 pegi airport... siap check In segala.. naik flight.. dapat berita India tak bagi masuk ruang udara dia dan tak bagi landing untuk isi minyak. Sepatutnya flight kami kena singgah di Chennai airport utk isi minyak..lepas tu baru terus ke Subang. Tapi kebetulan kemaren tu berlaku 4 kejadian bom di India.. jadi sikit sebanyak memberi pengaruh kepada flight kami untuk tidak diberi izin mendarat pada hari tu.. lepas tu ditunda keesokkan harinya (31.10.05). Lepas berbuka puasa, kami keluar balik dari Qued Azzam International Airport Karachi tu.. ke Shereton Hotel lagi.
Esoknya, 12.30am ke airport lagi.. check-in.. terus masuk ke lapangan berlepas.. tunggu kejap.. kira2 jam 3am lebih kami berlepas.. perjalanan mengambil masa lebih kurang 4jam 20 minit. Sampai di Chennai kami berehat kejap sementara tunggu kapal terbang diservic. Aku sempat amek gambar dalam lampangan terbang tu.. baru je amek sekali.. datang pegawai keselamatan airport larang kami bergambar. nasib baik sempat satu :D
Tiba di Subang Airport jam 5.30am lebih kurang.. dari Subang aku tumpang member aku naik bas Angkatan Tentera ke shah alam.. turun kat dataran Shah Alam sementara tunggu kawan aku datang amek. Dari situ aku ke Pinggiran UK.. pastu Adik,sepeupu aku dtg amek gi umah dia.. lepak2..rehat2 dulu umah dia.. makcik aku dah balik KG masa aku sampai tu.. tinggal Uncle dgn sepupu aku.. Adik,Uda,Remy.. ptg tu kuar dgn kawan kjp.. ye laa. lama tak jumpa.. sesekali bleh balik camni bleh la melepas rindu ;)
Haritu berbuka kat kedai mamak.. ptg tu aku beli air tebu.. teringin nak minum air tebu.. kat kedai mamak tu.. mintak ais kosong.. elok je tuang air tebu dlm gelas tu.. nak simpan air yg lebih.. skali tertumpah la pulak.. hehehe.. abis basah suar sepupu aku.. sorry Adik..!
Malam kuar lagi..gi jalan Tunku Abdul Rahman.. beli bunga :D
Esok pagi aku balik ke Terengganu dengan bas Cepat Express.. bas jln 11am.. sampai stesen bas trg.. Abah&adik aku Zahid dah tunggu.. elok je sampai umah ptg tu.. azan pon berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib dan waktu berbuka puas utk yg terakhir kalinya dalam tahun ni.. AlhamduliLlah... terima kasih tuhan yg memberi perlindungan dan jagaan sepanjang perjalanan ku.. sempat jugak aku beraya di kampung tahun ni.. lepas % tahun beraya jauh dari kampung dan keluarga..
SALAM AIDIL FITRI..MAAF ZAHIR BATIN.