Thursday

PERJUANGAN BELUM SELESAI

AlhamduliLlah.. PRU12 telah berlalu..
Berlalu dengan satu tanda yang jelas kelihatan.
Meninggalkan puing2 BN sebagai kenangan buat catatan dlm sejarah negara.
Angkara kerakusan walaupon mungkin belom tahap rakusnya kerajaan firaun.. sesuai dengan kejatuhannya yang belum setaraf jatuhnya kerajaan Namrud.. Sesuai rasanya..

Terima kasih kepada yang bersama membuka minda walau masih dalam separuh pejam..
Aku sebagai seorang dari khalayak penduduk Malaysia berasa bersyukur dan bangga dengan perubahan yang sanggup sama2 rakyat sumbangkan..

Walau dalam sejuta keperitan menyampaikan maklumat dengan segala sekatan dan fitnah dari mereka yang berkuasa atas segala media dan kesan didik 50 tahun.. akhirnya terlihat juga perubahan yang ingin aku lihat.. Tanpa satu habuan fulus apatah lagi projek, aku yg tak langsung berkepentingan cukup merasa puas hati dengan perkembangan ini. Demi anak cucu dan generasi ku akan datang.. Betol2 satu keuasan walaupon disana masih menunggu kepuasan2 yg sebenar... utk PRU12.. rasanya cukup :)

Namun, dalam tuhan memberi tunjuk teladan atas apa yang berlaku.. masih banyak lagi pihak yang terus bersikap angkuh.. sekaligus menunjukkan rasa tak dapat terima kenyataan atas kekalahan yg dilalui.. begitu fanatik dan munafik sekali setelah sekian lama meludah kini pakat2 telan balik.. begitu senang melempar tuduhan digiliran pihak lain, kini mereka melakukan yang sama.. Ingat, ini satu pengajaran.. ambil lah pengajaran.. namun perlu hati yang terang..

Hentikanlah kerja2 kalian yg sekian lama menakut2kan rakyat marhean..rakyat kini lebih berani dan berfikiran jauh kedepan dari kalian yg asyik memain2kan rakyat demi kepentingan diri dan kroni masing2.. hentikanlah..

Betulkan niat. kotakan kata.. kalau benar yang diatas bertujuan kebaikan untuk rakyat, negara, bangsa dan ugama.. bekerjasamalah dengan ikhlas walau dengan pihak mana.. parti mana.. ketua mana sekalipon yang telah dipilih rakyat.. Jauhi rasa dendam dan ingin melihat yg bukan dari parti sendiri jatuh.. jatuh mereka berarti jatuh kepentingan dan maruah bangsa dan neara.. bekerjasamalah... itu harapan kami..

Semua yang dipilih rakyat kini berada sama2 satu bumbung pusat gerak kerja untuk rakyat.. hentikan kata2 "kini mereka dah menang.. kita nak tengok setakat mana mereka boleh kotakan janji" tukar dengan kata2 "kini mereka juga telah dipilih rakyat sebagai sebahagian dari kerajaan.. sama2lah kita bantu mereka.. bekerjasama demi kebaikan rakyat.. demi kesejahteraan ugama, bangsa dan negara tercinta"..

Saturday

BERTUDUNG TAK PENTING BAGI PEMIMPIN PEREMPUAN ISLAM

BERTUDUNG TAK PENTING BAGI PEMIMPIN WANITA ISLAM ?

Dalam keghairahan kita berkempen untuk memenangkan calon masing-masing menjelang Hari Mengundi 8 Mac ini seharusnya kita tidak sekali-kali melupa apalagi menggadaikan pegangan agama kita. Demikianlah juga sepatutnya calon-calon yang bertanding. Benar kemenangan itu penting tetapi janganlah sampai keperingkat kita sanggup dan bersedia meninggalkan amalan dan hukum agama dalam mencapai agenda kemenangan kita itu. Lebih parah lagi kita sendiri yang memperlekeh dan mempermainkannya.

Dalam mengikuti perkembangan kempen pilihanraya diakhbar tempatan hari ini saya tertarik dengan laporan Metro Central, sisipan akhbar The Star Jumaat lalu Di muka depannya dipaparkan gambar besar calon Parlimen Ampang dari PKR Zuraida Kamaruddin yang bertembung dengan calon BN/Umno bagi DUN Bukit Antarabangsa Haslinda Mohd Zerain semasa berkempen distesyen LRT Ampang.

Kedua-duanya tampak ceria dan saling bermesra menurut laporan itu.


Tetapi yang menarik perhatian saya adalah dailog antara keduanya yang dilaporkan dalam akhbar tersebut. Zuraida dikatakan bertanya Haslinda:
Where is your tudung?
Dimana tudung anda?

Kata Zuraida beliau bukan berniat jahat (ketika mengajukan soalan itu) cuma sekadar menegur bagaikan seorang ibu kepada anak, takut-takut Haslinda terlupa sesuatu. Haslinda ketika itu mengenakan "cap" atau topi BN dengan pakaian kebaya warna "pink".

Lalu apa kata Haslinda:
Mengenakan tudung bukannya suatu isu. Seorang ahli politik wanita hendaklah diukur dari komitmen yang diberikannya bukan samada dia bertudung ataupun tidak.

Saya tidak berhasrat menambah lebih dari apa yang Puan Zuraida telah sampaikan, cumanya kalau beginilah sikap seorang pemimpin Puteri Umno, seorang bertaraf calon wakil rakyat, maka begitulah agaknya pegangan parti beliau.

Panas mungkin kalau berlitup tudung di kepala, tambah dimusim kempen-kempen ini, tak selesa. Kenapa tidak Haslinda syorkan sahaja, oleh kerana komitmen lebih penting, maka makcik-makcik wanita dan puteri Umno yang lain semuanya berpakaian seperti beliau sahaja, senang.
Hari Mengundi 8 haribulan ini seluruh perayu wanita dan puteri Umno, makcik-makcik tua dan adik-adik muda semuanya, tak perlulah bertudung, kerana tudung itu bukan isu, yang penting komitmen, yang penting menang.

Kesimpulannya, wajarkah pengundi yang berugama islam turut bersubahat memberi sokongan kepada bakal pemimpin yang memperkecilkan tuntutan ugamanya sendiri?


Terima kasih Haslinda, sekurang-kurangnya anda telah memberi faham kepada kami tentang betapa progresif dan liberalnya Islam Hadhari yang dicetuskan oleh "bos" anda itu.