AlhamduliLlah.. PRU12 telah berlalu..
Berlalu dengan satu tanda yang jelas kelihatan.
Meninggalkan puing2 BN sebagai kenangan buat catatan dlm sejarah negara.
Angkara kerakusan walaupon mungkin belom tahap rakusnya kerajaan firaun.. sesuai dengan kejatuhannya yang belum setaraf jatuhnya kerajaan Namrud.. Sesuai rasanya..
Terima kasih kepada yang bersama membuka minda walau masih dalam separuh pejam..
Aku sebagai seorang dari khalayak penduduk Malaysia berasa bersyukur dan bangga dengan perubahan yang sanggup sama2 rakyat sumbangkan..
Walau dalam sejuta keperitan menyampaikan maklumat dengan segala sekatan dan fitnah dari mereka yang berkuasa atas segala media dan kesan didik 50 tahun.. akhirnya terlihat juga perubahan yang ingin aku lihat.. Tanpa satu habuan fulus apatah lagi projek, aku yg tak langsung berkepentingan cukup merasa puas hati dengan perkembangan ini. Demi anak cucu dan generasi ku akan datang.. Betol2 satu keuasan walaupon disana masih menunggu kepuasan2 yg sebenar... utk PRU12.. rasanya cukup :)
Namun, dalam tuhan memberi tunjuk teladan atas apa yang berlaku.. masih banyak lagi pihak yang terus bersikap angkuh.. sekaligus menunjukkan rasa tak dapat terima kenyataan atas kekalahan yg dilalui.. begitu fanatik dan munafik sekali setelah sekian lama meludah kini pakat2 telan balik.. begitu senang melempar tuduhan digiliran pihak lain, kini mereka melakukan yang sama.. Ingat, ini satu pengajaran.. ambil lah pengajaran.. namun perlu hati yang terang..
Hentikanlah kerja2 kalian yg sekian lama menakut2kan rakyat marhean..rakyat kini lebih berani dan berfikiran jauh kedepan dari kalian yg asyik memain2kan rakyat demi kepentingan diri dan kroni masing2.. hentikanlah..
Betulkan niat. kotakan kata.. kalau benar yang diatas bertujuan kebaikan untuk rakyat, negara, bangsa dan ugama.. bekerjasamalah dengan ikhlas walau dengan pihak mana.. parti mana.. ketua mana sekalipon yang telah dipilih rakyat.. Jauhi rasa dendam dan ingin melihat yg bukan dari parti sendiri jatuh.. jatuh mereka berarti jatuh kepentingan dan maruah bangsa dan neara.. bekerjasamalah... itu harapan kami..
Semua yang dipilih rakyat kini berada sama2 satu bumbung pusat gerak kerja untuk rakyat.. hentikan kata2 "kini mereka dah menang.. kita nak tengok setakat mana mereka boleh kotakan janji" tukar dengan kata2 "kini mereka juga telah dipilih rakyat sebagai sebahagian dari kerajaan.. sama2lah kita bantu mereka.. bekerjasama demi kebaikan rakyat.. demi kesejahteraan ugama, bangsa dan negara tercinta"..
No comments:
Post a Comment