Thursday

FAKTA KEMISKINAN BUMIPUTERA

FAKTA KEMISKINAN BUMIPUTERA

pendapatan isi rumah kasar bulanan untuk tahun 2004 bagi kaum bumiputera adalah RM2,711 sebulan, Cina (RM4,437), dan India (RM3,456).
Statistik Jabatan Perangkaan itu, menunjukkan peningkatan 5 peratus pendapatan isi rumah kaum India berbanding 1999 yang cuma berjumlah RM2,702 dan bumiputera tidak berubah (RM2,711).
kadar kemiskinan tegar kaum bumiputera jauh lebih tinggi iaitu 8.3 peratus berbanding kaum India (2.9 peratus) manakala Cina (0.6 peratus) pada tahun 2004.
"Angka ini juga kalau dibandingkan dalam tahun 1999 adalah lebih baik di mana kemiskinan dan kemiskinan tegar keseluruhan bagi kaum India di tahun 1999 adalah 3.5% dan berkurang kepada 2.9% pada tahun 2004; jauh lebih baik daripada 8.3% di kalangan Melayu dan bumiputera,” katanya.

Jawapan Dewan Rakyat, 3 Disember 2007 oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Tuesday

Pakat Balik Mengundi

Disini juga aku nak maklumkan.. Parlimen Malaysia sudah dibubarkan. insyaAllah 8hb march akan diadakan pilihanraya umum yg ke 12 yang hanya akan diadakan 4/5 tahun sekali..
Tujuan diadakan pilihanraya ialah menentukan pemerintah negara dan corak serta perundangan yang bakal dijalankan.

Tahap penting pilihanraya ini ialah wajib fardhu ain bagi semua rakyat yg berumur 21 tahun keatas.

Dengan ini diseru semua yg sanggup berjuang dijalan Allah supaya berada dilandasan dan saf yg betol supaya sama2 berjuang di alam nyata.. setip undi adalah penting.

Sama2lah kita meroboh rangkaian penindas dan kezaliman. Buktikan kecintaan kita kepada Allah dalam perjuangan yg sebenar. Sesungguhnya ianya lebih penting daripada peperisaan SPM yg diadakan setiap tahun.

Seruan ini ditujukan kepada semua sahabat dan saudara-mara diseluruh dunia.
Pulanglah demi masadepan Agama, bangsa dan Negara kita serta keturunan kita akan datang.

Sunday

Jangan Main Main

Parlimen dah bubar..
Tarikh pilihanraya dah tetap..
Bagaimana dengan rakyat?
Dah bersedia ke?
Dah tau ke nak pangkah parti mana?


Perlu disedari, pilihanraya ini adalah satu2nya peluang terhebat penghjormatan bagi rakyat untuk menentukan corak kehidupan masing2 di sebuah negara yg didiami khususnya Malaysia.

Kalau selama ini kita sangat berpuas hati dengan seuasana dan tahap kehidupan yang kita nikmati.. tak pernah merungut.. sentiasa merasa aman.. keluarga harmoni.. hidup dalam suasana bebas jenayah.. bebas penipuan.. kemampuan ekonomi selesa.. pembelajaran anak2 cemerlang.. pergaulan anak2 dan msyarakat yang santun.. maka mungkin kita tak perlukan apa2 perubahan.. teruskan kehidupan yang ada.

Namun, pada yang berfikiran sedikit menjangkau.. yang melihat dengan telus TANPA MENIPU HARI DAN DIRI SENDIRI TERHADAPA KEADAAN SEBENAR tahap kehidupan dan suasana masyarakat serta negara hari ini. Kita perlukan satu perubahan.

Hari pilihanraya kita mempunyai kuasa ditangan. Bukan lagi dimulut seperti yang selalu kita rungut2kan selama ini. Bukan lagi dihati yg sering kita cemuhkan terhadap kejala sosial dan jenayah keliling kita hari ini.

Bukan lagi dititisan air mata mengenangkan saban hari kanak2 diculik dan dibunuh tanpa mendapat perhatian sepatutnya.

Bukan lagi merasa pelik terhadap pihak polis yg lebih menumpukan gerak kerja keatas golongan pendakwah daripada meningkatkan prestasi memerangi masalah dadah dan jenayah.

Kuasa memangkah bakal berada ditangan kita.
Usah sia2kan dengan gula-gula yg ditabur.. janji2 yg dibentang saban pilihanraya.
Usah lagi kita redha orang yang buruk akhlaknya.. rakus dan tamak harta sikapnya.. usah biarkan mereka ini menjadi orang yg bakal memimpin dan mengarah kita lagi. Cukuplah.. sudah berapa banyak harat negara mereka timbun dibanglo pribadi mereka.. Usah lagi ada CD permainan SEX menteri sampai ke kaca tv kita.. jangan lagi kita beri kebenaran mereka menghulur dan menerima rasuah sewenang2. Hentikan kezaliman dan percaturan sistem mahkamah dan perundangan.

Sudah lah..
kita perlukan satu perubahan dan anjakan pradigma.
Perubahan yang bakal merubah segala keluh bimbang jenayah sekeliling kita.

Yang lama perlu ditukar baru.
Yang buruk dan usang tak lagi berfungsi untuk kebaikan.
Makin hari makin membawa keburukan.
Simpan mereka ditempat yg sesuai.
Kembali pada fitrah.
Kembali pada jalan Allah

Jangan sia-siakan peluang ditangan!!
UNDILAH BA
TOLAK BN