Ringkasan
Forum ‘Hujah’ TV9.Tarikh : 13 Feb 2007.
Topik : Menangani karenah birokrasi. Mudahkah?
Pengerusi : Prof. Muhammad Agus Yusof (UKM)
Ahli Panel : 1) Dr Syed Azman Syed Ahmad
(Ahli Jawatankuasa PAS Pusat)
2) Hj. Shamsuddin Bardan
(Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia)
Topik (masalah)
Syed Azman : - Prosedur-prosedur yang terlalu ketat dan menyusahkan.
- Tempoh memproses sesuatu permohonan yang panjang.
Shamsuddin : - Sistem birokrasi yang tidak jelas.
- Prosedur-prosedur lapuk dan tidak releven.
Punca (faktor-faktor penyebab berlaku masalah )
Syed Azman : - Sistem yang kurang telus.
- Adanya preference untuk golongan tertentu menyebabkan
urusan sebahagian yang lain ditangguhkan.
- Proses kelulusan dipolitikkan (perlu mendapat kelulusan
dari JKKK, ADUN dll.)
- Tidak melaksanakan polisi/terma yang ada dengan betul.
- Kurang kesungguhan menyelesaikan masalah walaupun telah ada
terma dan langkah mengatasi masalah karenah birokrasi ini.
- Etika kerja yang tidak cekap dan teratur di kalangan penjawat awam.
( Laporan daya saing global dalam Forum Ekonomi Dunia, Geneva:
“Masalah karenah birokrasi kerajaan Malaysia berada di tangga
ke 101 dari 118 buah negara”.
“ Kajian Institute of Management Development mendapati
Malaysia jatuh teruk dari tangga ke 16 ke tangga 26
dalam 50 buah negara yang dikaji dari segi kemerosotan
efficiency kerja”; kualiti kerja dalam sektor awam merosot teruk.
Shamsuddin : - Persepsi terhadap pelanggan yang dianggap menyusahkan dan
mendatangkan masalah.
- Perundangan, polisi atau prosedur yang tidak relevan dengan
keperluan semasa (contoh: perlu mendapat pelepasan dari banyak pihak untuk ke luar negara kerana ketika itu (1997) keadaan ekonomi negara bermasalah – mengawal aliran keluar matawang.
- Proses memansuh atau memperbaharui polisi/terma juga perlu
melalui proses yang banyak dan memakan masa panjang.
Kesan
1) Gejala rasuah
Syed Azman : - Merujuk peringatan Perdana Menteri (PM) “ Rasuah merupakan
masalah yang berkait rapat dengan masalah karenah birokrasi.”
- Kajian menunjukkan Malaysia berada di tangga ke 44 naik dari
tangga ke 39 dalam masalah rasuah.
Shamsuddin : - Pemohon yang ingin urusan mereka dipercepatkan akhirnya cuba
melepasi karenah birokrasi ini dengan menyediakan ‘pelincir’.
2) Penindasan
Syed Azman : - Golongan bawahan yang memerlukan bantuan segera menghadapi
masalah apabila permohonan mereka perlu melalui proses yang
yang banyak serta mengambil masa yang panjang. Contoh:
a. Mangsa banjir yang memerlukan bantuan serta-merta terpaksa menderita sementara mendapat bantuan.
b. Pesakit terpaksa menanggung derita sementara menunggu kelulusan mendapat bantuan dari Tabung Bantuan Perubatan (rujuk kes seorang remaja 15 tahun meninggal kerana lambat mendapat kelulusan permohonan dari TBP).
- Pelajar pusat pengajian tinggi hadapi masalah mendapat pelepasan untuk menyambung pelajaran/menghadiri seminar di luar negeri.
- Peniaga yang memilih tidak mengamalkan rasuah terpaksa menanti
tanpa kepastian tentang kelulusan lessen yang dipohon.
3) Ekonomi
Shamsuddin : - Pelabur asing kurang berminat melabur di Malaysia kerana terpaksa
melalui masalah birokrasi yang menyusahkan dan tidak selesa.
- Pelabur tempatan juga cenderung untuk melabur di luar kerana
birokrasinya lebih mudah dan selesa.
4) Jenayah
Syed Azman : - Polisi dan prosedur yang terlalu banyak menyebabkan ianya tidak
dilaksanakan dengan betul dan menyeluruh akhirnya hanya
dilaksanakan secara lepas tangan.
Contoh : Terma-terma dalam menyelesaikan sesuatu kes jenayah
yang dianggap menyusahkan menyebabkan berlaku
kelemahan dalam menyelesaikan sesuatu kes. Akhirnya
menyebabkan bertambahnya kes-kes jenayah.
Langkah-langkah penyelesaian yang telah diambil
Syed Azman :- Perdana Menteri sendiri terpaksa membuat beberapa teguran supaya
karenah birokrasi dikurangkan.
- Ketua Setiausaha Negara telah menubuhkan Pasukan Petugas bagi
mengurangkan masalah karenah birokrasi di semua jabatan (2003).
- Antara polisi dibuat pada 2003: “Membuat kajian dan mengenalpasti terma-terma yang boleh menjejaskan pengurusan yang berkesan”.
- Tugas Pasukan Petugas ialah memastikan setiap terma dan polisi
yang digubal terlaksana.
- Antara terma yang digubal: Menyediakan perkhidmatan yang cepat
dan cekap serta menutup sebarang peluang berlakunya rasuah.
- Penubuhan Pemudahcara, Pelan Integriti Nasional (PIN) dan lain-lain.
Cadangan Penyelesaian
Syed Azman : - Memastikan adanya perubahan menyeluruh pada ;
· Sistem.
· Pelaksanaan.
· Orang yang layak melaksanakan.
Shamsuddin : - Mengkaji semula polisi-polisi yang ada.
- Mansuhkan prosedur-prosedur lapuk yang tidak lagi releven.