Berfikirlah dengan tenang.. buat perbandingan.. kerana yang pasti akan ada BENAR dan BATIL.Namun setiap keputusan dari renungan, kajian atau perbandingan yang dibuat tidak semestinya suatu jawapan yang betol. Kerana disana masih terlalu banyak perkara2 yang akal manusia tak mampu capai...
justeru Allah menyediakan Alquran sebagai panduan.Jalan yang benar bukan pada nama ISLAM semata2 sudah memadai. Kerana disana masih banyak yang terpesong islamnya. Ingat pesan Rasul saw khusus buat kita umat akhir zaman.. umat islam akan berpecah sekurang2nya 73 puak. yang benar2 diterima hanya satu puak. Puak yang diterima itu adalah puak yang benar2 mengikuti jalan yang diajar oleh Rasul saw. Bukan yang bermuka2.. bukan yang sentiasa bersedia dengan berbagai2 alasan, dan bukan yang memusuhi, menyakiti sesama muslim tanpa dalil yang sah sehingga menjatuhkan maruah umat seugama dlm masa yg sama menaikkan/menghormati ugama lain.
Kumpulan umat islam hanya akan menjadi kuat dan teguh apabila ia bersih dari parasit2 atau yang mengaku berugama islam, syahadah dibibir sama umat islam yg lain, tapi hati, tindakan dan keputusan yang dibuat jelas bertentangan dengan islam.
Golongan ini sebenarnya lebih teruk dan bahaya dari yang jelas kafir.Kerana itu ketika peristiwa hijrah, bukan semua yg mengaku islam ikut berhijrah.. ditambah lagi rasulullah perpesan HANYA YG NIATNYA KERANA ALLAH DITERIMA HIJRAHNYA.
Alquran juga menganjurkan supaya disatukan dua puak umat islam yg berselisih dengan berpandukan Alquran, apabila keduanya tunduk kepada keputusan dari Alquran, maka berbaik2lah.. NAMUN, sekiranya masih ada golongan yg melampau, maka perangilah mereka.suasana hari ini terlalu bercelaru.. org islam sudah tak dapat membezakan dengan baik mana yg haq, mana yg batil..menunjukkan puncanya ialah suasana yang ada sekarang tidak langsung islamik.
mampukah kita sendirian mengubah suasana ini? mewajibkan mata pelajaran Islam kepada semua pelajar Islam contohnya.. bukan lagi hanya pilihan dikelas petang. pastinya tak mampu kecuali dengan kuasa besar sebagai pemerintah.
Cadanglah, mintalah, rayulah pada yg memerintah supaya ubah suasana ini.. jika mereka tak sanggup.. perlukah kita terus redha ditimpa dosa2 meninggalkan tanggungjawab?
Berfikirlah dengan tenang dan terbuka.. ikhlaskan niat.. dan paling penting.. letaklah Alquran dihadapan ketika membuat perhitungan dan pengkajian.. bukan bergantung akal semata2.. kebenaran yg hakiki pasti ditemui.
tapi ingatlah.. KEBENARAN ITU BERMULA DENGAN SUATU YANG AMAT MENYAKITKAN DAN MUNGKIN TAK SANGGUP DITERIMA SEBAGAI KEPUTUSAN.