Wednesday

USRAH Syawal 4

AlhamduliLlah,
Harini program USRAH baru je selesai dengan sempurna.
Walaupon tanpa kehadiran Ishak (masih di Syiria) Abg Lah & K.Teh (raya di Kedah).. Majlis tetap berjalan dengan baik.
Kalini tambah lagi sorang ahli baru, Noor.. Zaujah Zubir.

Majlis berlangsung di rumah AbgLong.. Bermula dengan solat hajat khusus untuk tuan rumah, AbgLong & KokLong mohon hajat dikurniakan zuriat..
Aku pon mencelah amek kesempatan mohon dikabulkan hajat dikurniakan "yg melahirkan zuriat".. (memang dah jadi topik perbualan sejak dua menjak ni pon)

Usrah dibuka dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Isa..
(ayat berkaitan kejadian Jin, Iblis dan manusia)
Dalam usrah, banyak perkara disentuh. AlhamduliLlah semua bersyukur dan berpuas hati dengan prkembangan masing2.. Terutamanya aku sendiri, dlm usrah yg lalu banyak nasihat supaya aku pilih satu kerja tetap, dapat gaji tetap setiap bulan, AlhamduliLlah aku dah kerja dan insyaLlah akan istiqamah dengan kerja ni.

Antara lain yg di-tekankan dlm usrah kalini ialah untuk membudayakan suasana 'bersahabat' sesama ahli usrah.. apa2 masalah atau perkara nak bincang mesti dahulukan keluarga.. InsyaLlah aku sendiri sedang menghidupkan budaya ini.

Sempat juga aku selitkan pasal jodoh.. Rasanya dah tiba masanya untuk aku ketengahkan. So, aku introduce sket tentang si Manis yg bertahta di-hati.. Mohon respon, panduan dan nasihat semua ahli usrah.. AlhamduliLlah semua tersenyum tanda tak membantah.. Sokongan dan nasihat juga yg aku dapat. Syukran kasiran.

Antara lain yang menarik dalam Usrah kalini ialah.. Kesedaran tentang hakikat sebenar hidup di-dunia ini ialah mencari perhatian / redha Allah adalah yg lebih utama daripada perhatian manusia.

Kesimpulannya,
Biar apa reaksi atau pandangan manusia terhadap apa jua tindak-tanduk kita, yg penting ialah kita kena sedar perbuatan kita tu bertepatan dengan kehendak Allah ataupon tidak? Sekiranya bertepatan dengan perintah Allah, tapi tak disenangi manusia lain, mesti ketepikan pandangan manusia.
Camtu la secara ringkasnya...

Majlis ditutup dengan bacaan doa oleh Zubir.
Pastu makan2... KokLong buat nasi goreng.
Nyummyy..Nyummyy..

Sunday

Khutbah Raya 2009

Aku tertarik dengan khutbah yang disampaikan khatib lepas solat sunat Aidil Fitri tadi..
Sesuai dan releven dengan perkembangan semasa..

Islam sememangnya satu-satunya ugama yang benar datang dari Pencipta seluruh alam ini. Siapa lebih memahami tentang kejadian alam ini selain Yang mencipta alam itu sendiri yaitu ALLAH?

Malangnya, degil segelintir manusia ada yang berani membandingkan atau cuba2 untuk menyatakan bahawa ada cara lain lebih baik dan berkesan untuk menguruskan kehidupan di muka bumi ini tanpa perlu mengambil pakai cara dan aturan yang di beri oleh YANG MENCIPTA itu sendiri.. Mereka seolah2 lupa bahawa batang tubuh mereka itu juga Allah yang cipta/buat.. berlagak betol kan?

okes..!
berbalik pada khutbah Eid Fitri tadi... khatib banyak menekankan aspek BERSATU-PADU dalam masyarakat berbilang ugama dan bangsa merupakan jalan terbaik perlu di usahakan sekiranya inginkan kemajuan dan kesejahteraan hidup di muka bumi ini.

Dan perkara ini-lah sedang dibincangkan banyak orang sejak-dua-menjak ni... Semua bercakap tentang berkerjasama, perpaduan, perkongsian, 1MALAYSIA dan digambarkan seolah2 ianya lahir dari idea Dato Seri Najib.. Yer laa.. skrg dia PM. Hakikatnya, Al-Quran telah lebih seribu tahun dulu mengarahkan supaya berkerjasama dlm men"nyettle"kan apa jua masalah/perkara secara bantu membantu bekerjasama tanpa mempersoalkan status / bangsa / atau ugama yg seolah2 terdapat syarat tertentu perlu dimiliki sebelum boleh berkerjasama...

Dalam khutbah dibawakan contoh, antara faktor utama menyumbang kepada kekuatan parti pembangkang waktu PRU lalu ialah konsep penggabungan pelbagai pihak yg berbeza dalam usaha menjatuhkan BN yg merupakan tentangan utama semua pihak ini. Maka bersatulah mereka, kemudian berjaya-lah mereka memenangi sebahagian besar kerusi dewan.

Aduhaii...
rasa macam panjang dan meleret2 la plak aku sembang pasal benda ni.
Padahal, kesimpulannya mudah je...
APA YANG PENTING, BERKERJA-SAMA!!

Tapi memang tak dinafikan, bukan mudah untuk berkerjasama antara pihak-pihak yg mempunyai prinsip dan motif perjuangan yg berbeza.
Tambah lagi sukar bila dinilai pula tanggapan masyarakat umum yg majoritinya mudah di-provokasikan media contohnya.

Saturday

Eid Mubarak 2009

Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar...
Allahuakbar walillahilhamd.

Apa sekalipon yg terjadi, segala kepujian tetap kembali kepada Mu Ya Allah, Pencipta sekalian alam.. Segala yang ada ni adalah milik Engkau..

Memang lama sangat aku tak posting kat sini.
Bukan tak on.. selalu juga jenguk blog kesayangan aku ni,
cuma jari-jemari aku ni selalu gagal bekerjasama dengan minda bila dah mengadap.

Sebelum jemariku ini merancakkan lagi tariannya..
Aku nak ucap SALAM AIDIL FITRI kepada semua kaum muslimin & muslimat..
MINAL EID WAL FAIZI..

Apa yang penting...
Aku mohon maaf setulus ikhlas dari hati kecil aku atas apa jua perkara atau perbuatan dan sikap aku yang pernah membuatkan ada hati lain terguris.. terasa.. dan sebagainya.. bukanlah aku seorang malaikat.. bahkan terlalu banyak silap telah aku lakukan... ada yang memang aku sedar.. pasti juga banyak yang aku tak sedar... AMPUN MAAF DARI HUJUNG RAMBUT KE HUJUNG KAKI.. ZAHIR DAN BATIN KU POHON.

Dengan harapan, raya tahun ni lebih bermakna dan bakal menjadi suatu kenangan manis.

Tapi jgn pula sesekali kita lupa.. raya ni bukan untuk kita saja.. nun disana sini kelilingg kita seluruh dunia saudara kita yg lain masih ramai dalam kesusahan.. kesengsaraan.. ketakutan.. kemungkinan ditembak dibunuh walaupon di hari raya...

Sama2lah kita doakan kesejahteraan sesama kita didunia dan akhirat.. juga ringankan mulut membaca alfatihah buat saudara kita yg baru gugur syahid.. Alfatihah...

Ingatt... kita sememangnya memerlukan syafaat dari mereka yg diberi kemuliaan olehh Allah untuk memberi syafaat di hari hisab.. hari pembalan kelak.

Wallahu a'lam.

Teroris? Pengganas? Pejuang? atau Penjenayah?

Yup!
Hampir semua cabang media, tempatan or antarabangsa menggunakan gelaran Pengganas / Terroris.

Bagaimana dengan anda?

Terpulanglah apa sekalipon gelaran yg diberi, kenyataan sebenar disebalik siri perjalanan hidup seorang hamba-Allah yg dikenali sebagai Nordin Mat Top ini penuh dengan kisah yg patut direnungkan..
Tentu sekali banyak perkara yg kita boleh pelajari ataupun ambil iktibar dan panduan dalam menghiasi corak jln kehidupan kita yg masih hidup ini.

Renung dalam sikit, buka minda luas lagi, perhatikan keadaan sekeliling, sampai lahir pertanyaan, "patutkah semua ini berlaku?" "kenapa dia lakukan semua ini? apa motif/tujuan sebenarnya hingga sanggup menggadai nyawa rakan2 dan diri sendiri?"

Apa pendapat anda tentang kes ini?

Sunday

Zaman Batu Kembali

Benarlah akhir zaman corak hidup dan tabiat manusia akan berubah kembali seperti corak hidup manusia zaman purba.

Banyak contoh yang dapat kita lihat hari ini.

Antaranya, sekarang kita sudah kembali ke zaman batu.
Ramai umat manusia kembali menyembah BATU.
Menghambakan diri kepada BATU.

Fikirkanlah.