Wednesday

USRAH Syawal 4

AlhamduliLlah,
Harini program USRAH baru je selesai dengan sempurna.
Walaupon tanpa kehadiran Ishak (masih di Syiria) Abg Lah & K.Teh (raya di Kedah).. Majlis tetap berjalan dengan baik.
Kalini tambah lagi sorang ahli baru, Noor.. Zaujah Zubir.

Majlis berlangsung di rumah AbgLong.. Bermula dengan solat hajat khusus untuk tuan rumah, AbgLong & KokLong mohon hajat dikurniakan zuriat..
Aku pon mencelah amek kesempatan mohon dikabulkan hajat dikurniakan "yg melahirkan zuriat".. (memang dah jadi topik perbualan sejak dua menjak ni pon)

Usrah dibuka dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Isa..
(ayat berkaitan kejadian Jin, Iblis dan manusia)
Dalam usrah, banyak perkara disentuh. AlhamduliLlah semua bersyukur dan berpuas hati dengan prkembangan masing2.. Terutamanya aku sendiri, dlm usrah yg lalu banyak nasihat supaya aku pilih satu kerja tetap, dapat gaji tetap setiap bulan, AlhamduliLlah aku dah kerja dan insyaLlah akan istiqamah dengan kerja ni.

Antara lain yg di-tekankan dlm usrah kalini ialah untuk membudayakan suasana 'bersahabat' sesama ahli usrah.. apa2 masalah atau perkara nak bincang mesti dahulukan keluarga.. InsyaLlah aku sendiri sedang menghidupkan budaya ini.

Sempat juga aku selitkan pasal jodoh.. Rasanya dah tiba masanya untuk aku ketengahkan. So, aku introduce sket tentang si Manis yg bertahta di-hati.. Mohon respon, panduan dan nasihat semua ahli usrah.. AlhamduliLlah semua tersenyum tanda tak membantah.. Sokongan dan nasihat juga yg aku dapat. Syukran kasiran.

Antara lain yang menarik dalam Usrah kalini ialah.. Kesedaran tentang hakikat sebenar hidup di-dunia ini ialah mencari perhatian / redha Allah adalah yg lebih utama daripada perhatian manusia.

Kesimpulannya,
Biar apa reaksi atau pandangan manusia terhadap apa jua tindak-tanduk kita, yg penting ialah kita kena sedar perbuatan kita tu bertepatan dengan kehendak Allah ataupon tidak? Sekiranya bertepatan dengan perintah Allah, tapi tak disenangi manusia lain, mesti ketepikan pandangan manusia.
Camtu la secara ringkasnya...

Majlis ditutup dengan bacaan doa oleh Zubir.
Pastu makan2... KokLong buat nasi goreng.
Nyummyy..Nyummyy..

No comments: