Sunday

Khutbah Raya 2009

Aku tertarik dengan khutbah yang disampaikan khatib lepas solat sunat Aidil Fitri tadi..
Sesuai dan releven dengan perkembangan semasa..

Islam sememangnya satu-satunya ugama yang benar datang dari Pencipta seluruh alam ini. Siapa lebih memahami tentang kejadian alam ini selain Yang mencipta alam itu sendiri yaitu ALLAH?

Malangnya, degil segelintir manusia ada yang berani membandingkan atau cuba2 untuk menyatakan bahawa ada cara lain lebih baik dan berkesan untuk menguruskan kehidupan di muka bumi ini tanpa perlu mengambil pakai cara dan aturan yang di beri oleh YANG MENCIPTA itu sendiri.. Mereka seolah2 lupa bahawa batang tubuh mereka itu juga Allah yang cipta/buat.. berlagak betol kan?

okes..!
berbalik pada khutbah Eid Fitri tadi... khatib banyak menekankan aspek BERSATU-PADU dalam masyarakat berbilang ugama dan bangsa merupakan jalan terbaik perlu di usahakan sekiranya inginkan kemajuan dan kesejahteraan hidup di muka bumi ini.

Dan perkara ini-lah sedang dibincangkan banyak orang sejak-dua-menjak ni... Semua bercakap tentang berkerjasama, perpaduan, perkongsian, 1MALAYSIA dan digambarkan seolah2 ianya lahir dari idea Dato Seri Najib.. Yer laa.. skrg dia PM. Hakikatnya, Al-Quran telah lebih seribu tahun dulu mengarahkan supaya berkerjasama dlm men"nyettle"kan apa jua masalah/perkara secara bantu membantu bekerjasama tanpa mempersoalkan status / bangsa / atau ugama yg seolah2 terdapat syarat tertentu perlu dimiliki sebelum boleh berkerjasama...

Dalam khutbah dibawakan contoh, antara faktor utama menyumbang kepada kekuatan parti pembangkang waktu PRU lalu ialah konsep penggabungan pelbagai pihak yg berbeza dalam usaha menjatuhkan BN yg merupakan tentangan utama semua pihak ini. Maka bersatulah mereka, kemudian berjaya-lah mereka memenangi sebahagian besar kerusi dewan.

Aduhaii...
rasa macam panjang dan meleret2 la plak aku sembang pasal benda ni.
Padahal, kesimpulannya mudah je...
APA YANG PENTING, BERKERJA-SAMA!!

Tapi memang tak dinafikan, bukan mudah untuk berkerjasama antara pihak-pihak yg mempunyai prinsip dan motif perjuangan yg berbeza.
Tambah lagi sukar bila dinilai pula tanggapan masyarakat umum yg majoritinya mudah di-provokasikan media contohnya.

No comments: