Saturday

From Islamabad to Karachi


..Fly with Malaysia's airforce..
Sekarang aku kat Karachi.. semalam aku kat Islamabad.. waktu beredar.. bumi berputar.. aku pon ikut merasa peredaran waktu tu...
Susulan dari kejadian gempa bumi yg berlaku di Pakistan ni.. banyak pertubuhan2 bantuan dari m'sia yg datang atas nama kerajaan m'sia dan badan bukan kerajaan yg datang untuk menghulurkan bantuan.. ada yang datang secara persendirian.. ada yang datang dalam group.. ada yg dihantar bertugas.. macam2.. apa pon.. fenomena ni memberi peluang pada aku berjumpa dan kenal dengan sebahagian dari mereka yg datang.. berkongsi idea..pengalaman dll..
Dalam keadaan yg sedikit gawat di sini.. macam2 jugak la cerita dan peristiwa yg didengar dan dialami.. ada yang baik..tak kurang yg buruk.. tapi macam biasa laa.. cerita2 kurang baik sentiasa mendapat lebih tarikan untuk dibincangkan.. boleh jadi sebagai pengajaran..
Dalam ramai2 orang m'sia duk datang tu.. aku yg kat sini kadang2 duk bilang hari nak raya.. tgk nasib mangsa2 gempa bumi.. macam mana la derang sambut raya dalam keadaan darurat macam ni.. (sebelum ni pon byk yg sedia dlm darurat) takde nak pikir pasal kuih raya.. baju raya.. balik raya.. boleh hidup ada makanan&tempat tinggal pon kira dah nasib baik... Semoga bantuan yg dihulurkan dapat dimanafaatkan sebaiknya..dan harap semua sumbangan sampai ke tangan mereka yg benar2 memerlukan...macam2..
disebalik tu.. banyak cerita2 tak sedap didengar masuk ketelinga... khabarnya banyak bantuan yg datang dari luar..yang bernilai juta2 kalau dinisbahkan dlm fulus, tak sampa kepada mereka yg benar2 memerlukan.. rasa pelik aku yg dari dulu tak pernah abis2 kat Pakistani ni bertambah..
Kat Super (nama tempat di islamabad) ada khemah2 yg dihantar untuk mangsa gempa bumi dijual...sepatutnya dibahagi2kan kat yg memerlukan.. ada pulak rombongan yg dtg dengan bekalan makanan..medicine..khemah2 perlindungan.. selimut dll..
dengar pulak cerita orang kita dari PBSM,TUDM,ATM,NGO2 yg dtg tu plak..jugak menyedihkan.. layanan yg diberikan oleh pihak Pakistan yg menyambut mereka2 yg datang nak menghulurkan bantuan tu juga menyedihkan... dari mula nak masuk.. karenah immigration derang..buat macam yg datang ni pelarian plak.. ramadhan tahun ni memang2 menguji iman dan kesabaran mereka2 ni.. aku pon tanak komen banyak..sebab dah masak dnegan perangai pakistani ni.. orang datang dengan penuh semangat..dnegan penuh iskhlas nak hulur bantuan.. bila sampai.. terima layanan camtu.. lunutr keikhlasan dibuatnya..

Yang aku ni pulak.. dah ramai2 datang tu.. ada plak yg offer ajak tumpang balik free... sebab TUDM dtg dengan pesawat sendiri dari m'sia.. datang bawak bekalan banutan.. balik kosong.. aku yg dah 5 tahun duk beraya kat oversea je ni.. mesti la tak lepas peluang.. ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.? gitu la kot..
dipendekkan cerita.. aku sampai karachi ni dengan Charle TUDM... transit karachi sehari.. esok baru take off ke m'sia.. Semoga perjalanan kami selamat... ameen..

Tuesday

Muslim Hands

Bersama rakan2 dari China, Albania, Thailand dan Turkistan yg turut membantu.
Waktu ni tgh buat persediaan untuk berbuka puasa.

Antara yang tersisa. Tiada yg tahu masih adakah yg bernyawa dibawah runtuhan tu. Kami kekurangan alat untuk menggali dan mencari mangsa yg tertimbus. Menunggu giliran melewati terowong yang baru di buka semula.
Jalan menuju ke Muzafarabad.


...Mission in Kashmir...
Kalau dulu aku pernah menjejakkan kaki ke bumi Kashmir sebagai lawatan..menyaksikan keindahan ciptaan tuhan.. tapi kali ni aku sekali lagi sampai ke sini dalam keadaan dan suasana yg berbeza..
Di bandar Muzafar-abad..sebuah bandar dalam kawasan Jammu Kashmir (yg telah bebas) sana-sini kelihatan rumah, bangunan, jalan dan bukit pecah serta runtuh menyembah bumi kesan daripada kejadian gempa bumi yang berlaku pada pagi sabtu 8/10 lalu.
Gempa bumi yg mencapai ke 7.6 scala ritcher bermula di daerah Patagram, Kashmir itu turut dirasai hingga ke tempat aku di Islamabad..juga menewaskan beberapa bangunan kediaman di Islamabad. Kalau di Islamabad yg paling teruk aku tgk satu blok bangunan Margalla Tower ranap 100%.. itu pon aku dah rasa cukup teruk. Tapi bila aku sampai je ke Muzafarabad rupanya jauh lebih teruk dari yg aku bayangkan. Keadaan jauh berbeza dari dulu masa mula2 aku pergi kesana.
Rombongan sebuah van dan 2 buah pick-up yang aku ikut tu adalah bawah Muslim Hands United..tujuannya adalah untuk menghulurkan bantuan kepada mangasa gempa bumi disana. Rombongan kami membawa bersama makanan,ubat,pakaian,khemah dan lain2 keperluan asas. Sampai je disana ramai yg sedang menunggu.
Sebenarnya waktu aku sampai tu keadaan sudah beransur baik.. tak lah seteruk waktu hari mula2 kejadian haritu.. sudah banyak khemah2 yang didirikan sebagai tempat perlindungan sementara mangsa gempa bumi. jalan runtuh juga sudah dibuka semula walaupon hanya cukup untuk dilalui dengan hati2. Jadi rombongan kami ni takde banyak sangat la masalah.
Sewaktu gempa bumi pertama berlaku.. menurut seorang mangsa yg sempat keluar dari rumahnya berkata.. dia sikit pon tak menyangka bahawa itu adalah gempa bumi.. tapi dia sangka itu adalah gegaran hadirnya hari kiamat.. menurutnya lagi.. gegaran yg dahsyat itu diikuti dengan bunyi yg kuat dan menggerunkan.. macam bunyi guruh..dalam masa yg sama rumah2 dikelilinganya (yg dia nampak) turun ranap serentak macam tenggelam kebumi... bukit juga terbelah dan runtuh... aku sendiri ketika disana tengok bukit yg terbelah tu.. hampir setengah dari bukit yg besar beratus2 meter tu terbelah dan runtuh jadi debu.. Inna Lillah... segalanya dibawah kekuasaan mu ya Allah.. aku berlindung dibawah jagaan mu ya Allah..
Setakat ini dikatakan lebih dari 50 ribu nyawa telah terkorban di daerah Muzafarabad sahaja... tak kira lagi tempat2 lain.. cotohnya Balakot.. menurut kawan aku yg pergi ke Balakot.. disana boleh dikatakan 90% bandar Balakot musnah sama-sekali.. masuk je kawan tu kita dah mula dapat menghidu bau mayat mereka yg tertimbus dan belom dapat dikeluarkan.. bayangkan... sebuah bandar tempat kehidupan tiba2 bertukar menjadi tempat kematian yg besar..
Sesungguhnya Allah maha berkuasa diatas segala sesuatu... apabila dia nak sesuatu berlaku.. maka berlakulah.. Dia yang menciptakan kita dan segala isi bumi ni.. dia jugak yg berhak melakukan apa saja keatas ciptaanNya.. dan semua yg dilakukanNya ada hikmah disebaliknya...bukan setakat mematikan manusia sebanyak 100 ribu nyawa dalam satu masa sahaja..bahkan untuk mematikan manusia sekalian dibumi ni juga dia mampu.. apa manusia tahu..? apa kita tahu..??
Sekarang makin banyak manusia yg tak patuh pada pencipta... kepatuhan bukan terletak pada nama.. bukan dikira dinegeri mana manusia tu tinggal.. manusia yg tinggal di bumi yg bernama Arab tak semestinya patuh.. Manusia yg berada dinegeri yg dinamakan manusia tu sendiri sebagai Islamic Republic atau Negara Islam belum cukup membuktikan kepatuhan pada Pencipta itu sendiri..apapon kita sebenarnya tahu apa yg kita buat..setakat mana kepatuhan kita.. dan yg penting dibuat pengiktibaran ialah.. Pencipta kita bukan hanya mampu mendatangkan gempa bumi di Pakistan sahaja..bukan hanya mampu mengirimkan angin di America sahaja.. bahkan dimana2 sahaja yg melewati pengetahuan dan kajian manusia..
Ya Allah..ampunilah hambamu yg lemah dan berdosa ini..bantulah kami..dari Engkau kami datang.. hanya pada-Mu lah kami kembali.. Hanya pada-Mu lah kami memohon pertolongan.

Monday

kiamat sudah dekat

Gambaran hari kiamat
apabila bumi bergoncang
terkeluarlah segala isinya
semua tertanya-tanya
...apakah ini
hari ini segalanya terungkap
tentang kekuasaan-Nya
kalau sebelum ni sana sini atas muka bumi ni manusia mempertontonkan kekuasaan mereka..kerakusan mereka dan keangkuhan mereka didepan tuhan.. sesekali tuhan menunjukan kekuasaan dan kebesarannya secara jelas di depan makhluknya yg bergelar manusia...
di Indonesia manusia berperang sesama sendiri..membunuh nyawa..disana juga tuhan bisa menunjukkan kekuasaannya sebagai teguran.. Tsunami mereka saksikan..
Bagamana dengan pembunuhan yg dilakukan manusia di Selatan Thai..? rupanya di Thailand juga tuhan menunegur manusia dengan kebesaran dan kekuasaanNya..Gegaran yg berlaku di Aceh sampai juga ke Thailand..
America yg selama ini begitu gah mempamerkan pada dunia yg dialah yg terkuat.. tuhan kirimkan buat mereka angin dan air sebagai teguran..peringatan bahawa ada lagi yg lebih berkuasa..
begitu Allah menunjukkan kekuasaannya..setelah manusia buta memandang kebesaran yg tersedia ada..sesekali Allah tunjukkan secara jelas depan mata manusia supaya kita menyedari bahawa segalanya kita berada dibawah kekuasaan dan kawalanNya..fahamlah kita Allah bukan menjadikan kita dimuka bumi ni bukan saja2..ada tujuannya..kita lupa tujuan kehadiran kita dimuka bumi ni..Allah ingatkan kita..
Ya Allah..sesungguhnya hamba mu ini sering lupa dan alpa..oleh itu ya tuhanku.. berilah kami peringatan dengan rahman dan rahim mu..

Sunday

earthquake

....Zilzal....
09.00am Saturday 8.10.05
Pagi tu..tgh aku duk syok tido..skali rasa macam mimpi naik unta daa.. goyang kiri..goyang kanan..ana rasa fening2 laa..oii..! gempa bumiii..!! bangun..hah.?1 gempa bumi.. kelam kabut bangun tak pikir ape terus loncat ikut tingkap.. heh! padahal aku tido depan pintu.. nape yg gi lompat ikut tingkap lak... sampai kat luar, rupanya dah ramai org lain lebih dulu lompat tingkap dari aku..duk rilek dulu kejap.. aku tgk member aku..member aku tgk aku.. aku sengeh..dia gelak.. hampeh.. keadaan camni pon sempat lagi nak gelak.. tak paham aku budak2 ni.. upss..! rupanya aku tak pakai seluar..!! waarrr... pakai kain laaa..
duk 3..4 minit..rasa keadaan dah reda..masuk bilik semula.. rasa ngantuk datang lagi.. yer laa.. mlm tadi tak tido sampai sahur.. duk sembang ngan member..aku duk bilik Amin.. bilik aku? aku mana ada bilik dah skrg..hostel tu nak di ubahsuai..sebab dah buruk..berzaman dah student duk hostel tu..generasi ke generasi sampai ke zaman aku..baru skrg nak baiki. takpe la.. baiki jugak.
akupon relax la dulu..lena lagi skali.. apabila rilek... dia mai lagi skali.. ~~~~~~... kali ni bukan cam duk atas unta lagi.. macam duk atas sampan tgh laut..bangun lagi...kuar..tapi bukan ikut tingkap lagi laa..ikut pintu.. mat2 pakistan rupanya lepas yg pertama tadi derang tak masuk.. dah biasa agaknya derang ni..tauu je nak dtg lagi.. kali ni duk lama sket...kot mai lagi..dah lama tunggu ok je..masuk..sambung tido balik..aku punya la mengantuk sampai bleh buat tak kisah dgn gempa bumi yg berlaku..sambung tido lagi..bangun2 dah zohor..masa tido tadi rupanya ada lagi beberapa kali member aku cakap.. tapi aku tak sedar..nasib baik building hostel aku yg dah tua&uzur tu kuat lagi..selamat tidor aku..Tuhan jaga lagi. thanks God. member aku cakap ada building runtuh kat F10..
harini aku ada janji ngan org nak gi tgk rumah..smlm dah nak dapat satu bilik..skali,last minit tuan rumah tak jadi kasi plak..teringat tu aku pon call Din..rupanya dia lebih cepat dari reporter..dah sampai kat tempat bangunan runtuh tu dia rupanya.. aku ingat nak ajak dia la gi tgk rumah..dia ajak aku gi tgk rumah runtuh plak..ermmm..aku tak jadi pegi sebab ingat dah janji dgn org lain..ptg baru aku gi..Din dah siap tunggu..Jumpa Ali..dia suruh tunggu lepas buka pose plak..lepas pose kami gi la tgk rumah tu..bukan rumah pon.. bilik.. 2 bilik..ada bathroom&kitchen..tapi nampak teruk sket..tak jadi ah..
mlm tu aku gi hostel new campus.. maklumat yg diperolehi..mlm ni kemungkinan gegaran akan berlaku lagi..semua student diarah tidak berada dlm hostel lepas 1 pagi.. mlm tu hujan plak.. nasib baik tak lama..tapi sikit problem la sebab kena tido kat luar.. takleh la tido atas padang rumput depan hostel tu.. kena duk kat tempat parking keter.. nampak cam meriah plak.. semua pakat duk situ...mlm tu tak tido pon..takleh nak tido..duk jaga2 tunggu gempa yg mungkin dtg lagi.. air yg diisi dlm botol airmineral jadi pentunjuk kehadiran gegaran bumi..duk tgk botol tu laa kiteorang... sesekali air dlm tu berkocak..bumi rasa macam digoncang2..tapi tak kuat sangat.
tapi sampai skrg aku masih rasa macam ada gegaran lagi..perasaan aku je.
lepas sahur pagi tu baru bleh tido..sedar-sedar dah cerah..matahari dah kuar..panas..angkat sleeping beg & tikar.. pindah belakang hostel plak..lindungd ari cahaya matahari..sambung tido.. hari ni hari ahad..ngantuk arr..smlm tak tido.. errr..hari2 biasa pon selalu tido siang gak.
tgk news kat TV baru aku tau punca gegaran bermula dari daerah yg berhampiran dengan Kashmir.. di Patagram..Muzafarabad dan beberapa tempat berdekatan. Area tu hampir 75% terkesan dari gempa bumi smlm..rumah biasa pon runtuh..banyak yg korban..Ya Allah..selamatkanlah kami.

Friday

Alhamdulillah

10.30am, 28.sept flight yg aku naik berlepas ke Doha, transit sana 5 jam lebih. 1.00pm, 29sept fly ke Islamabad. Sampai Islamabad International Airport kira2 7.00 pagi. Amek teksi terus ke Hostel.. Alhamdulillah semua selamat.. jumpa kembali member2 di Pakistan ni.

Dari hari aku sampai hingga hari ni, duk bz je memanjang. Banyak benda nak kena settlekan.. nak online pon tak sempat. Ni la 1st time aku bleh online. Camne pon setakat ni alhamdulillah 70% dah settle.. ade sikit2 je lagi.. duduk bilik baru.. barang byk lagi tak kemas.. barang dari bilik lama pon ada lagi sikit tak pindah.

hari ni sini baru basuk hari ke 2 puasa.. kat m'sia dah 3 hari.. sini memang selalu lambat.. biasa la Pakistan..hehehe.. selalu lain dari yg lain.

ermm..nak posting panjang2 pon takleh ni.. lepas ni ada keje sket.. emm..

Selamat Menyambut Ramadhan yg Mulia.. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 lalu..

Buat member2 kat u.k yg aku ada amek contact derang.. harap boleh bagi balik addres&fone no korang ke email aku thrashersufi@yahoo.com.. sebab aku punya hp 2 hari lepas kena format baru.. semua yg ada dlm tu ilang.. ok!

Selamat berpuasa.