Waktu ni tgh buat persediaan untuk berbuka puasa.
Antara yang tersisa. Tiada yg tahu masih adakah yg bernyawa dibawah runtuhan tu. Kami kekurangan alat untuk menggali dan mencari mangsa yg tertimbus. Menunggu giliran melewati terowong yang baru di buka semula.Jalan menuju ke Muzafarabad.
...Mission in Kashmir...
Kalau dulu aku pernah menjejakkan kaki ke bumi Kashmir sebagai lawatan..menyaksikan keindahan ciptaan tuhan.. tapi kali ni aku sekali lagi sampai ke sini dalam keadaan dan suasana yg berbeza..
Di bandar Muzafar-abad..sebuah bandar dalam kawasan Jammu Kashmir (yg telah bebas) sana-sini kelihatan rumah, bangunan, jalan dan bukit pecah serta runtuh menyembah bumi kesan daripada kejadian gempa bumi yang berlaku pada pagi sabtu 8/10 lalu.
Gempa bumi yg mencapai ke 7.6 scala ritcher bermula di daerah Patagram, Kashmir itu turut dirasai hingga ke tempat aku di Islamabad..juga menewaskan beberapa bangunan kediaman di Islamabad. Kalau di Islamabad yg paling teruk aku tgk satu blok bangunan Margalla Tower ranap 100%.. itu pon aku dah rasa cukup teruk. Tapi bila aku sampai je ke Muzafarabad rupanya jauh lebih teruk dari yg aku bayangkan. Keadaan jauh berbeza dari dulu masa mula2 aku pergi kesana.
Rombongan sebuah van dan 2 buah pick-up yang aku ikut tu adalah bawah Muslim Hands United..tujuannya adalah untuk menghulurkan bantuan kepada mangasa gempa bumi disana. Rombongan kami membawa bersama makanan,ubat,pakaian,khemah dan lain2 keperluan asas. Sampai je disana ramai yg sedang menunggu.
Sebenarnya waktu aku sampai tu keadaan sudah beransur baik.. tak lah seteruk waktu hari mula2 kejadian haritu.. sudah banyak khemah2 yang didirikan sebagai tempat perlindungan sementara mangsa gempa bumi. jalan runtuh juga sudah dibuka semula walaupon hanya cukup untuk dilalui dengan hati2. Jadi rombongan kami ni takde banyak sangat la masalah.
Sewaktu gempa bumi pertama berlaku.. menurut seorang mangsa yg sempat keluar dari rumahnya berkata.. dia sikit pon tak menyangka bahawa itu adalah gempa bumi.. tapi dia sangka itu adalah gegaran hadirnya hari kiamat.. menurutnya lagi.. gegaran yg dahsyat itu diikuti dengan bunyi yg kuat dan menggerunkan.. macam bunyi guruh..dalam masa yg sama rumah2 dikelilinganya (yg dia nampak) turun ranap serentak macam tenggelam kebumi... bukit juga terbelah dan runtuh... aku sendiri ketika disana tengok bukit yg terbelah tu.. hampir setengah dari bukit yg besar beratus2 meter tu terbelah dan runtuh jadi debu.. Inna Lillah... segalanya dibawah kekuasaan mu ya Allah.. aku berlindung dibawah jagaan mu ya Allah..
Setakat ini dikatakan lebih dari 50 ribu nyawa telah terkorban di daerah Muzafarabad sahaja... tak kira lagi tempat2 lain.. cotohnya Balakot.. menurut kawan aku yg pergi ke Balakot.. disana boleh dikatakan 90% bandar Balakot musnah sama-sekali.. masuk je kawan tu kita dah mula dapat menghidu bau mayat mereka yg tertimbus dan belom dapat dikeluarkan.. bayangkan... sebuah bandar tempat kehidupan tiba2 bertukar menjadi tempat kematian yg besar..
Sesungguhnya Allah maha berkuasa diatas segala sesuatu... apabila dia nak sesuatu berlaku.. maka berlakulah.. Dia yang menciptakan kita dan segala isi bumi ni.. dia jugak yg berhak melakukan apa saja keatas ciptaanNya.. dan semua yg dilakukanNya ada hikmah disebaliknya...bukan setakat mematikan manusia sebanyak 100 ribu nyawa dalam satu masa sahaja..bahkan untuk mematikan manusia sekalian dibumi ni juga dia mampu.. apa manusia tahu..? apa kita tahu..??
Sekarang makin banyak manusia yg tak patuh pada pencipta... kepatuhan bukan terletak pada nama.. bukan dikira dinegeri mana manusia tu tinggal.. manusia yg tinggal di bumi yg bernama Arab tak semestinya patuh.. Manusia yg berada dinegeri yg dinamakan manusia tu sendiri sebagai Islamic Republic atau Negara Islam belum cukup membuktikan kepatuhan pada Pencipta itu sendiri..apapon kita sebenarnya tahu apa yg kita buat..setakat mana kepatuhan kita.. dan yg penting dibuat pengiktibaran ialah.. Pencipta kita bukan hanya mampu mendatangkan gempa bumi di Pakistan sahaja..bukan hanya mampu mengirimkan angin di America sahaja.. bahkan dimana2 sahaja yg melewati pengetahuan dan kajian manusia..
Ya Allah..ampunilah hambamu yg lemah dan berdosa ini..bantulah kami..dari Engkau kami datang.. hanya pada-Mu lah kami kembali.. Hanya pada-Mu lah kami memohon pertolongan.
No comments:
Post a Comment