Saturday

Jarum dan kondom free

[Jarum dan kondom free]

Sejak dua menjak ni kalo baca malaysia punya news mesti ada orang cakap pasal JARUM & KONDOM percuma...aku pon sebagai rakyat M'sia rasa tertarik jugak pasal ni. sembang la jugak dengan adik aku dengan member2 aku sini sambil melupakan isu2 lain yang tenggelam macam tu je..pandai sungguh dieorang main erk..


Dalam sembang2 tu..adik aku memang sokong la sekiranya kerajaan Malaysia nak teruskan program bagi jarum dan kondom percuma ni. sebabnya memang tu jalan terbaik nak kurangkan masalah jangkitan HIV ni.. mat2 pit..kaki dadah tu walaupon orang gelar dia sampah masyarakat..tapi tetap duduk dalam masyarakat.. banyak yang berumah tangga dan beranak pinak... kebanyakannya bukanlah orang kaya..sebab duit duk abis beli menatang dadah tu jee.. dieorang ni kalo tangkap pon dah takde tempat nak kurung.nanti nak bagi makan lagi..ubat lagi..berapa banyak belanja tu..?? lagi satu dieorang ni memang ada geng yg sekepala..memang betol2 sekepala laa..saling tolong menolong.. kalo kawan takde jarum..dia sanggup bagi pinjam dia punya..jadi kalo dah bagi jarum free..masing2 dah ada jarum sendiri..kat situ dah kurang satu punca jangkitan HIV.

Kalo yang berkeluarga pulak.. kadangtu bukan fikir nak beli kondom ke bila nak tutt..tutt dengan bini.. ingat...kalo dia dah ada HIV, tak ke jangkit ke bini dia.. pastu nanti dapat anak..jangkit kat anak yang tak berdosa tu.
So, bila bagi kondom free..takkan dia tanak pakai..jadi kurang lagi satu punca jangkitan HIV kat bini dan anak.. kita takleh sekat naluri manusia.. takkan ada bini pon nak layan solo lagi..

Tu antara alasan2 yang menykong cadangan kerajaan..yang membantah pon banyak..!

Alamak..!! ingat nak tulis sikit je tadi..meleret2 pulak dahh..

Tapi la kan..mat2 dadah yang suka kongsi jarum tu biasanya yang dah memang tahap parah tunggu nak mati..dieorang ni setahu aku memang payah dah nak kita bentuk balik. aku rasa kalo dibagi jarum free pon..nanti dia kongsi jugak jarum free tu dengan geng2 seperjuangan dengannya.. yer laa.. dah kalo tahap 'jeng koil' tu.. otak tak jalan cam biasa daaa... mana sempat nak pikir pasal jarum mana nak pakai.. mana satu jarum aku..mana jarum ko... takde pikir punya dah aku rasa...kena pulak yang memang jenis memang suka kongsi2 jarum..memang tabiat dia camtu..susah jugak..buang duit dengan masa percuma la jawabnya kerajaan kita..
Bagi kondom pulak..agak2 berapa banyak kondom nak bagi setiap sorang erk?? satu..dua..?? cukup kee..?? lagi pulak amalan pakai kondom ni sebenarnya menyekat zuriat pemberian Allah...

Jadi aku rasa laa... cara paling baik kerajaan buat ialah cari jalan hentikan penagih dadah ni dari isap dadah dan..kalo takleh berenti terus..bagi kursus kat dieorang ni supaya tukar cara isap dadah..jangan pakai suntikan lagi..hehehe..

aku rasa nanti kalo kerajaan benar2 buat program bagi jarum&kondom free ni.. makin banyak negara rugi..makin banyak belanja.. sekarang pon kerajaan dah belanja lebih kurang RM500 juta setahun nak tangkap,kurung,rawat penagih dadah yg bawak HIV ni.. nanti nak bagi jarum&kondom free ni dengar2 akan keluar belanja kira2 RM140 juta setahun.. sebenarnya aku rasa nanti bukan pengurangan angka akan berlaku..tapi penambahan.. katakan RM500j + RM140j = RM6 juta lebih kerajaan kena belanja lepas ni...tak caya tengok la nantii..!! kan ke satu belanja yg besar tuu...nak buat benda lain banyak lagi..

Aku rasa baik kerajaan belanja besar2 untuk cegah dadah masuk dalam negara kita ni.. mustahil ke.?? sape kata mustahil.?? polis kita katanya 'not the best but one of the best in da world' tangkap orang sana..pukul orang sini.. baiklah kerajaan belanja besar untuk ketatkan lagi sekat dadah dari masuk...upah la james bond kee.. aku percaya..orang2 yang bawak masuk dan bekalkan dadah kat m'sia bukan orang2 biasa... dieorang ni dari golongan power2 jugak.. antaranya mampu sogok kat pegawai mana2 bahgian untuk buka jalan.. so...keluarkanlah modal besar2 untuk lawan puak2 ni..

cuma yang paling penting kesungguhan kerajaan kita dalam menangani masalah ni.. sebenarnya benda ni dah lama bleh buat..tapi disebabkan takde kesungguhan dan berjuta2 lagi masalah dalam kerajaan dan negara kita sendiri...tu la yang susah.. semua duk pikir nak penuhkan bank masing..semua duk pikir nak kumpul duit untuk tempah neraka kelas VIP masing2.. dah macam ni.. sampai bila nak selesai..bagi la jarum & kondom free..nanti boleh tengok la sape yg duk kaut untung tiap2 tahun dapat tander jarum&kondom untuk bekalkan kat mat2 dadah tu...

Lagi satu kena ingat..punca AIDS ni bukan dari mat2 pit je.. tu sekarang kat negara kita Malaysia dah ada kelab2 gay yang semua orang tau ape benda kerja malaun2 gay ni buat...bagi aku derang ni lebih hina dari mat dadah... tapi nampak cam takde apa2 jee.. kalo betol2 nak tangani masalah aids ni.. kena la tengok semua segi..tindakan kenalah menyeluruh..tah laa.. mungkin aku ni rakyat biasa takleh faham macamana cara orang2 atas sana fikir... orang cerdik pandai la kononnya...

apapon harapa aku.. semoga negara kita..masyarakat kita akan menemui jalan sejahtera dan berkat dalam menyelesaikan masalah...Ingatlah, sebaik2 jalan penyelesaian ialah kembali pada kitab Allah dan sunnah RasulNya.. dan punca segala masalah dan bala ini adalah disebabkan kita tinggalkan dua perkara ni kat belakang.. Bukankah rasuluLlah dah pesan.."aku tinggalkan dua perkara, dimana kamu takkan sesat selagimana berpegang dengan keduanya..yaitu Alquran dan Sunnahku" bincanglah dengan ulama2.. mintak la nasihat mereka..ulamak2 kita harini kalo kita tak tanya.tak mintak nasihat dieorang.. dieorang malu nak cakap... kena tanya...kena panggil dieorang ajak berbincang.. baru lah tak buang masa dan duit percuma!!

No comments: