Sunday

Perhimpunan bantah perobohan masjid

[Perhimpunan bantah perobohan masjid.]


BANTAHAN RAKYAT...

Lebih 10,000 orang menyertai perhimpunan aman di hadapan Wisma Darul Iman (WDI), Kuala Terengganu pagi ini (19 Jun) bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan rakus dan zalim Kerajaan Barisan Nasional Negeri Terengganu merampas tanah, memusnah rumah peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) dan merobohkan masjid. Orang ramai yang mula berkumpul di kawasan itu seawal jam 7 pagi bersurai kira-kira jam 9.40 pagi setelah mengaminkan bacaan doa oleh Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Dato' Husain Awang. Turut berucap pada perhimpunan yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan termasuk anggota FRU itu ialah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato' Mustafa Ali. Sementara itu, wakil peserta RTB, Abdullah Che Mat berjaya menyerahkan memorandum bantahan rakyat kepada Exco Kerajaan negeri, Wan Hisham Wan Salleh di Bilik Rehat Exco, WDI pada kira-kira jam 9.10 pagi.

No comments: