Saat pancainderaku menyaksikan alam ini buat pertama kalinya, telah tertulis sebelumnya dimana bumi yang harus kujejak,dimana langit harus kujunjung. Kerana disana tertulis ajal,maut,jodoh dan rezeki-ku telah Dia tentukan.
Wednesday
Sepetang di City Center of Leicester.
[Center of Leicester]
Petang tadi aku keluar dengan member aku Fauzi. Saje boring duk rumah, keluar la sedut udara segar town Leicester ni. Sebenarnya kedai-kedai kat sini dah tutup masa tu. Sini kedai tutup awal. Pukul 5.00 petang dah tutup. Bandar pon lengang. Kalo ada kedai bukak pon, kedai makan,klab2 malam & karaoke je la.
Aku saja keluar waktu camni, orang tak ramai, tenang sket. Sambil tengok budak2 main skate. Tapi sini aku rasa lain sikit la dengan Malaysia..
Seingat aku.. kalo kat M'sia, waktu2 macam ni..petang2 camni berlambak lagi remaja2 melayu kita duk melepak kat luar.. yer la, kata dia masa tu la nak lepak. lepas balik sekolah.. lepas abis keje.. lepak pulak sampai malam.. Sini, aku lalu depan pub/club2 tak nampak sangat remaja2 yg lepak.. bukan maksud aku takde.. tapi tak banyak.. tak macam kat tempat kita yang kadangtu kalo kat kelab malam tu sampai melimpah kat luar, kebanyakannya remaja yang entah lepas umur ke tak. Dulu pernah la jugak aku jenguk dalam satu club kat K.L, Bravo.. ade ke budak yg aku kira umur 15 or 16 tahun duk gila joget mabuk siap buat ulat lagi dengan masih pakai seluar sekolah menengah warna hijau tuu..cuma baju je, tu pon t-shirt yg dia pakai dlm baju sekolah aku kira.. Langsung takde rasa malu ke takut ke kalo2 polis serbu...
Ntah la, aku nak cakap banyak pon nanti orang perasan yang aku cakap melalui pengalaman.. hello... aku tak lepak tempat2 camtu ok.. kalo aku pegi pon kalo cari member ataupon saje nak usya ape benda derang buat..hehe..jangan salah faham plak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment