Ogos 2005 - Rejab 1426 - Kematian Raja Fahd
Oktober 2005 - Ramadhan 1426 - 1) Gerhana diawal bulan.
2) Bunyi yang menggerunkan ditengah bulan (malam)*
3) Gerhana ditengah bulan (siang)
4) Ada tanda dilangit seperti tiang bersinar.
November 2005 - Syawal 1426 - Peperangan dan huru hara
Disember 2005 - Zulkaedah 1426 - Konflik antara Negara Islam atau suku kaum.
Januari 2006 - Zulhijjah 1426 - Pertumapahan darah di Mina pada musim Haji
Februari 2006 - Muharam 1427 - Imam Mahdi Di baiat (Hari Asyura)
Ramalan ini dibuat secara ilmiah dan pengkajian yang teliti oleh Abu Basyir Ad-Daiki Al~Jawi.
*jika berlaku, simpan bekalan untuk setahun.
Ulasan ringkas:
Ramalan bukanlah suatu perkara yang tepat dan harus dipercayai secara mutlak. Kerana ianya merupakan suatu yang belom pasti. Sedangkan dalam ajaran Islam, segala perkhabaran tentang peristiwa masa depan dan berita alam-ghaib ada disebut didalam Al-Quran dan penerangan dari RasuluLlah s.a.w. Perkhabaran yang jelas dari Al-quran dan Hadis2 sahih wajiblah dipercayai dan diimani oleh setiap muslim.
Namun yang biasa menjadi masalah ialah apabila perkhabaran tersebut datang dari sumber2 yang tak pasti dan mengelirukan. Dan ini bermakna ianya hanya satu ramalan atau andaian seseorang melalui jalan2 dan proses2 penyelidikan dan pengkajian terhadap peristiwa2 lalu, kebiasaan pada adat dan hikayat2.
Kadangkala hadis daif ataupon hadis palsu yg direka demi kepentingan tertentu menjadi sumber dalam meramal kejadian akan datang. Oleh itu berhati2lah dengan sebarang perkhabaran yang kita terima.
Sebagai contoh, ramalan berkaitan tibanya Imam Mahdi diakhir zaman yang mendakwa waktunya telah tiba iaitu tahun hadapan (2006). Ini adalah berpandukan hadis yang menyatakan tanda terakhir turunnya Imam Mahdi ialah apabila berlakunya dua kali gerhana dibulan Ramadhan. Dan perkara ini dijangka akan berlaku pada bulan Ramadhan akan datang.
Untuk pengetahuan kita bersama, peristiwa berlakunya dua kali gerhana dibulan Ramadhan bukanlah satu perkara baru. Sebelum ini peristiwa seumpama telah terjadi beberapa kali.
Juga, hadis yang menceritakan tentang turunnya Imam Mahdi setelah berlakunya gerhana dua kali di satu bulan Ramadhan telah didapati tidak soheh dan palsu.
Sebenarnya idea yang mengatakan gerhana dua kali itu adalah petanda akhir turunnya Imam Mahdi adalah disandarkan kepada Imam Ja'far bin As-sadiq dan beliau merupakan salah seorang imam besar kaum Syi'ah. Riwayat,pendapat dan ajaran yang hanya bersandar kepada imam Syiah adalah tertolak kerana golongan ini telah terkeluar dari ajaran aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah kerana mereka mengkafirkan para sahabat nabi yang diiktiraf didalam Al-Quran dan khalifah Islam selepas kewafatan RasuluLlah.
***Segalanya kita serahkan kepada Allah.
***Perkukuhkan aqidah, kuatkan iman dan beribadatlah semampu mungkin.
No comments:
Post a Comment