Saturday

Sehari di London

[Sehari di Kota London bersama Bro Herry]

Setelah sekian waktu aku berada di U.K, semalam merupakan kali pertama aku memijak kaki di Kota London.

Bro Herry yg baru sampai sini beberapa hari pon dah pegi.. dan semalam untuk kali kedua dan terakhir (utk masa skrg la) dia pergi lagi.. kalo haritu dia pegi dengan adik Zubir.. kali ni dengan aku plak.. pegi dengan bas je.. tu pon setelah membuat keputusan yg agak tergesa2 walaupon dah plan nak pegi beberapa hari sebelum tu. Tapi disebabkan keadaan sekarang ni yang bila baca atau dengar berita macam2 cerita hampeh yg membuatkan kami terpaksa fikir dan tangguh dulu trip sehari kami ke London. At last.. pergi jugak dan semuanya selamat.

Teringin aku cerita sedikit pengalaman dan kenangan waktu pegi kota bersejarah bekas penjajah kita ni. Sebagai kenang-kenangan untuk aku dan kalo ada orang lain baca blog ni.. mana la tau kot2 bleh kongsi2 cerita.

Kami bertolak dari Leicester ST. Margarets Bus Station hari jumaat jam 1.10pm dengan return tiket 15pound seorang, perjalanan dijangka mengambil masa 2 jam 45 minit untuk tiba di Victoria Bus Station, London.

Kami mengambil kesempatan menikmati pemandangan indah bumi tuhan dimana jalan yang kami lalui banyak merentasi kawasan ladang dan kebun serta sebahagian kawasan perumahan terancang. Persekitaran masih terjaga dan hijau. SubhanaLlah, sungguh indah ciptaan Allah.

Kami tiba di Victoria station pada waktu seperti yang dijangka. Dari station bas tu kami terus menapak mencari UNDERGROUND untuk ke destinasi seterusnya. Bro Herry walaupon baru sekali datang London, tapi masih ingat jalan. Di underground kami ambil tiket One day trip berharga errr.. brapa pound Bro..?? gua lupa daa.. tapi berpatutan laa.

Terus naik tran setelah mencari2 lorong mana nak masuk dan tersalah masuk lorong sekali. Dari victoria kami menuju ke Whitechaple. Tapi kami turun di Aldgate East lepas tu jalan kaki ke Whitechaple. Lepas peristiwa Bomb underground tube tran bulan lepas, macam2 cerita tak best kita baca, polis tembak org tak salah la, muslim di uk mula dibenci la. So, kami saje nak tengok macamana pulak layanan polis terhadap orang luar muslim macam kami ni. Waktu nak tanya jalan ke, saje gi tanya polis, dan hasilnya, polis2 dia masih lagi menunjukkan sikap kindly dan friendly.
Suasana kat sana pon masih nampak happening jee.. macam takde apa2 berlaku je, underground train yg katanya peratus penumpang turun tu pon kami masih terpaksa bersesak dan berhimpit dengan orang ramai seolah2 mereka dah lupa peristiwa 7/7 tu. Pendek kata semuanya masih macam biasa. Cuma kalo tgk kat berita je ada macam2 cerita. Biasa la, derang nak kasi laku surat khabar jee.. saje hangatkan cerita.. hehehe.. tu la Bro, jgn cepat terpengaruh! ;)

Eerrr.. kita dah sampai mana tadi.. Ok, dah sampai Whitechaple tu.. kami jalan kaki je la.. pusing sana sini sedar tak sedar sampai dekat London Bridge.. Jambatan yang merentas sungai seluas kira2 satu kilometer kot! hehe,main agak je.
Dekat dengan jambatan tu ada belah kiri Castle.. apa nama dia pon aku tatau, tak pegi pon, tgk dari jauh.. belah kanan bawah ada dataran, ramai jugak la orang lepak situ, pelancong dari Cina atau Jepon banyak aku tgk kat situ. Dekat dataran tu ada pentas kecik, ada gambar2 menarik dipamerkan dan ada restoran atas air (atas kapal cruise).

Dari situ kami ke underground lagi untuk ke GreenPark (ParkLane) sebab Bro Herry nak beli buah tangan kat HardRock untuk kaum kerabat dia kat M'sia tu. Aku ni join skali laa.. nak tengok camne rupa HardRock Cafe pertama dibuka ni (June 14, 1971). bukan nak beli apa pon.

Lepas puas layan Bro Herry merabakkan poketnya sambil layan awek Hardcore yg jaga store tu..
hehe..(ha' jgn pk bukan2 plak!) bukan layan saje2, nak bodek membership card jee... Kami ke Leicester Square plak.. kat situ kiranya tempat banyak org lepak&jalan2 la.. sebab banyak kedai, chinema, kedai2 sourvenir dekat dengan Chines Town.. dekat dengan Soho (tempat ehem2;) dan apa2 lagi laa.. masa sampai situ dah gelap.. perut pon dah lapar.. mula la cari kedai nak makan.. kedai byk laa.. tapi tatau mana kedai halal.. cari punya cari.. jumpaa la satu kedai kat celah2 bangunan tu..nama kedai American Chiken, tapi Pakistani punya.. kedai HALAL.. selamattt kami dari makan bangkai haritu.. hehehe..

Dah abis makan.. lepak2 kejap.. cari underground lagi untuk ke Victoria station.. sampai di bas station, tinggal lagi sejam nak bertolak balik.. lepak je la situu. kat situ org dah kurang tak cam kat Leicester Square tadi.

11.45pm kami bertolak pulang ke Leicester, kira2 jam 3.30 pagi baru sampai rumah.. pintu pulak kuncii.. budak2 ni semua gi keje.. tinggal Amar bdk France tu je sorang.. mesti tido punya.. buat misscall beberapa kali baru dia bangun..AlhamduliLlah semuanya selamat.. selamat pergi dan ni dah selamat kembali.. hehehe.. cam best je bahasa dan citer aku kali ni kan.? :D

Aku pon dah puas hati dan terasa bestnya gi jalan harini walaupon bukan jalan ngan awek.. hehehe. kalo bleh jalan dengan awek mesti lagi best...nak best lagi jalan dengan bini.. tak balik pon takpe. lepak je hotel semalam ke kat sana.. ini tak, jalan2 je asyik nampak couple2 matsaleh duk beromen sana sini.. cam hampeh je terasoo.. huhuhuu..

Anyway..trip aku semalam adalah disponsor oleh Bro Herry.. kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kat Bro Herry..lain kali rasa nak gi jalan2 lagi.. ajak la gua lagi.. hehe..


Sehari di Kota London.
Posted by Picasa

1 comment:

Anonymous said...

bila nak ajak aku jalan oit!