SHAH ALAM: Calon pilihan ramai, Asmawi Ani atau Mawi dinobatkan juara musim ketiga program realiti, Akademi Fantasia (AF3), di Stadium Malawati di sini, tepat jam 11.18 malam tadi. Beliau juga memenangi kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.Kemenangan
Mawi, 24 yang menyandarkan lagu Seroja (penyanyi asal S Effendi) dan Aduh Saleha, ciptaan M Nasir, memang sudah diduga kerana sejak dimasukkan semula ke AF3, kedudukan undian untuk peserta dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu sentiasa pada paras teratas.Suara Mawi terutama ketika mendendangkan lagu Seroja memikat lebih 6,000 penonton yang memenuhi stadium itu, malah tiga pengkritik - Kudsia Kahar, Adlin Aman Ramli dan Syafinaz juga terpegun dengan persembahannya.
Berikutan kemenangan itu, Mawi menerima hadiah bernilai RM321,854 termasuk sebuah pangsapuri (RM176,000), kereta Suzuki Swift 1.5 (bernilai 78,000), wang tunai RM20,000, pakej percutian ke London dan Paris, produk Olympus, trofi serta hadiah iringan lain.
______________________________________________________________________
Akhbar harian msia dah jadi macam majalah hiburan la pulak.. mawi menang AF3 pon bleh dapat tempat kat muka depan.. mengalahkan berita2 lain yang lebih penting untuk dibaca orang ramai sebagai maklumat harian..tapi kalo sekarang ni nak dapat info tentang hiburan katogeri mainstream ni takyah beli majalah hiburan pon takpe..
tu yang kat muka depan.. belek sebelah.. ada jgk selit hiburan.. kat iklan.. hiburan jugak ada.. bahagian hiburan lagi laa.. kalo dah macam tu jadinya... baik la jadi akhbar hiburan terus.. lagipon.. kalo tak jadi akhbar hiburan pon.. berita2 harian yang lain bukan betol sangat.. berita putar belit je banyak. kita yang baca ni plak kena fikir..kena tapis balik berita2 yang dimuatkan. camne niii... nak buat camne.. nak cari untung punya pasal... slogan bukan main Ilmu&maklumat!!! waahh..!! caya laa...
wookeh.. berbalik pada Mawi yang dipuja dan dipuji serta dijulang mengalahkan mahathir ni... kawan aku cakap kemenangan mawi kena check balik.. sebab kemungkinan dia menang dengan pengundi hantu.. huhuhuu..
aku ni nak kata ikut tu..takde la ikut sangat. tapi bukan tak tau apa2 la tentang AF ni.. walaupon camtu.. aku rasa yang sepatutnya juara AF3 tu bukan mawi.. tapi Amelya.. sebab dia lebih berbakat dan tak hipokrit...
Bestnya kalo bleh jadi tukang komen setiap kali konsert AF3 tu.. mesti aku bagi kaw2 la kat si Mawi yang poyo,hipokrit,bodo,keras,kaku,rosak lagi merosakkan...
Tak dinafikan, semua yang terlibat dengan rancangan maksiat terhormat AF ni semuanya terpesong dari adat2 kemelayuan dan ugama kita.. termasuk aku? tapi si Mawi la aku rasa yang dapat saham paling besar...
Dengan kehadiran dia sebagai pelajar AF tu ..membuka banyak jalan penghinaan dan persendaan terhadap Islam.. aku paling terbakar bila dia nyanyi lagu 'Pergi takkan kembali' haritu... kononnya bagus la sebab bawak nasyid.. berdakwah.. tapi mana penghayatan sebenar jalan dakwah camni tatau la.. sebut nama Allah..ucap LailahaiLlah dalam lagu tu.. atas pentas tu.. sekali dengan jantan betina campur..dengan joget2nya skali.. tayang depan jutaan ummat.. jabatan agama takde tegur apa2.. orang ramai pon mula fikir.. "nasyid takpe..." "takkan ustaz mawi nak nyanyi kalo benda tu salah" hampehnye ko mawii... memang sesat menyesatkan laa.
aku rasa ni antara agenda setan mengangkat seorang Mawi yg awalnya nak ikut pertandingan bilal..pastu bapak dia bagi dia join pertandingan AF.. tuhan dah nak selamatkan dia bila dia awalnya tersingkir..tapi siap diberi peluang kedua setelah dilihat dia bakal menjadi penyesat yg berpotensi..lepas tu sampai dia menang dan InsyaAllah katanya akan menghantar Ibunya menunaikan ibadah umrah dengan duit dari rezeki "halal" yg dimenanginya setelah berjaya menyesatkan ribuan umat islam di m'sia...
kemenangan mawi memang atas bantuan iblis yang memang kerja dia menyesatkan.. mula2 bukan main tunjuk warak..berat nak pegang tangan pompuan.. lepas tu.. siap dukung lagii.. bapak dia pon bangga je tengok anak camtu..
memang kita manusia.. tak lepas dari dosa.. kadar iman tak sama.. ada yang lemah.. ada yang kuat.. tapi kalo sedar kita belom mampu jadi muslim terbaik.. jangan la pulak hanyutkan orang lain sama... kalo sedar iman tu lemah.. jangan la join aktiviti2 yang bleh lemahkan lagi iman kita. tapi tu pon kalo dia sedar.. aku takut..dia tak sedar diri.. tapi tak munasabah laa.. Qari tilawah quran tuu..!! takkan jahil sangat.
dengan penyertaan dia sebagai pelajar AF tu jugak tlah membuka jalan org menghina dan mempersendakan ugamanya sendiri.. "kalo saya nak tegur mawi..kena pakai tudung dulu la" diikuti dengan gelak tawa beramai2 satu dewan tu...
tapi nak buat camne.. org kita memang gila hiburan sampai tak kira dah apa yg dibuat artis.. aku ni bukan anti mawi dan anti hiburan.. aku pon layan jugak.. aku manusia jugak.. dan hiburan tu bukanlah salah dalam islam pada asalnya.. tapi tengok2 laa.. ini takk... fanatik teruss..!
masa felix nyanyi sambil main gitar dengan 2 orang lagi tu.. mawi cuma main benda yg kerincing2 tuu...(tah apa nama) bila org kata dia tak main sebab tak reti main.. ada la yg fanatik mawi ni sangkal "Mawi tak main gitar sebab gitar tu haram!!" kepala hotak dia.. kalo nak ikut.. korang duk tengok konsert tu pon haram (termasuk aku?) mawi pegang,peluk,joget ngan pompuan tu lagi jelas haram.. gitar tu takde la pulak dalil2 sahih tentang pengharamannya (kalo ada bagitau aku!) tapi disebabkan fanatik..taksub.. bela je membabi buta.. ni la org kita...
kesimpulannya.. budak2 AF tu menang dengan undian melalui SMS.. jadi org yg undi. yg SMS tu la penyebab utama semua ni.. Astro dapat untung..korang yang abis duit.. bayar tiket "api".
1 comment:
Aslamalikum!
My Best Friend Zahid ( So called So What?),
Thanks a lot that you thought that I am died and for all you prays,memories and wishes that you expressed about me in my life but you that thought I am died. That was my eldest brother who is not in this world now, he was not only eldest brother, he was my best friend, a great sincer care taker and advisor what soever i am till now I am due to him and he has done much more for me in his life. Now I will do all for his little inocent kids.
May God Bless His Soul in Janat-ul-Firdous!! Ameen.
Regards,
Nadeem
Post a Comment