Mawi,Ustaz Akhir Hayy, Mestica dan Ustaz Abdul Aziz Che Mat
berkongsi pentas di Kelantan.
Tadi baca kat Harakahdaily kerajaan Kelantan akan menganjurkan konsert yang dikenali sebagai 'Tautan Kasih' yang akan diadakan di Padang Perdana, bermula jam 9 malam pada 30 september depan. Konsert ni merupakan konsert hiburan alternatif yang jarang2 kali dianjurkan kerajaan Kelantan.
Antara artis yang dijemput menjayakan konsert tersebut ialah pelajar lepasan Akademi Fantasia 3 Asmawi Ani yang juga telah menjuarai pertandingan akhir program tersebut. Turut diundang juga ialah Ustaz Akhir Hayy, Mestica dan Ustaz Abdul Aziz Che Mat.
Tak dapat dinafikan, tarikan utama konsert itu nanti ialah kehadiran Mawi yang kini menjadi kegilaan dan idola ramai.
Dan semestinya tindakan berani kerajaan Kelantan bawah pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang diluar dugaan itu membawa kejutan dan bakal menerima reaksi yang bermacam dikalangan anak rakyat dari pihak kerajaan dan pembangkang.
Apapon, kita percaya dan berharap tindakan Tok guru menjemput Mawi mengadakan konsert di Kelantan mempunyai tujuan kearah kebaikan yg berhikmah.
Namun tindakan tersebut bagi aku sedikit sebanyak seolah2 melawan arus asal perjuangan pihak Tok Guru yg sebelum ini tidak berkenan dengan program AF itu sendiri. Namun kini cuba bertindak mengutip buah dari pohon larangan sendiri.
Kenyataan Tok Guru berkenaan keperibadian Mawi adalah berpandukan 'berita yg disiarkan media massa'. Aku percaya Tok Guru tak pernah tercongok depan TV menonton atau mengikuti bagaimana perjalanan program AF itu sendiri, bermakna maklumat yg Tok Guru dapat tak cukup.
Walaupon setelah berbaik sangka, kita percaya hati kecil Mawi sendiri tidak redha dengan beberapa acara dalam AF tu, namun bagi aku ia tetap merupakan suatu kesilapan besar kerana ianya telah banyak membuka ruang Islam dipermudah,direndah2 dan dipersenda. Orang ramai tahu latar belakang Ustaz Mawi sebelum menyertai AF3 dan kini seolah2 'sengaja' mempengaruhi orang ramai yang sedia ada dalam kekeliruan terus terkeliru.
Benar, Mawi manusia dan manusia tak lepas dari kesilapan. Tapi keadaan berbeza apabila kita menjadi contoh pada orang ramai. Penyertaannya kedalam program AF itu sendiri menunjukkan dia sudah 'hanyut' dan hilang jati diri apabila dengan patuh mengikut setiap ajaran yang diberikan guru2nya di AF tersebut.
Kini Kelantan turut menampakkan minat dalam menyanjungi artis. Layanan istimewa menanti Mawi di Kelantan. Pasti bukan kecil kerajaan Kelantan akan berbelanja demi konsert Mawi.
Apapon kita berharap tindakan berani Kelantan itu mempunyai tujuan tersendiri. Alangkah baiknya kalau Mawi boleh diajak menjadi anak didik Tok Guru.
Aku manusia,
Kau manusia,
Mawi manusia,
Tok Guru manusia.
No comments:
Post a Comment