Friday

Keringanan dan ketegasan dalam Islam

Keringanan dan ketegasan dalam Islam
Khutbah jumaat di masjid Taybah hari ini disampaikan oleh imam masjid tersebut, Imam Abu Yahya.

Khutbah menghuraikan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abu Barzah Al-Aslami dimana beliau telah bersembahyang (asar qasar 2 rakaat-musafir) di tepi sebatang sungai ketika berada di Ahwaz (di Iraq).

Abu Barzah bersembahyang sambil ditangannya memegang tali kudanya. Tiba2 kudanya bergerak cuba pergi jauh ke belakang, maka Abu Barzah berundur mengikut kudanya. Kebetulan pada ketika itu ada org Khawarij melihat perbuatan Abu Barzah lalu berkata: 'Oh God! damn! look at that old man, how he prays?!'. Setelah Abu Barzah selesai solatnya, beliau berkata kepada org Khawarij tersebut, "I heard what u said, but wellknow that i've companion RasuluLlah in more than 6 times in battle, so that i know much thing about our religion and the convenience which taught by Prophet. So, move back following my horse is better than pull it back to its place which will bother me alot!"


Jawapan yg diberikan Abu Barzah kepada org Khawarij ini menunjukkan bahawa melakukan gerakan (melangkah) dalam solat kerana sebab2 tertentu adalah dibolehkan. Dan sudah tentu jawapan ini disandarkan terus dari ilmu yang diperolehinya terus dari RasuluLlah kerana beliau merupakan seorang sahabat baginda. Pengertian dan pemahaman seorang sahabat dalam ilmu ugama adalah terbaik dari golongan2 selepasnya. Apa lagi jika dibandingkan dengan umat kita pada hari ini.

Terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini, antaranya sudah pasti berkenaan adab dan keringanan yg di hadiahkan kepada kita ketika menunaikan solat. Kisah diatas mendalilkan bahawa kita diharuskan melangkah sedikit ketika dalam solat dalam keadaan2 tertentu.

Ini juga membuktikan bahawa Islam tidak membebankan umatnya sekalipon ketika berada didalam solat, tidak berarti kita tidak dibenarkan melakukan apa2 yg lain walaupon pada asalnya kita diwajibkan berdiri diam.

Kisah ini juga sedikit sebanyak menceritakan bagaimana sikap golongan Khawarij yang terkenal dengan suka mentafsirkan Al-Quran perpandukan akal dan fahaman sendiri sahaja tanpa mengkaji dari hadis2 RasuluLlah. Hinggakan seorang sahabat nabi yg pernah bersama baginda dalam perperangan dan pernah hidup bersama baginda juga dipersendakan dengan sinis.

Sesungguhnya Islam adalah ugama yg mudah dan tak membebankan penganutnya, namun begitu, disana terdapat banyak perkara yg telah disalah ertikan dan berlaku salah faham. Ada yang terlalu meringan2kan ugama Islam ini sehingga Islam boleh dipermain2kan.

Aku teringat kata2 Marina Mahathir ketika bercakap membela Ayah Pin, dimana dia telah membandingkan Islam ini seperti sebuah kelab. Siapa sahaja yang menyertai sebuah kelab, sepertimana dia bebas menyertainya begitulah juga dia sepatutnya bebas untuk keluar atau meniggalkannya. Begitu juga dalam hal ugama. Dia menunjukkan rasa peliknya apabila sebuah ugama (Islam) yang terbuka kepada siapa sahaja, tetapi tidak membenarkan penganutnya utk keluar berpindah kepada ajaran ugama lain.

Semudah itu Islam diperkatakan. Sekali tengok, disitu jugak terdapat unsur2 yang terdapat dalam fahaman golongan Khawarij yg banyak memahami Islam dan Al-Quran hanya berpandukan akal semata2. Lalu apabila suatu perkara yg pada mata mereka kelihatan seolah2 janggal/pelik, maka mereka akan mengatakan bahawa perkara tersebut adalah bertentangan dengan fitrah manusia, kebebasan dan sebagainya.

Perlu diingatkan, dalam mana2 ugama didunia ni pasti didalamnya terdapat perkara2 yang tidak mudah sekiranya difahami dengan akal semata2 tanpa panduan yg khusus. Dalam Islam kita berpandukan pada Al-Quran dan Hadis RasuluLlah serta kias ulama.

Dalam perkara murtad, ada terdengar mereka2 yg juga mengaku Islam mempertikaikan mengapa murtad dihukum bunuh. Terlalu berat dan kejam, sedangkan Islam bukanlah ugama kekerasan.
Murtad berarti keluar dari Islam melalui jalan2 tertentu seperti melalui pengakuan, perbuatan dan kerelaan hati. Sekiranya seorang muslim didapati murtad, dia akan diberi peringatan supaya bertaubat dan kembali kepada Islam. Sekiranya dia enggan, akan diberi tempoh 3 hari. Sekiranya tetap berkeras tidak mahu kembali kepada petunjuk, maka hukumannya di bunuh.

Murtad berarti belot, berpaling tadah dan hasilnya sudah tentu membahayakan Islam dan umat islam yg lain, juga dirinya sendiri. Kita lihat mereka2 yang murtad bukan sahaja sekadar keluar dari Islam, bahkan cuba pula mempengaruhi orang lain serta mempersenda2kan Islam. Kalau dalam sebuah angkatan perang, hukuman pada mereka yg belot pastinya bunuh. Itu dalam angkatan perang. Sebuah pasukan yg ditubuhkan manusia sendiri, yg hanya berjalan dimasa2 tertentu. Bagaimana pula dalam soal ugama, jalan hidup yang jauh lebih penting untuk dijaga!!

Ingat, dalam Islam, dalam perkara furu' bab feqah sekiranya kita melanggarnya dikira berdosa dan mesti bertaubat supaya dosa tersebut diampunkan kerana manusia sememangnya tidak terlepas dari kesilapan. Tapi kalau melanggar batas yg berkaitan dengan aqidah, kesannya amatlah besar, kerana iman dan Islam seseorang boleh tertanggal dan terkeluar dari Islam. Apabila begini, maka sia2lah segala amalannya, tertolak ibadahnya selagi dia tak mengucap dua kalimah syahadah mengaku kembali kepada Islam. Bahayaa..!!

Ianya bukanlah suatu kekerasan.. bahkan merupakan satu jalan penyelamat. Sesungguhnya Islam ini ugama penyelamat.

Begitu juga contoh bagi kewajipan yg diletakkan oleh Islam kepada wanita Islam supaya bertudung dan menutup aurat, sekiranya itu hanya dilihat dengan otak singkat manusia semata2 memang kelihatan seperti menyusahkan. Tapi itulah jalan penyelamat yg diajar oleh Allah dan RasulNya sebagai jalan menjaga serta memartabatkan maruah wanita. Bukan satu kekerasan.

Dalam bab tudung ni pon aku teringat nak cakap satu perkara, masih terlalu ramai lagi wanita2 islam yg tidak menunaikan kewajipan menutup aurat dengan bertudung ni, mereka dikira berdosa sepanjang berada dalam keadaan tersebut. Tapi, yang lebih bahaya ialah sekiranya mempertikaikan hukum menutup aurat yg jelas diwajibkan oleh Allah, atau pon mempersenda2kan orang yg menutup aurat, ini boleh membawa kepada rosak aqidah dan terkeluar dari Islam, walaupon dia bertudung!

Oleh itu, jagalah aqidah kita sekuat mungkin, jangan mudah terpengaruh dengan ajaran2 yang kita sendiri tak pasti, apa lagi kalau yg sememangnya jelas bertentangan dengan Islam disamping cuba sedaya upaya menyempurnakan kewajipan dalam berugama dan cuba sedaya upaya mengelak dari melakukan dosa samada besar atau kecik.

Sekali lagi aku pesan untuk diri aku dan siapa saja yg baca tulisan aku ni supaya perkukuhkan aqidah Islam kita dari terpesong dengan perkara2 yg kadang kala kita pandang remeh. Sentiasalah kita pesan memesan serta ingat mengingati sesama kita, semoga hasilnya dapat kita kecapi bersama.

.:Even smile is charity:.

No comments: