Peringatan Buat Polis dan Kerajaan Terengganu.
Hari ini 26 ogos, lagi 5 hari ke hari ulang tahun kemerdekaan negara kita. Dulu2 waktu pejuang2 kemerdekaan berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara, pastinya hari2 akhir begini juga menjadi hari bertambahnya dugaan dan halangan.
Hari ini telah lebih 40 tahun negara kita merdeka dari cengkaman penjajah British yang banyak menghalang rakyat Malaysia khususnya orang melayu dari memerintah tanah air mereka sendiri secara bebas dari cengkaman. Deretan nama2 pejuang kemerdekaan tak lupa diingati setiap kali tiba har ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Mengenang titis peluh,air mata juga titis darah mereka dalam membebaskan rakyat sebangsa dan senegara dari cengkaman penjajah.
Hari ini saat2 itu sudah jauh untuk dibayankan dengan mata aku bagaimana keadaan sebenar ketika itu. Bagaimana membayangkan jiwa2 orang melayu ketika itu begitu memberontak hari demi hari untuk bebas dari cengkaman penjajah. Akhirnya deretan pejuang kemerdekaan kita berjaya menghalau pulang British walaupon mereka sempat meninggalkan sisa jajahan.
Hari ini hati aku untuk sekian kalinya memberontak, terharu, kecewa dan sedih tahap mentibanglaut ditempatkan dipadang pasir. Tubuhku bergetar, hatiku bergelora, seribu satu kisah dan sejarah suka duka negara tercinta terpapar di dalam kepala. Bermula kisah2 perjuang kemerdekaan melarat ke kes Memali tersentuh pula peritiwa 13 Mei. Sempat juga terlintas dikepala andaian dan perbandingan dengan kisah2 mujahidin Palestin melawan Yahudi dan banyak lagi.. segalanya bercampur aduk.. berkecamuk.. hingga akhirnya aku tersedar diri seolah2 telah dikuasai suatu kebencian dan kemarahan tak terkawal yang makin meluat2 terhadap cara dan layanan Polis dan Kerajaan Malaysia amnya dan Terengganu khususnya dalam ber'ramah-mesra' dengan rakyatnya khususnya mereka yang menyokong perjuangan Islam, Pas.
Apa salah mereka..? apa salah kita..? apa salah kami..? hingga dilayan selayak binatang. Mana perginya jiwa merdeka polis2 malaysia yang hanya menjadi anjing2 menurut tuan2 anjing mengarah. Kesana tulang dicampak.. kesanalah dia menyalak.. kalau sekadar menyalak boleh tahan lagi..memang anjing suka menyalak. Tapi kalau dah tahap digigit..digonggong..'dicarik-rabit' daging sampai ketulang. Hati mana yang tak tersentuh..?? jiwa mana yg tak terbakar..??
Petang ini (malam di Malaysia) untuk pertama kalinya aku menyaksikan sendiri kekejaan polis dalam mentaati perintah pemimpinnya sekali lagi berjaya mempamerkan sifat anjing mereka dalam melayan rakyat Malaysia berbangsa melayu dan beragama Islam. Sebelum ni aku tak pernah berkesempatan menyaksikan secara live kekejaman mereka ini, apa lagi menghadirkan diri. Sebenarnya aku malu memberi alasan jarak dan keadaan jadi penghalang. Namun itulah hakikatnya buat masa skrg.
Petang ini seperti biasa aku cuba mengikuti program ceramah isu semasa anjuran Parti Islam Semalaysia (pas) terus dari internet TV dari satu web Pas. Kalau sebelum ni aku cuma bleh tgk gambar2 dan clip lama2. Kali ni aku bleh ikuti sendiri dari jauh bagaimana pejuang2 Islam dilayan "mesra" oleh angkatan Kepala Merah.
Majlis ceramah yang dibuat dalam Masjid Taqwa Batu Enam itu tergugat ketenangannya apabila tiba2 jerebu buatan 'manusia' kepala merah atas arahan kerajaan Bumi Biru Derih Jusoh! Kehadiran jerebu yang mencecah tahap API darurat apabila sekurang2nya seorang dari hadirin yang hadir rebah tidak sedarkan diri manakala beratus2 lagi terpaksa bersesak nafas. Nafas mereka sesak, dada mereka sebak, mata mereka berair, hati mereka berdarah namun iman mereka tetap tabah..!!
Sungguh sabar dan berdisiplin pejuang islam bawah pas ni.. dah kena serang dengan bom pemedih mata amcam tu pon.. dalam masjid pulak tu.. takde seorang pon yang cuba bertindak kurang ajar walaupon sekadar membaling selipar kearah jentera 'kepala merah' itu. Selagi pimpinan belum mengeluarkan arahan, mereka tetap patuh pada pemimpin mereka dengan penuh disiplin.
Apa yang terfikir difikiran aku waktu tu ialah.. andai kata pejuang islam bawah pas ni macam sesetengah pejuang2 dinegara lain.contohnya Indonesia, Selatan Thai dll.. pastinya sudah lama 'kepala2 merah' itu bertambah merahnya dengan darah..!!! Mereka tetap patuh dan bersabar bersama pimpinan mereka yang masa tu Tuan Guru Haji abdul Hadi juga ada masa tu.. sabar sungguh..
Sekaligus aku pelik untuk keberapa kali lagi dengan tomahan pihak kerajaan yg selalu mengatakan pejuang Pas adalah pemberontak.. brutal.. mengancam keselamatan dan sebagainya..
Apa yang membimbangkan aku (walaupon kadang2 mengharap) adalah.. andai kata tahap kesabaran mereka2 yang kini boleh diibaratkan bom jangka yang sedang dihangat dan terus dipanaskan dengan api kezaliman..dan kini diketuk2 dengan tukul penindasan...aku bimbang bom ni akan meletop.. akan meledak mencederakan apa saja yg ada sekililingnya...
Ingat kerajaan Malaysia... Hati2 kerajaan Terengganu.. Jaga2 mung Derih Jusoh..!! kami tahu semua kezaliman tu adalah bagi memerangkap kami..kami tahu semua tu permainan kamu untuk mencari jalan supaya parti kami boleh diharamkan dari bumi Malaysia... Tapi janganlah permainan politik mung tu sampai meruntuhkan tahap kesedaran dan sesabaran kami yang pastinya akan merugikan kamu dan tanah air kita sendiri.
Orang cakap pasal merdeka.. mung cakap pasal merdeka.. mintak rakyat bangga dengan kemerdekaan yg kita perolehi 40 tahun lebih dulu... Tapi dalam masa yang sama kamu jajah fikiran dan tubuh badan kami rakyat Malaysia... tak puas bebankan dengan kenaikan harga barang.. tak puas dengan menghalang keluar permit ceramah... kamu guna kekerasan.. hingga tahap tak menghina rumah Allah.. merobohkan baituLlah.. ingatlah... kalaupon bom kemarah rakyat tidak meletop.. walaupon kami tak bertindak balas terhadap tindakan2 kasar dan biadab mung tuuu.. suatu masa nanti akan tiba masanya kamu terima pembalasan di depan Allah taala di akhirat kelak.. kamu beriman dengan hari akhirat..???
Buat pejuang2 islam ditanah air yg tercinta... teruskan perjuangan.. jangan mudah lemah.. perkuatkan lagi jemaah... banyakkan perbincangan dengan tuan2 guru kita.. berjuanglah dengan bersistem.. percayalah perjuangan kita yg berlandaskan Al-Quran dan Sunnah serta ulama sebagai kepimpinan sentiasa dibawah lindungan dan bantuan Allah.. Usahlah kamu bertanya bila tibanya kemenangan.. kerana kemenangan itu telah hampir.. walaupon pilihan raya beberapa tahun lagi... kemenangan tak semestinya melalui satu jalan... juga ingatlah.. Kebenaran tanpa perancangan yg baik boleh dikalahkan oleh kejahatan yg bersistem..
Aku dan sahabat2 diseluruh bumi Allah ini sentiasa mengiringi perjuangan mu... disana mata kamu pedih oleh gas beracun... disini kami mata kami juga turut pedih dan berair merasai kereritan perjuangan mu disana.. perjuangan mesti diteruskan.. hingga kita benar2 mencapai kemerdekaan yang hakiki.. sehingga islam itu berada ditempat yg sepatutnya.. jiwa kita takkan merdeka selagi bumi Malaysia tak tertegak hukum Allah...
Untuk itu berkorbanlah sahabat2ku.. biarpon terpaksa melupakan Mawi yg di-ikon kan.. biarpon hati muda kita tak boleh melepak di karoke lagi.. biarpon andai suatu hari nanti tiada lagi konsert2 yg muda mudi pas juga ada join...walaupon suatu hari nanti yang ber'couple2' takleh 'ngerek' dan jalan dua2 lagi... relakanlah demi islam tercinta...
Merdekalah wahai umat islam.. merdekalah wahai pasukan KEPALA MERAH. hentilah pengabdian kamu terhadap taghut... hentikanlah...
Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha pengampun.
1 comment:
membaca seluruh blog, cukup bagus
Post a Comment