Tuesday

Insomana!!

Masa kat country-side aritu duk teringat nak posting kat blog aku ni jee.. ni bila dah balik sini,
bleh riba laptop balik...rasa cam tatau nak posting apa plak.. takde semangat lak nak menaip..
memang hampeh jugak la aku ni kiranya.. heh! aku yang hampeh..
padahal hari2 duk online..hari2 duk ngadap bendalah ni.. apa aku buat pon aku tatau. Chat? tak jugak.. kalo ada org tegur je pon baru jawab..
Aku ni pon skarang kepalotak rasa cam blurr jee.. tido malas.. makan rajin plak.. cuma nak buat makanan tu yg malas.. huhuhu.. selalu aku kira rajin gak masak2 ni..
ah..!! lantak arr.. yang penting aku kena plan aku nak buat apa lagi lepas ni.. sementara nak abiskan cuti aku ni... dan yang pasti aku dah ada plan.. tapi.. plan banyak sangat nii.. ishkk..!! kena pilih laa mana da best.. hurmm..
ko tengok tu..aku amek ni.. ko tgk ni.. aku amek tu...

Friday

Leicester..im back..!!

[Leicester..im back..!!]

Assalamualaikum wbt..

AlhamduliLlah selamat sampai Leicester.. dua minggu lepas duk Leeds..pastu gi Huntington balik..seminggu kat sana..tak jadii...

hrmm..ni pon sini tatau nak lepak bape lama sini.. tengok keadaan dulu laa...

apa2pon.. arghh..penat.. dekat 4 jam drive..nak rehattt..!!

Sunday

7705=London


PENGEBOMAN LONDON 7/7 SUATU DRAMA

Ramai yang terus menunding jari kepada Islam dan pejuang-pejuang Islam apabila berlakunya pengeboman di London pada 7 Julai yang lalu, dan seperti biasa media-media barat memainkan peranan mereka seperti yang telah diaturkan dengan kemas dan teratur.

Dalam masa yang sama, banyak persoalan-persoalan lain yang masih belum terjawab kini
.

1) Ramai yang tidak mengetahui (atau tidak diberitahu media) bahawa pada pagi 7 Julai tersebut pasukan keselamatan Britain sedang membuat "Underground Bombing 'Exercises'" atau latihan menyelamat jika bandar di London diserang oleh penganas. Yang peliknya, latihan seperti ini tidak pernah dijalankan sebelum-sebelum ini di bandar London. Dan bertambah pelik apabila kejadiaan pengeboman ini berlaku pada masa yang sama dan tempat yang sama di mana latihan ini hendak dijalankan. Perkara ini diberitahu sendiri oleh Peter Power, Pengarah Urusan Visor Consultants (Syarikat yang mengendalikan latihan ini) kepada BBC radio 5 dan ITN TV pada hari kejadian.
(sila rujuk
http://www.prisonplanet.com/arti ... mbingexercises.htm)

2) Menurut laporan dari akhbar Britain, the Mirror pula pada 9 Julai, menurut seorang pegawai atasan polis, keempat-empat camera CCTV yang diletakkan dalam bas bernombor 30 tersebut tidak berfungsi pada hari pengeboman tersebut. CCTV dalam bas tersebut akan diperiksa setiap 2 hingga 3 kali dalam masa seminggu. Alasan yang diberikan pula adalah kemungkinan pemandu bas tersebut terlupa untuk mengaktifkan camera tersebut pada hari itu.
(sila rujuk
http://www.mirror.co.uk/archive/....4762-name_page.html)

3) Kenyataan yang telah disiarkan dalam satu website kononnya diterbitkan oleh "Kumpulan Rahsia Al-Qaeda di Eropah" mengandungi ayat Al-Quran yang salah dan ini diakui sendiri oleh Jacob Keryakes penterjemah saluran TV MSNBC dan beliau menambah bahawa kesalahan seperti ini bukanlah sesuatu yang biasa dilakukan oleh pertubuhan Al-Qaeda dalam pengakuan-pengakuan sebelum ini.
(sila rujuk
http://www.msnbc.msn.com/id/8496293/)

4) Tiada sebab untuk kesemua suspek yang dituduh melakukan pengeboman itu.a. kesemua suspek telah membeli tiket pergi dan balik dan telahpun membayar untuk meletakkan kereta di tempat letak kereta masing-masing.b. kesemua suspek membawa bersama dompet beserta dengan kad bank, lesen memandu dan lain-lain barangan peribadi (biasanya dalam pengeboman berani mati, pengebom tidak akan membawa bersama barangan peribadi supaya sukar dikesan pihak berkuasa.)c. Dua daripada pengebom yang didakwa terlibat mempunyai sebab yang sangat kukuh untuk hidup iaitu Jermaine Lindsay yang mempunyai seorang anak berumur setahun dan menanti kedatangan anak keduanya dalam masa terdekat. Mohammed Sidique Khan yang juga mempunyai anak berumur 14 bulan dan isterinya juga masih mengandung.

5) Pengebom keempat Hasib Hussain tidak meletupkan bomnya di tengah-tengah bas dimana lebih ramai orang boleh terbunuh, sebaliknya meletupkannya di bahagian belakang tingkat atas bas tersebut.

6) Matawang Pound telah jatuh kira-kira 6% dari nilai asalnya 10 hari sebelum kejadian ini berlaku. Matawang sesebuah Negara yang stabil seperti Britain tidak akan jatuh sebegitu dalam masa yang singkat iaitu kira-kira 1.82 to 1.72 berbanding Dollar Amerika tanpa sesuatu sebab yang kukuh. Ini menampakkan terdapat pihak yang sudah mengetahui hal ini lebih awal dan mula menjual matawang Pound pada harga tinggi untuk membelinya semula apabila telah jatuh.
(sila rujuk graf di
http://www.x-rates.com/d/USD/GBP/graph120.html) dan(http://infowars.net/Pages/Jul05/170705pound.html)

7) Seperti biasa pihak berkuasa Britain memainkan drama yang sama seperti yang berlaku pada 9/11 dahulu dimana mereka mendakwa menjumpai barangan kepunyaan pengembom seperti pasport dan sebagainya. Yang peliknya bagaimana dalam pengemboman yang begitu dasyat paspot dan lesen memandu yang diperbuat dari kertas dan plastik tidak terbakar atau hangus? Samalah seperti cerita FBI semasa serangan 11/9 dimana mereka mendakwa menjumpai paspot suspek yang berada di dalam kapal terbang berdekatan dengan WTC.

8) Bob Kiley, Pengerusi pengangkutan London pernah bekhidmat dengan CIA sebagai Pengurus operasi CIA dan kemudiannya sebagai Penolong Eksekutif kepada Pengarah CIA (Manager of Intelligence Operations and then as Executive Assistant to the Director).
(sila rujuk
http://www.tfl.gov.uk/tfl/chief_officers.shtml)

9) Akhir sekali, dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh jurucakap Taliban Abdul Latif Hakimi kepada France-Presse melalui percakapan telefon bahawa Taliban tidak mempunyai sebarang kaitan dengan serangan tersebut.
(sila rujuk
http://www.iii.co.uk/news/?type= .....&action=article )

Melalui semua bukti di atas kita dapat membuat kesimpulan bahawa pengeboman ini didalangi pihak-pihak tertentu yang akan mendapat mendapat keuntungan samada dari segi sokongan ataupun tindakan pihak tertentu untuk menghina agama Islam. Alasan ini juga ada diguna untuk menghambat orang-orang Islam dari Britain secara tidak langsung.
Regards,
Zunaidi Abdul Latif

SCOPE International (M) Sdn. Bhd.
ISCM - Information Management
Off.
No : 7650 5474

Thursday

Miss u so much..!!!

[Miss U so Much!!]

Assalamualaikum....
Aduhh..rindunye kat blog aku nii.. bape lama dah tak posting erk..?Aku baru je sampai Leeds mlm ni...selepas pergi bertapa setengah purnama...skrg keje dah selesai.. projek dah berjaya dengan cargesnyee..!! cuma ada la sket lagi kena handle slow2:) harap semua berjalan lancar dan selamat :)
hrmm..apa nak citer erk..? tak ngantuk lagi..cuma kpala pening2 lagi ni.. 3 jam lebih gak dlm kete tadi..

jap eh!

Wednesday

Huntington dalam kenangan

[Im comming Huntington..!!]

Fauzi ajak aku turun countryside.. sana tenang kata dia.. duduk caravan.. nanti bleh gi ladang.. bleh petik strawberry..menarik tuu... aku teringin gak nak makan strawberry segar terus dari ladang.. petik sendiri.. kalo ada epal pon best gak.. sebelum ni pokok epal pon tak pernah tengok lagi.. nanti kat sana bleh panjat pokok epal.. huhuhu..

tapi rasanya sekarang belom musim epal.. sebab aku tengok pokok epal sebatang kat rumah adik aku punya garden kecik sangat lagi buah dia.. paling2 sebulan lebih kot baru masak.. ermm..kalo dulu petik jambu.. nanti bleh petik epal plak... pengalaman tuuu...


Monday

Selamat tinggal blog-ku.

Hari ni hari terakhir aku posting.

Aku dapat keje.. hehe.. tapi tatau la camne keje tu.. keje ape..? ade laa..hehehe..takleh citer. tapi bukan kat leicester ni la. jauh gak dari sini. nanti aku gi bertapa la kat sana.. internet tatau ada ke tak.. rasanya takde.. so ni last day aku posting..

apa pon harap semua ok.. jumpa lagi my blog..!!

wassalam.

Nasi Ayam Bujang


Nasi Ayam

Senang je buat nasi ayam ni...

ayam sekor.
beras sekilo.
sebiji bawang besar.
selabu bawang putih.
halia sikit.
chili merah.
ulam2..salad..timun dll.

ayam bahagi dua atau suku.
pastu rebus macam sup..campur la bawang2 semua tu..utk amek air nak masak nasik.
basuh beras,sejat.

goreng beras dgn bawang putih 2..3 minit..
masuk beras dlm periuk campur air sup tadi.
masak nasik.

ayam untuk goreng.. campur dgn kicap.. pastu goreng..
agak2 la semua tu..rasa masin pedas secukup.

ok..!
senang jee

Sunday

Kezaliman berterusan di tanah air ku tercinta.


[ Lebih kurang 10 ribu rakyat berkumpul dalam demonstrasi bantah perobohan masjid ]

Aku taktau la apa nak jadi dengan orang melayu Islam kita harini.. makin hari makin teruk, makin hari makin bercelaru... makin hari makin serabut..makin bolok!!!!!

Kenapa la bleh jadi bodoh macam ni orang melayu kita..macam2 kezaliman depan mata berlaku. Tapi banyak lagi yang buta... banyak lagi yang taknak bukak mata fikir betol2.. haduhh..!!

Aku takleh cakap benda2 camni lama2.. emo beb..!! bengang betol aku dengan Umno Terengganu bawah Deris Jusoh ni... aku rasa kalo dia ada depan aku sekarang aku tampar je... tak caya..?? cakap la kat dia. suruh dia baca blog aku.. cari aku.. depan dengan aku..aku lempang arr Deris Jusoh bengong tu..!!

Nak jadi menteri besar kunun... aku cakap camni sebab aku kenal dia... aku tau perangai dia.. kalo dengan Tok guru Haji Hadi (Ayah Chik) tu.. memang beza jauh langit dengan bumi laa.. aku cakap camni sebab aku pon kenal Haji Hadi tu macamana.. rumah dia aku dah pergi.. Macamana hidup dia aku tau..Tapi harini orang yang betol2 jujur dalam menjaga amanah rakyat.. orang tu lah paling kuat ditolak ditentang tak bagi jadi pemimpin.. apa punya bangang la manusia melayu Islam kita harini...

Dah la.. aku nak gi mandi.. panas ni.. panas.. astaghfiruLlah..

Perhimpunan bantah perobohan masjid

[Perhimpunan bantah perobohan masjid.]


BANTAHAN RAKYAT...

Lebih 10,000 orang menyertai perhimpunan aman di hadapan Wisma Darul Iman (WDI), Kuala Terengganu pagi ini (19 Jun) bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan rakus dan zalim Kerajaan Barisan Nasional Negeri Terengganu merampas tanah, memusnah rumah peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) dan merobohkan masjid. Orang ramai yang mula berkumpul di kawasan itu seawal jam 7 pagi bersurai kira-kira jam 9.40 pagi setelah mengaminkan bacaan doa oleh Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Dato' Husain Awang. Turut berucap pada perhimpunan yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan termasuk anggota FRU itu ialah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato' Mustafa Ali. Sementara itu, wakil peserta RTB, Abdullah Che Mat berjaya menyerahkan memorandum bantahan rakyat kepada Exco Kerajaan negeri, Wan Hisham Wan Salleh di Bilik Rehat Exco, WDI pada kira-kira jam 9.10 pagi.

Saturday

Jarum dan kondom free

[Jarum dan kondom free]

Sejak dua menjak ni kalo baca malaysia punya news mesti ada orang cakap pasal JARUM & KONDOM percuma...aku pon sebagai rakyat M'sia rasa tertarik jugak pasal ni. sembang la jugak dengan adik aku dengan member2 aku sini sambil melupakan isu2 lain yang tenggelam macam tu je..pandai sungguh dieorang main erk..


Dalam sembang2 tu..adik aku memang sokong la sekiranya kerajaan Malaysia nak teruskan program bagi jarum dan kondom percuma ni. sebabnya memang tu jalan terbaik nak kurangkan masalah jangkitan HIV ni.. mat2 pit..kaki dadah tu walaupon orang gelar dia sampah masyarakat..tapi tetap duduk dalam masyarakat.. banyak yang berumah tangga dan beranak pinak... kebanyakannya bukanlah orang kaya..sebab duit duk abis beli menatang dadah tu jee.. dieorang ni kalo tangkap pon dah takde tempat nak kurung.nanti nak bagi makan lagi..ubat lagi..berapa banyak belanja tu..?? lagi satu dieorang ni memang ada geng yg sekepala..memang betol2 sekepala laa..saling tolong menolong.. kalo kawan takde jarum..dia sanggup bagi pinjam dia punya..jadi kalo dah bagi jarum free..masing2 dah ada jarum sendiri..kat situ dah kurang satu punca jangkitan HIV.

Kalo yang berkeluarga pulak.. kadangtu bukan fikir nak beli kondom ke bila nak tutt..tutt dengan bini.. ingat...kalo dia dah ada HIV, tak ke jangkit ke bini dia.. pastu nanti dapat anak..jangkit kat anak yang tak berdosa tu.
So, bila bagi kondom free..takkan dia tanak pakai..jadi kurang lagi satu punca jangkitan HIV kat bini dan anak.. kita takleh sekat naluri manusia.. takkan ada bini pon nak layan solo lagi..

Tu antara alasan2 yang menykong cadangan kerajaan..yang membantah pon banyak..!

Alamak..!! ingat nak tulis sikit je tadi..meleret2 pulak dahh..

Tapi la kan..mat2 dadah yang suka kongsi jarum tu biasanya yang dah memang tahap parah tunggu nak mati..dieorang ni setahu aku memang payah dah nak kita bentuk balik. aku rasa kalo dibagi jarum free pon..nanti dia kongsi jugak jarum free tu dengan geng2 seperjuangan dengannya.. yer laa.. dah kalo tahap 'jeng koil' tu.. otak tak jalan cam biasa daaa... mana sempat nak pikir pasal jarum mana nak pakai.. mana satu jarum aku..mana jarum ko... takde pikir punya dah aku rasa...kena pulak yang memang jenis memang suka kongsi2 jarum..memang tabiat dia camtu..susah jugak..buang duit dengan masa percuma la jawabnya kerajaan kita..
Bagi kondom pulak..agak2 berapa banyak kondom nak bagi setiap sorang erk?? satu..dua..?? cukup kee..?? lagi pulak amalan pakai kondom ni sebenarnya menyekat zuriat pemberian Allah...

Jadi aku rasa laa... cara paling baik kerajaan buat ialah cari jalan hentikan penagih dadah ni dari isap dadah dan..kalo takleh berenti terus..bagi kursus kat dieorang ni supaya tukar cara isap dadah..jangan pakai suntikan lagi..hehehe..

aku rasa nanti kalo kerajaan benar2 buat program bagi jarum&kondom free ni.. makin banyak negara rugi..makin banyak belanja.. sekarang pon kerajaan dah belanja lebih kurang RM500 juta setahun nak tangkap,kurung,rawat penagih dadah yg bawak HIV ni.. nanti nak bagi jarum&kondom free ni dengar2 akan keluar belanja kira2 RM140 juta setahun.. sebenarnya aku rasa nanti bukan pengurangan angka akan berlaku..tapi penambahan.. katakan RM500j + RM140j = RM6 juta lebih kerajaan kena belanja lepas ni...tak caya tengok la nantii..!! kan ke satu belanja yg besar tuu...nak buat benda lain banyak lagi..

Aku rasa baik kerajaan belanja besar2 untuk cegah dadah masuk dalam negara kita ni.. mustahil ke.?? sape kata mustahil.?? polis kita katanya 'not the best but one of the best in da world' tangkap orang sana..pukul orang sini.. baiklah kerajaan belanja besar untuk ketatkan lagi sekat dadah dari masuk...upah la james bond kee.. aku percaya..orang2 yang bawak masuk dan bekalkan dadah kat m'sia bukan orang2 biasa... dieorang ni dari golongan power2 jugak.. antaranya mampu sogok kat pegawai mana2 bahgian untuk buka jalan.. so...keluarkanlah modal besar2 untuk lawan puak2 ni..

cuma yang paling penting kesungguhan kerajaan kita dalam menangani masalah ni.. sebenarnya benda ni dah lama bleh buat..tapi disebabkan takde kesungguhan dan berjuta2 lagi masalah dalam kerajaan dan negara kita sendiri...tu la yang susah.. semua duk pikir nak penuhkan bank masing..semua duk pikir nak kumpul duit untuk tempah neraka kelas VIP masing2.. dah macam ni.. sampai bila nak selesai..bagi la jarum & kondom free..nanti boleh tengok la sape yg duk kaut untung tiap2 tahun dapat tander jarum&kondom untuk bekalkan kat mat2 dadah tu...

Lagi satu kena ingat..punca AIDS ni bukan dari mat2 pit je.. tu sekarang kat negara kita Malaysia dah ada kelab2 gay yang semua orang tau ape benda kerja malaun2 gay ni buat...bagi aku derang ni lebih hina dari mat dadah... tapi nampak cam takde apa2 jee.. kalo betol2 nak tangani masalah aids ni.. kena la tengok semua segi..tindakan kenalah menyeluruh..tah laa.. mungkin aku ni rakyat biasa takleh faham macamana cara orang2 atas sana fikir... orang cerdik pandai la kononnya...

apapon harapa aku.. semoga negara kita..masyarakat kita akan menemui jalan sejahtera dan berkat dalam menyelesaikan masalah...Ingatlah, sebaik2 jalan penyelesaian ialah kembali pada kitab Allah dan sunnah RasulNya.. dan punca segala masalah dan bala ini adalah disebabkan kita tinggalkan dua perkara ni kat belakang.. Bukankah rasuluLlah dah pesan.."aku tinggalkan dua perkara, dimana kamu takkan sesat selagimana berpegang dengan keduanya..yaitu Alquran dan Sunnahku" bincanglah dengan ulama2.. mintak la nasihat mereka..ulamak2 kita harini kalo kita tak tanya.tak mintak nasihat dieorang.. dieorang malu nak cakap... kena tanya...kena panggil dieorang ajak berbincang.. baru lah tak buang masa dan duit percuma!!

Friday

Belajar buat blogskin

Aku try je buat skin ni..
susah nak baca kan..?
hehehe..serabut je nampak..!
lantak arr.
aku nak belajar buat skin sendiri.
mula2 nampak tak best takpe..
sebut kata orang belajar.
salah sikit sebanyak tu dimaafkan.. ;P

sama la macam orang belajar tajwid.
memang la kita baca ada salah silap..
tapi lebih baik daripada
tak belajar langsung...

hehe...apa la aku duk membebel ni..
aku tak cukup tidooo..!!

Thursday

Masak lemak chili api


[Masak lemak chili api]


Harini celik mata je tengok lunch meal dah siap member aku masak.. hehehe.. Masak lemak chili api... dulu masa kat islamabad selalu gi rumah Tunku, Kak Aisyah selalu masak masak lemak chili api ni.. layan beb.!

ni resepi masak lemak by Khairudin:

Bahan2..
1. sekor ayam potong 6.
2. sebiji bawang besar.
3. 3 ulas bawang putih.
4. chili api sebanyak yg mahu..!
5. 2 batang serai.
6. susu segar (malas nak kuar cari santan :D)

Cara buat:
bawang besar tu potong slice sikit.. pastu blend sikit skali dgn chili api. serai pon bleh kalo nak potong2 pastu blend skaligus..tapi nak bagi nampak best..takyah blend..pukul2 letak camtu je nanti..
bawang putih tu pukul je dgn pisau besar pastu potong la kecik2.

ok..pastu, tumis bawang besar dengan bawang putih..agak2 kuning sket tu masuk je bahan2 blended kita tadi.. tumis kejap.. agak2 sendiri la.. nampak dah masak bawang2 tu... masukkan serai pastu masuk ayam then bubuh air sikit..sementara tu lepak la kejap.. basuh2 bekas yang pakai tadi ke..
ok.. dah agak ayam nak masak.. bleh la masukkan santan atau susu (kalo takde santan).
api jangan besar sangat... agak2 dah mendidih je bubuh la garam secukup rasa.. kalo member aku budak thai masak dia letak gula sket...aku tak suka..

ok..tengok dah masak tu.. beres laa.. hehehe... senang jeee...!!

Aku benci pakai laptop.!!

Malam tadi punya la aku duk layan ke blog ni konon nak tukar skin.. skali hampeh abis ilang smua script, dengan code2 dia semua..tau kenape.? masa aku duk asyik taip2 tu..ejas sana ejas sini.. tah macamana terclose window template ni..aku tak pakai mouse..laptop ni sensitif sgt..sentuh sket dah kira jadi...hadus..hampeh tahap nak hempuk je laptop ni...

moral dari citer diatas...
satu benda tu biarpon dah banyak membantu kita..tapi bila jadi satu je silap..kita dah mula nak marah..bengang dan macam2 lagi... sama jugak la macam orang.. selama ni duk buat baik..tapi bila sekali kita buat salah orang akan lupa kebaikan kita yang lepas..orang dah mula hilang kepercayaan kat kita..orang dah mula benci kita.. macam aku dah mula benci laptop ni... hehehe... tak laa.. sayang lagii..banyak benda lagi nak buat ni...<
span>

Now on the line.!!


[NowOnline]


Aku sekarang memang tengah free.. yer laa, tengah cuti panjang..lepak rumah adik plak.. keje takde.. hehehe.. dapat laptop sebijik aper lagi.. layan tenet je la.. aku malas sebenarnya nak citer panjang2..sebab gambar kat atas tu dah bleh menceritakan segalanya... baru amek beberapa minit tadi gambar tu.. member aku ambik.. teringat plak dia nak amek gambar masa aku tengah ngadap benda alah ni... bleh gak abadikan kat blog aku ni :D

Sekadar sebuah kenangan.


[Muree 2004]


Sebenarnya saje je aku letak gambar ni.. aku teringat masa kat Pakistan dulu.. Terlalu banyak kenangan pahit manis aku lalui.. kalo nak citer semua kat sini memang aku tak mampula.. sebab aku dari malam tadi tak tido..mula2 teman member, last2 member tido aku plak yg takleh tido.. hehehe..

Kalau kat Islamabad dulu, time2 camni mesti dah siap2 nak tido.. mesti Matsan tengah siap2 pelankan lagu kat komputr dia pastu turn off monitor, masuk dalam sleepingbeg dia..krohh...krohhh.. :D

Hrmm..aku rindu semua tu... nape la saat2 camni aku teringat semua tu em.. teringat geng B-70.. Matsan.. Elly..Fadlur..Jhondee..Din..Chuu..Kerri..Amin..banyaknye nama dalam kenangan aku.. setiap sorang ada citer masing2.. Matsan & Jhondee gi Thailand dah.. harap semua ok la sana.. Owhh.. Along.. hehe.. dont ever think that i forgot u man..!! gua ingat sama lu la bebb..! bila ingat lu.. ingat kat Angah skali arr...Kamil pak lawak tahap dugong!! Adik budak manje..hehe.. duk sini takleh dah la tengok korang semua... kalo korang baca blog aku ni jangan lupa kirim salam kat member2 lain k..! harap kita bleh jumpa lagi lain kali.. mungkin kita bleh buat re-union ke... amacam..?

Perhentian.


[Kuwait 2003]

Kadang2 aku pelik kenapa la selalu bila aku buat urusan dengan orang Paki ke Arab ke yang sama2 seislam ni lebih payah daripada berurusan dengan cina ke, matsaleh ke yg bukan islam, Kadang2 aku jadi malu sendiri bila fikir2 balik. Lagi satu tahap kebersihan, negara2 yang nama dia begitu sinonim dengan islam dan muslim bila disebut adalah lebih teruk daripada negara2 yg bila disebut nama dia kita secara spontan bleh kata negara orang kafir tapi lebih bersih. Benarlah hari ni Quran dan ajaran serta kebaikan yang ada dalam tu sebenarnya lebih diminati orang bukan islam untuk mengamalkannya.
Kita tau orang islam dulu maju dan kuat kalo kita bayangkan mungkin dengan keadaan masa tu samalah dengan negara2 barat yg maju mambangun menakluk dunia hari ini kerana mengambil contoh dari pengajaran dalam Quran yg sebenarnya dianugerahkan untuk kita orang islam. rugi..rugi serugi-ruginya...
Demi masa sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan BERAMAL soleh, dan pesan memesan dengan kebenaran dan pesan memesan dengan kesabaran.

cakap senang laa..nak buat tuu.. kan..? :)

Wednesday

Sepetang di City Center of Leicester.


[Center of Leicester]

Petang tadi aku keluar dengan member aku Fauzi. Saje boring duk rumah, keluar la sedut udara segar town Leicester ni. Sebenarnya kedai-kedai kat sini dah tutup masa tu. Sini kedai tutup awal. Pukul 5.00 petang dah tutup. Bandar pon lengang. Kalo ada kedai bukak pon, kedai makan,klab2 malam & karaoke je la.

Aku saja keluar waktu camni, orang tak ramai, tenang sket. Sambil tengok budak2 main skate. Tapi sini aku rasa lain sikit la dengan Malaysia..

Seingat aku.. kalo kat M'sia, waktu2 macam ni..petang2 camni berlambak lagi remaja2 melayu kita duk melepak kat luar.. yer la, kata dia masa tu la nak lepak. lepas balik sekolah.. lepas abis keje.. lepak pulak sampai malam.. Sini, aku lalu depan pub/club2 tak nampak sangat remaja2 yg lepak.. bukan maksud aku takde.. tapi tak banyak.. tak macam kat tempat kita yang kadangtu kalo kat kelab malam tu sampai melimpah kat luar, kebanyakannya remaja yang entah lepas umur ke tak. Dulu pernah la jugak aku jenguk dalam satu club kat K.L, Bravo.. ade ke budak yg aku kira umur 15 or 16 tahun duk gila joget mabuk siap buat ulat lagi dengan masih pakai seluar sekolah menengah warna hijau tuu..cuma baju je, tu pon t-shirt yg dia pakai dlm baju sekolah aku kira.. Langsung takde rasa malu ke takut ke kalo2 polis serbu...

Ntah la, aku nak cakap banyak pon nanti orang perasan yang aku cakap melalui pengalaman.. hello... aku tak lepak tempat2 camtu ok.. kalo aku pegi pon kalo cari member ataupon saje nak usya ape benda derang buat..hehe..jangan salah faham plak.

Just the beginning..

Sebenarnya permulaan ini sudah lama bermula ketika segala permulaan yang tak diketahui dimana bermulanya permulaan tersebut. Namun bukanlah ia sebuah permulaan segala permulaan yang mungkin tiada kesudahan. Justeru itu padanya terdapat permulaan. Maka disini aku mulakan sebuah permulaan ditengah perjalanan menuju akhir yang pasti tidak ketahui dimana. Sedangkan permulaannya yang telah wujud tidak dapat diketahui dimana bermulanya ia, apa lagi kesudahan yang belum pernah terjadi. Sedang permulaan dan kesudahan diri sendiri tidak diketahui, bagaimana ada yang cuba bicarakan permulaan dan kesudahan Yang mencipta permulaan dan kesudahan?




Biarlah disini aku mulakan dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

kisah tuan di pukat (mengenang allahyarham nazar abdul)

[ Kisah Tuan DiPukat ]
Mengenang Allahyarham Nazar Abdul.
Dimeja panjang tuan
mengibar senyum
dan secebis pengalaman
cepat terhimpun
pada jala kehidupan
memukat kisah
pada samudera ini
Dimeja panjang
tawa tuan tersangkut
pada jala kehidupan
seorang nelayan
baru mencecah
di gigi air
yang bersiap
kelaut besar.
Dimeja panjang
kisah tuan
sedikit terletak di pukat
dan nelayan muda ini
siap melemparkannya
kesamudera luas.
Moga-moga nelayan ini
tegar melempar jala
memukat kisah
di samudera
tak nampak pantainya.
Kisah tuan,
biar kekal di pukat
tawa tuan,
tak tanggal
terlekat
moga tuan diam dalam
rahmat.

nazmi

Monday

InnaliLlah-wainnailaihi-raji'un

Jenazah wartawan BH selamat dikebumikan
Berita Harian, 6 Februari 2005


KUALA LUMPUR: Jenazah Wartawan Eksekutif Berita Harian (BH), Nazar Abdul,54, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang, di sini selepas solat Jumaat, semalam. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 11.21 malam semalam di depan isteri, anak dan saudara maranya selepas dimasukkan Hospital Tawakkal pada jam 6.20 pagi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosiah Hamid, 51, dan seorang anak, Nazdiana, 24. Anak tunggal Allahyarham, Nazdiana berkata, bapanya mengadu sakit perut dan minta dihantar ke hospital awal pagi kelmarin. Bagaimanapun, katanya, keadaan Allahyarham semakin serius dan menghembuskan nafas terakhir selepas kira-kira tujuh jam dimasukkan ke hospital berkenaan.

Beliau berkata, Allahyarham pernah menjalani pembedahan kanser usus, tiga tahun lalu.
Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Biro Berita Harian Alor Star dan wakil Berita Harian di Jakarta dan jawatan terakhir sebagai Wartawan Eksekutif Berita Harian di Unit Luar Negara.