
gambar ni diambil pada 00.01.34 minit dari waktu post. taken by P800 build-in camera. not very bad quality isnt it?! Laptop pinjam Darda punya. Thanks Darda!
Posted by Picasa
Saat pancainderaku menyaksikan alam ini buat pertama kalinya, telah tertulis sebelumnya dimana bumi yang harus kujejak,dimana langit harus kujunjung. Kerana disana tertulis ajal,maut,jodoh dan rezeki-ku telah Dia tentukan.

Ramalan ini dibuat secara ilmiah dan pengkajian yang teliti oleh Abu Basyir Ad-Daiki Al~Jawi.
*jika berlaku, simpan bekalan untuk setahun.
Ulasan ringkas:
Ramalan bukanlah suatu perkara yang tepat dan harus dipercayai secara mutlak. Kerana ianya merupakan suatu yang belom pasti. Sedangkan dalam ajaran Islam, segala perkhabaran tentang peristiwa masa depan dan berita alam-ghaib ada disebut didalam Al-Quran dan penerangan dari RasuluLlah s.a.w. Perkhabaran yang jelas dari Al-quran dan Hadis2 sahih wajiblah dipercayai dan diimani oleh setiap muslim.
Namun yang biasa menjadi masalah ialah apabila perkhabaran tersebut datang dari sumber2 yang tak pasti dan mengelirukan. Dan ini bermakna ianya hanya satu ramalan atau andaian seseorang melalui jalan2 dan proses2 penyelidikan dan pengkajian terhadap peristiwa2 lalu, kebiasaan pada adat dan hikayat2.
Kadangkala hadis daif ataupon hadis palsu yg direka demi kepentingan tertentu menjadi sumber dalam meramal kejadian akan datang. Oleh itu berhati2lah dengan sebarang perkhabaran yang kita terima.
Sebagai contoh, ramalan berkaitan tibanya Imam Mahdi diakhir zaman yang mendakwa waktunya telah tiba iaitu tahun hadapan (2006). Ini adalah berpandukan hadis yang menyatakan tanda terakhir turunnya Imam Mahdi ialah apabila berlakunya dua kali gerhana dibulan Ramadhan. Dan perkara ini dijangka akan berlaku pada bulan Ramadhan akan datang.
Untuk pengetahuan kita bersama, peristiwa berlakunya dua kali gerhana dibulan Ramadhan bukanlah satu perkara baru. Sebelum ini peristiwa seumpama telah terjadi beberapa kali.
Juga, hadis yang menceritakan tentang turunnya Imam Mahdi setelah berlakunya gerhana dua kali di satu bulan Ramadhan telah didapati tidak soheh dan palsu.
Sebenarnya idea yang mengatakan gerhana dua kali itu adalah petanda akhir turunnya Imam Mahdi adalah disandarkan kepada Imam Ja'far bin As-sadiq dan beliau merupakan salah seorang imam besar kaum Syi'ah. Riwayat,pendapat dan ajaran yang hanya bersandar kepada imam Syiah adalah tertolak kerana golongan ini telah terkeluar dari ajaran aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah kerana mereka mengkafirkan para sahabat nabi yang diiktiraf didalam Al-Quran dan khalifah Islam selepas kewafatan RasuluLlah.
***Segalanya kita serahkan kepada Allah.
***Perkukuhkan aqidah, kuatkan iman dan beribadatlah semampu mungkin.


[Front of London Bridge] Sebelum ni aku cuma tengok jambatan London ni. Semalam aku dah berpeluang jalan2 situ, bergambar dan hirup udara petang kota London. Jambatan batu ni mula dibina sekitar tahun 1176 dan siap pada tahun2 awal kurun ke 13. London Bridge yang pertama merupakan jambatan Roman yang dibina menggunakan kayu. Namun jambatan tersebut telah rosak disebabkan kebakaran dan banjir besar. Lepas tu Peter de Colechurch bercadang utk mendirikan semula jambatan tersebut dengan batu. Kemudian dalam tempoh 30 tahun jambatan tu didirikan semula. Pembinaan semula jambatan tersebut telah menggunakan tenaga kerja manusia seramai lebih kurang 150 nyawa. |
London Bridge. Gelap la pulak gambar ni!
Posted by Picasa
[History of HardRock Cafe] The brainchild of Isaac Tigrett and Peter Morton, the first Hard Rock Cafe (HRC) opened its doors in London, England June 14, 1971. Attracting customers with first-rate but moderately priced casual American fare, warm service and ubiquitous Rock 'n' Roll music and sensibility—HRC became an instant classic. |
In HardRock store London bersama Bro Herry.
Posted by Picasa
[Sehari di Kota London bersama Bro Herry] Setelah sekian waktu aku berada di U.K, semalam merupakan kali pertama aku memijak kaki di Kota London. |
Sehari di Kota London.
Posted by Picasa


Dardad,Aku&zubir dalam caravan.
Tadi aku duk cari2 lagu yg aku save haritu kat laptop ni.. skali jumpa gambar masa gi Huntington haritu.. gambar ni dari digital camera Dardad..takyah scan nak msuk komputer, aku bawak camera.. tapi pakai filem.. tak cuci lagi.. bila nak gi print-out tatau laa.. takpe arr.. peram dulu sampai jadi filem classic..hehehe..
masa ni Dardad dgn adik aku hantar aku gi bertapa kat Huntington.. aku dgn fauzi.. bape ari tah lepak sana...malas nak kira balik :D
ermm..tengok gambar ni teringat aku kat Huntington.. teringat kat Caravan yg aku duduk tu..teringat kat Gerry..Tom..Lacy..Mr Jone..Argos(abas).. lembu2 tenusu Mr Jone.. ladang strawberry.. geng2 Hungrian..banyak lagi arr.. semua tu bakal jadi kenangan bagi aku buat selamanya...