Friday

Kenyir

Saturday

Beraya di Terengganu

...Gathering on Eid with Family...
Kiranya dah 5 kali raya aku tak raya kat kampung dengan keluarga.. raya tahun ni memang cukup bermakna la bagi aku sebab sempat jugak sampai Malaysia hari akhir ramadhan..
Hari jumaat (28.10.05) Man confirm dgn aku, kol 8mlm kumpul kat Marrina hotel. Sebenarnya ada org ajak aku balik beraya.. balik free.. sebab flight dari m'sia yg dtg bawak bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi di Pakistan akan balik ke m'sia malam tu.. jadi aku pon tak lepas peluang la.. lagipon aku memang tgh duk kira2 nak balik m'sia dlm waktu terdekat tu.. mungkin dlm january ke.. tapi ni dah ada peluang camni.. bleh balik beraya..tak tolak la..
Malam tu lepas siap2 barang aku ke airport tentera udara pakistan di Chaklala airport. Sampai kat sana lepak dulu kejap kat airport tunggu flight yg aku nak naik tu dtg dari m'sia.. lebih kurang beberapa jam tunggu.. sampai la flight tu.. aku pon diberi borang pelepasan tanggungjawab (borang mati) untuk membolehkan aku ikut terbang dengan Charlie TUDM tu..
dah siap isi semua.. tunggu kejap.. angkut barang.. untung aku balik kali ni sebab barang yg aku bawak tak perlu melalui sebarang pemeriksaan dan timbang2.. tah berapa puloh kilo aku angkat aku pon tak pasti.. semua beg aku 5 bijik..
lebih kurang kol 3pg kalo tak silap aku.. kami pon berlepas ke Karachi.. sebab flight kami akan bertolak ke m'sia pada keesokan harinya.. tapi flight tu hanya diberi kebenaran parking di airport Karachi. Sampai di karachi dah cerah.. kami dibawa ke Shereton hotel untuk menginap semalam.. sampai di hotel tu, call Iqbal.. cadang nak gi lepak umah dia..sebab dah lama tak turun Karachi ni.. jumpa member2 dulu la.. mlm tu sempat la ronda2 bandar karachi tgk suasana mlm2 akhir ramadhan.. meriah la.. sampai ke pagi org duk shoping lagi.
Esoknya kol 12.30 pegi airport... siap check In segala.. naik flight.. dapat berita India tak bagi masuk ruang udara dia dan tak bagi landing untuk isi minyak. Sepatutnya flight kami kena singgah di Chennai airport utk isi minyak..lepas tu baru terus ke Subang. Tapi kebetulan kemaren tu berlaku 4 kejadian bom di India.. jadi sikit sebanyak memberi pengaruh kepada flight kami untuk tidak diberi izin mendarat pada hari tu.. lepas tu ditunda keesokkan harinya (31.10.05). Lepas berbuka puasa, kami keluar balik dari Qued Azzam International Airport Karachi tu.. ke Shereton Hotel lagi.
Esoknya, 12.30am ke airport lagi.. check-in.. terus masuk ke lapangan berlepas.. tunggu kejap.. kira2 jam 3am lebih kami berlepas.. perjalanan mengambil masa lebih kurang 4jam 20 minit. Sampai di Chennai kami berehat kejap sementara tunggu kapal terbang diservic. Aku sempat amek gambar dalam lampangan terbang tu.. baru je amek sekali.. datang pegawai keselamatan airport larang kami bergambar. nasib baik sempat satu :D
Tiba di Subang Airport jam 5.30am lebih kurang.. dari Subang aku tumpang member aku naik bas Angkatan Tentera ke shah alam.. turun kat dataran Shah Alam sementara tunggu kawan aku datang amek. Dari situ aku ke Pinggiran UK.. pastu Adik,sepeupu aku dtg amek gi umah dia.. lepak2..rehat2 dulu umah dia.. makcik aku dah balik KG masa aku sampai tu.. tinggal Uncle dgn sepupu aku.. Adik,Uda,Remy.. ptg tu kuar dgn kawan kjp.. ye laa. lama tak jumpa.. sesekali bleh balik camni bleh la melepas rindu ;)
Haritu berbuka kat kedai mamak.. ptg tu aku beli air tebu.. teringin nak minum air tebu.. kat kedai mamak tu.. mintak ais kosong.. elok je tuang air tebu dlm gelas tu.. nak simpan air yg lebih.. skali tertumpah la pulak.. hehehe.. abis basah suar sepupu aku.. sorry Adik..!
Malam kuar lagi..gi jalan Tunku Abdul Rahman.. beli bunga :D
Esok pagi aku balik ke Terengganu dengan bas Cepat Express.. bas jln 11am.. sampai stesen bas trg.. Abah&adik aku Zahid dah tunggu.. elok je sampai umah ptg tu.. azan pon berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib dan waktu berbuka puas utk yg terakhir kalinya dalam tahun ni.. AlhamduliLlah... terima kasih tuhan yg memberi perlindungan dan jagaan sepanjang perjalanan ku.. sempat jugak aku beraya di kampung tahun ni.. lepas % tahun beraya jauh dari kampung dan keluarga..
SALAM AIDIL FITRI..MAAF ZAHIR BATIN.

From Islamabad to Karachi


..Fly with Malaysia's airforce..
Sekarang aku kat Karachi.. semalam aku kat Islamabad.. waktu beredar.. bumi berputar.. aku pon ikut merasa peredaran waktu tu...
Susulan dari kejadian gempa bumi yg berlaku di Pakistan ni.. banyak pertubuhan2 bantuan dari m'sia yg datang atas nama kerajaan m'sia dan badan bukan kerajaan yg datang untuk menghulurkan bantuan.. ada yang datang secara persendirian.. ada yang datang dalam group.. ada yg dihantar bertugas.. macam2.. apa pon.. fenomena ni memberi peluang pada aku berjumpa dan kenal dengan sebahagian dari mereka yg datang.. berkongsi idea..pengalaman dll..
Dalam keadaan yg sedikit gawat di sini.. macam2 jugak la cerita dan peristiwa yg didengar dan dialami.. ada yang baik..tak kurang yg buruk.. tapi macam biasa laa.. cerita2 kurang baik sentiasa mendapat lebih tarikan untuk dibincangkan.. boleh jadi sebagai pengajaran..
Dalam ramai2 orang m'sia duk datang tu.. aku yg kat sini kadang2 duk bilang hari nak raya.. tgk nasib mangsa2 gempa bumi.. macam mana la derang sambut raya dalam keadaan darurat macam ni.. (sebelum ni pon byk yg sedia dlm darurat) takde nak pikir pasal kuih raya.. baju raya.. balik raya.. boleh hidup ada makanan&tempat tinggal pon kira dah nasib baik... Semoga bantuan yg dihulurkan dapat dimanafaatkan sebaiknya..dan harap semua sumbangan sampai ke tangan mereka yg benar2 memerlukan...macam2..
disebalik tu.. banyak cerita2 tak sedap didengar masuk ketelinga... khabarnya banyak bantuan yg datang dari luar..yang bernilai juta2 kalau dinisbahkan dlm fulus, tak sampa kepada mereka yg benar2 memerlukan.. rasa pelik aku yg dari dulu tak pernah abis2 kat Pakistani ni bertambah..
Kat Super (nama tempat di islamabad) ada khemah2 yg dihantar untuk mangsa gempa bumi dijual...sepatutnya dibahagi2kan kat yg memerlukan.. ada pulak rombongan yg dtg dengan bekalan makanan..medicine..khemah2 perlindungan.. selimut dll..
dengar pulak cerita orang kita dari PBSM,TUDM,ATM,NGO2 yg dtg tu plak..jugak menyedihkan.. layanan yg diberikan oleh pihak Pakistan yg menyambut mereka2 yg datang nak menghulurkan bantuan tu juga menyedihkan... dari mula nak masuk.. karenah immigration derang..buat macam yg datang ni pelarian plak.. ramadhan tahun ni memang2 menguji iman dan kesabaran mereka2 ni.. aku pon tanak komen banyak..sebab dah masak dnegan perangai pakistani ni.. orang datang dengan penuh semangat..dnegan penuh iskhlas nak hulur bantuan.. bila sampai.. terima layanan camtu.. lunutr keikhlasan dibuatnya..

Yang aku ni pulak.. dah ramai2 datang tu.. ada plak yg offer ajak tumpang balik free... sebab TUDM dtg dengan pesawat sendiri dari m'sia.. datang bawak bekalan banutan.. balik kosong.. aku yg dah 5 tahun duk beraya kat oversea je ni.. mesti la tak lepas peluang.. ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.? gitu la kot..
dipendekkan cerita.. aku sampai karachi ni dengan Charle TUDM... transit karachi sehari.. esok baru take off ke m'sia.. Semoga perjalanan kami selamat... ameen..

Tuesday

Muslim Hands

Bersama rakan2 dari China, Albania, Thailand dan Turkistan yg turut membantu.
Waktu ni tgh buat persediaan untuk berbuka puasa.

Antara yang tersisa. Tiada yg tahu masih adakah yg bernyawa dibawah runtuhan tu. Kami kekurangan alat untuk menggali dan mencari mangsa yg tertimbus. Menunggu giliran melewati terowong yang baru di buka semula.
Jalan menuju ke Muzafarabad.


...Mission in Kashmir...
Kalau dulu aku pernah menjejakkan kaki ke bumi Kashmir sebagai lawatan..menyaksikan keindahan ciptaan tuhan.. tapi kali ni aku sekali lagi sampai ke sini dalam keadaan dan suasana yg berbeza..
Di bandar Muzafar-abad..sebuah bandar dalam kawasan Jammu Kashmir (yg telah bebas) sana-sini kelihatan rumah, bangunan, jalan dan bukit pecah serta runtuh menyembah bumi kesan daripada kejadian gempa bumi yang berlaku pada pagi sabtu 8/10 lalu.
Gempa bumi yg mencapai ke 7.6 scala ritcher bermula di daerah Patagram, Kashmir itu turut dirasai hingga ke tempat aku di Islamabad..juga menewaskan beberapa bangunan kediaman di Islamabad. Kalau di Islamabad yg paling teruk aku tgk satu blok bangunan Margalla Tower ranap 100%.. itu pon aku dah rasa cukup teruk. Tapi bila aku sampai je ke Muzafarabad rupanya jauh lebih teruk dari yg aku bayangkan. Keadaan jauh berbeza dari dulu masa mula2 aku pergi kesana.
Rombongan sebuah van dan 2 buah pick-up yang aku ikut tu adalah bawah Muslim Hands United..tujuannya adalah untuk menghulurkan bantuan kepada mangasa gempa bumi disana. Rombongan kami membawa bersama makanan,ubat,pakaian,khemah dan lain2 keperluan asas. Sampai je disana ramai yg sedang menunggu.
Sebenarnya waktu aku sampai tu keadaan sudah beransur baik.. tak lah seteruk waktu hari mula2 kejadian haritu.. sudah banyak khemah2 yang didirikan sebagai tempat perlindungan sementara mangsa gempa bumi. jalan runtuh juga sudah dibuka semula walaupon hanya cukup untuk dilalui dengan hati2. Jadi rombongan kami ni takde banyak sangat la masalah.
Sewaktu gempa bumi pertama berlaku.. menurut seorang mangsa yg sempat keluar dari rumahnya berkata.. dia sikit pon tak menyangka bahawa itu adalah gempa bumi.. tapi dia sangka itu adalah gegaran hadirnya hari kiamat.. menurutnya lagi.. gegaran yg dahsyat itu diikuti dengan bunyi yg kuat dan menggerunkan.. macam bunyi guruh..dalam masa yg sama rumah2 dikelilinganya (yg dia nampak) turun ranap serentak macam tenggelam kebumi... bukit juga terbelah dan runtuh... aku sendiri ketika disana tengok bukit yg terbelah tu.. hampir setengah dari bukit yg besar beratus2 meter tu terbelah dan runtuh jadi debu.. Inna Lillah... segalanya dibawah kekuasaan mu ya Allah.. aku berlindung dibawah jagaan mu ya Allah..
Setakat ini dikatakan lebih dari 50 ribu nyawa telah terkorban di daerah Muzafarabad sahaja... tak kira lagi tempat2 lain.. cotohnya Balakot.. menurut kawan aku yg pergi ke Balakot.. disana boleh dikatakan 90% bandar Balakot musnah sama-sekali.. masuk je kawan tu kita dah mula dapat menghidu bau mayat mereka yg tertimbus dan belom dapat dikeluarkan.. bayangkan... sebuah bandar tempat kehidupan tiba2 bertukar menjadi tempat kematian yg besar..
Sesungguhnya Allah maha berkuasa diatas segala sesuatu... apabila dia nak sesuatu berlaku.. maka berlakulah.. Dia yang menciptakan kita dan segala isi bumi ni.. dia jugak yg berhak melakukan apa saja keatas ciptaanNya.. dan semua yg dilakukanNya ada hikmah disebaliknya...bukan setakat mematikan manusia sebanyak 100 ribu nyawa dalam satu masa sahaja..bahkan untuk mematikan manusia sekalian dibumi ni juga dia mampu.. apa manusia tahu..? apa kita tahu..??
Sekarang makin banyak manusia yg tak patuh pada pencipta... kepatuhan bukan terletak pada nama.. bukan dikira dinegeri mana manusia tu tinggal.. manusia yg tinggal di bumi yg bernama Arab tak semestinya patuh.. Manusia yg berada dinegeri yg dinamakan manusia tu sendiri sebagai Islamic Republic atau Negara Islam belum cukup membuktikan kepatuhan pada Pencipta itu sendiri..apapon kita sebenarnya tahu apa yg kita buat..setakat mana kepatuhan kita.. dan yg penting dibuat pengiktibaran ialah.. Pencipta kita bukan hanya mampu mendatangkan gempa bumi di Pakistan sahaja..bukan hanya mampu mengirimkan angin di America sahaja.. bahkan dimana2 sahaja yg melewati pengetahuan dan kajian manusia..
Ya Allah..ampunilah hambamu yg lemah dan berdosa ini..bantulah kami..dari Engkau kami datang.. hanya pada-Mu lah kami kembali.. Hanya pada-Mu lah kami memohon pertolongan.

Monday

kiamat sudah dekat

Gambaran hari kiamat
apabila bumi bergoncang
terkeluarlah segala isinya
semua tertanya-tanya
...apakah ini
hari ini segalanya terungkap
tentang kekuasaan-Nya
kalau sebelum ni sana sini atas muka bumi ni manusia mempertontonkan kekuasaan mereka..kerakusan mereka dan keangkuhan mereka didepan tuhan.. sesekali tuhan menunjukan kekuasaan dan kebesarannya secara jelas di depan makhluknya yg bergelar manusia...
di Indonesia manusia berperang sesama sendiri..membunuh nyawa..disana juga tuhan bisa menunjukkan kekuasaannya sebagai teguran.. Tsunami mereka saksikan..
Bagamana dengan pembunuhan yg dilakukan manusia di Selatan Thai..? rupanya di Thailand juga tuhan menunegur manusia dengan kebesaran dan kekuasaanNya..Gegaran yg berlaku di Aceh sampai juga ke Thailand..
America yg selama ini begitu gah mempamerkan pada dunia yg dialah yg terkuat.. tuhan kirimkan buat mereka angin dan air sebagai teguran..peringatan bahawa ada lagi yg lebih berkuasa..
begitu Allah menunjukkan kekuasaannya..setelah manusia buta memandang kebesaran yg tersedia ada..sesekali Allah tunjukkan secara jelas depan mata manusia supaya kita menyedari bahawa segalanya kita berada dibawah kekuasaan dan kawalanNya..fahamlah kita Allah bukan menjadikan kita dimuka bumi ni bukan saja2..ada tujuannya..kita lupa tujuan kehadiran kita dimuka bumi ni..Allah ingatkan kita..
Ya Allah..sesungguhnya hamba mu ini sering lupa dan alpa..oleh itu ya tuhanku.. berilah kami peringatan dengan rahman dan rahim mu..

Sunday

earthquake

....Zilzal....
09.00am Saturday 8.10.05
Pagi tu..tgh aku duk syok tido..skali rasa macam mimpi naik unta daa.. goyang kiri..goyang kanan..ana rasa fening2 laa..oii..! gempa bumiii..!! bangun..hah.?1 gempa bumi.. kelam kabut bangun tak pikir ape terus loncat ikut tingkap.. heh! padahal aku tido depan pintu.. nape yg gi lompat ikut tingkap lak... sampai kat luar, rupanya dah ramai org lain lebih dulu lompat tingkap dari aku..duk rilek dulu kejap.. aku tgk member aku..member aku tgk aku.. aku sengeh..dia gelak.. hampeh.. keadaan camni pon sempat lagi nak gelak.. tak paham aku budak2 ni.. upss..! rupanya aku tak pakai seluar..!! waarrr... pakai kain laaa..
duk 3..4 minit..rasa keadaan dah reda..masuk bilik semula.. rasa ngantuk datang lagi.. yer laa.. mlm tadi tak tido sampai sahur.. duk sembang ngan member..aku duk bilik Amin.. bilik aku? aku mana ada bilik dah skrg..hostel tu nak di ubahsuai..sebab dah buruk..berzaman dah student duk hostel tu..generasi ke generasi sampai ke zaman aku..baru skrg nak baiki. takpe la.. baiki jugak.
akupon relax la dulu..lena lagi skali.. apabila rilek... dia mai lagi skali.. ~~~~~~... kali ni bukan cam duk atas unta lagi.. macam duk atas sampan tgh laut..bangun lagi...kuar..tapi bukan ikut tingkap lagi laa..ikut pintu.. mat2 pakistan rupanya lepas yg pertama tadi derang tak masuk.. dah biasa agaknya derang ni..tauu je nak dtg lagi.. kali ni duk lama sket...kot mai lagi..dah lama tunggu ok je..masuk..sambung tido balik..aku punya la mengantuk sampai bleh buat tak kisah dgn gempa bumi yg berlaku..sambung tido lagi..bangun2 dah zohor..masa tido tadi rupanya ada lagi beberapa kali member aku cakap.. tapi aku tak sedar..nasib baik building hostel aku yg dah tua&uzur tu kuat lagi..selamat tidor aku..Tuhan jaga lagi. thanks God. member aku cakap ada building runtuh kat F10..
harini aku ada janji ngan org nak gi tgk rumah..smlm dah nak dapat satu bilik..skali,last minit tuan rumah tak jadi kasi plak..teringat tu aku pon call Din..rupanya dia lebih cepat dari reporter..dah sampai kat tempat bangunan runtuh tu dia rupanya.. aku ingat nak ajak dia la gi tgk rumah..dia ajak aku gi tgk rumah runtuh plak..ermmm..aku tak jadi pegi sebab ingat dah janji dgn org lain..ptg baru aku gi..Din dah siap tunggu..Jumpa Ali..dia suruh tunggu lepas buka pose plak..lepas pose kami gi la tgk rumah tu..bukan rumah pon.. bilik.. 2 bilik..ada bathroom&kitchen..tapi nampak teruk sket..tak jadi ah..
mlm tu aku gi hostel new campus.. maklumat yg diperolehi..mlm ni kemungkinan gegaran akan berlaku lagi..semua student diarah tidak berada dlm hostel lepas 1 pagi.. mlm tu hujan plak.. nasib baik tak lama..tapi sikit problem la sebab kena tido kat luar.. takleh la tido atas padang rumput depan hostel tu.. kena duk kat tempat parking keter.. nampak cam meriah plak.. semua pakat duk situ...mlm tu tak tido pon..takleh nak tido..duk jaga2 tunggu gempa yg mungkin dtg lagi.. air yg diisi dlm botol airmineral jadi pentunjuk kehadiran gegaran bumi..duk tgk botol tu laa kiteorang... sesekali air dlm tu berkocak..bumi rasa macam digoncang2..tapi tak kuat sangat.
tapi sampai skrg aku masih rasa macam ada gegaran lagi..perasaan aku je.
lepas sahur pagi tu baru bleh tido..sedar-sedar dah cerah..matahari dah kuar..panas..angkat sleeping beg & tikar.. pindah belakang hostel plak..lindungd ari cahaya matahari..sambung tido.. hari ni hari ahad..ngantuk arr..smlm tak tido.. errr..hari2 biasa pon selalu tido siang gak.
tgk news kat TV baru aku tau punca gegaran bermula dari daerah yg berhampiran dengan Kashmir.. di Patagram..Muzafarabad dan beberapa tempat berdekatan. Area tu hampir 75% terkesan dari gempa bumi smlm..rumah biasa pon runtuh..banyak yg korban..Ya Allah..selamatkanlah kami.

Friday

Alhamdulillah

10.30am, 28.sept flight yg aku naik berlepas ke Doha, transit sana 5 jam lebih. 1.00pm, 29sept fly ke Islamabad. Sampai Islamabad International Airport kira2 7.00 pagi. Amek teksi terus ke Hostel.. Alhamdulillah semua selamat.. jumpa kembali member2 di Pakistan ni.

Dari hari aku sampai hingga hari ni, duk bz je memanjang. Banyak benda nak kena settlekan.. nak online pon tak sempat. Ni la 1st time aku bleh online. Camne pon setakat ni alhamdulillah 70% dah settle.. ade sikit2 je lagi.. duduk bilik baru.. barang byk lagi tak kemas.. barang dari bilik lama pon ada lagi sikit tak pindah.

hari ni sini baru basuk hari ke 2 puasa.. kat m'sia dah 3 hari.. sini memang selalu lambat.. biasa la Pakistan..hehehe.. selalu lain dari yg lain.

ermm..nak posting panjang2 pon takleh ni.. lepas ni ada keje sket.. emm..

Selamat Menyambut Ramadhan yg Mulia.. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 lalu..

Buat member2 kat u.k yg aku ada amek contact derang.. harap boleh bagi balik addres&fone no korang ke email aku thrashersufi@yahoo.com.. sebab aku punya hp 2 hari lepas kena format baru.. semua yg ada dlm tu ilang.. ok!

Selamat berpuasa.

Wednesday

good bye England.. Good bye friends..

BismiLlahirahmanirahim.

Assalamualaikum.

Blog yg dirindui..jumpa kembali kita mlm ni..mungkin untuk kali terakhir di sini.. lepas ni tempat lain la plak.. lain pohon, lain rasa..

Letihnya.. harini duk abis masa dlm keter je.. tido pon tak sempat..10 pagi nanti nak fly.. hurmm..camnepon jejak kembaraku mesti terus.. bumi Pakistan akan berada dibawah tapak kaki aku dalam beberapa jam lagi... rindu kawan2 kat sana..

Banyaknye benda nak citer.. tapi tak larat nak tulis sekarang.. biarlah simpan dlm kenangan, sebahagian pengalaman...

Sekarang..?!
nak tido dulu arr.. kang tak larat nak pikul beg...

"Dengan nama Allah hidupku dan matiku"
zzzZZZzzzZZZzzzzZZZZZZZzzzzzzzzzzZZZzzzz..krohh...koh..ssszzz..

Friday

Hmm.. Demam..

Hmmm.. demammm :l

Semalam aku dah rasa tak sedap badan.. tapi tahan je.. malas nak layan demam2 ni.. makin layan makin menjadi...

Sekarang.. idung dgn mata skali berair... batuk2 sket..badan lemah je rasa ni..kepala pening2.. denyut2..tapi badan tak panas.. semalam dah minum ubat batuk.. tekak pon sakit.. makan over smoking.. padahal dah lama tak kena asap kerongkong aku ni. Dah nak demam..takpe la.. baru tak sampai sehari pon, dah terasa camni.. Sebelum ni dah lama sihat.. sesekali Dia bagi demam..

hmmm...missing someone...

Thursday

Ke Leicester dgn Tuan hj Yahya bin Ali

Leicester again.

AlhamduliLlah 2 hari dah aku tiba di Leicester ni setelah lebih kurang seminggu kat Llaynbadder, Wales.

Kembaraku kali ni aku tak bersama dengan Ford Escord aku tu. Saje aku rehatkan dia kat Wales sana. Kembara aku kalini dengan Honda Accord Syafiq. Aku travel kali ni sebenarnya antara lain ialah bagi mengiringi Tuan Hj Yahya bin Ali yg akan menghadiri jemputan bagi satu program ringkas di Leicester ni.

Trip kali ni aku rilek sket.. sebab aku tak drive..Akmal yg drive. Aku jadi co-driver.. baca peta;) alhamduliLlah perjalanan kami selamat, walaupon tersilap masuk simpang sekali masa di M6 nak masuk ke M69. Sebab keliru dengan junction 7 dgn 7A . Nasib baik tak jauh lepas tu bleh patah balik..

Kami bertolak jam 9.30am dari EIHS.. sampai Leicester jam 2pm lebih. Sampai dirumah Zubir & Khairudin tido lagi. Malam tadi derang keje.. malam nanti pon nak gi keje lagi. Nasib baik pintu tak kunci.. So, masuk je la tanpa ganggu org tido. Berehat kejap. Aku kesian dengan Tuan Haji Yahya Ali ni yg dari Wales lagi kelihatan kurang sihat + batuk2.. Mungkin letih.

Emm.. sebenarnya sahabat di Bristol juga jemput dia sabtu ni ke sana. Tapi nampak dia kurang sihat ni..rasanya dia tak dapat hadir.. sebab perjalanan pon jauh. Lagi pon dia kalo bleh nak balik ke M'sia cepat sket. Kat M'sia pon byk urusan lagi.

Waktu di EIHS ada juga buat program ringkas, amanat dan nasihat dari dia, jemaah dan pimpinan di M'sia. Sepanjang duduk2..makan2..perjalanan dlm keter tu byk jugak yg di kongsi bersama.

Keseluruhannya byk berkisar tentang perkembangan2 terbaru dari M'sia.. Parti.. Jemaah.. Pengalaman.. Perancangan masa depan dan byk lagi la.. Semua membantu aku membuka minda dan menambah pengetahuan.

Hmmm... ni dah kol 12.30 mlm.. mata dah terasa ngantuk.. kawan2 semua dah naik..tido dah kot.. tinggal aku dgn Tuan Hj Yahya Ali kat bawah.. dia pon tgh surf internet kat sebelah aku ni pakai laptop Din.

Sebenarnya laptop ni baru je aku format&install balik window. Hari tu (masa aku kat Wales) zubir kata laptop ni kena virus... abis takleh nak start.. aku pon dah tatau camne nak buat.. format la senang... pergi rumah Ali Jinah pinjam cd.. rupanya dia pon tgh repair laptop.. kena virus jugak.. problem sama macam laptop ni.. virus sama kot.. Selalu kena virus.. yer la, hari2 duk on internet je.. anti virus tak pernah update.. kena la.

Sekarang alhamduliLlah laptop ni dah ok balik... bleh la nak mentenet kembali..

Monday


Sejuk mata memandang sejuk lagi bahu memikul..!? :D
Posted by Picasa

klik atas gambar untuk besarkan gambar
Posted by Picasa

Sunday

Alasan Aku

Alasan aku
Depan sana bukit
padang ragut
ada biri-biri
pohonan hijau
damai
Belakang pon bukit
pon padang rumput
takde biri-biri
pohon2 hijau
damai
Hembus angin
membelai pipi
menyentuh hati
terasa sepi
damai
Kicau burung
menyapa dengar
cerita riang
tapi sayang
bukan semua faham
Waktu terluang
cuba mencari ruang
untuk terbang
kalau-kalau ada pesan
tapi '0'
Bukan semua
bebas seperti burung
bukan semua
luang macam aku
bz
Waktu berlalu
bukan cuma untuk aku
banyak lagi perlu
tak sempat la tu
sabar lah dulu
[by thrashersufi]

Saturday


gambar ni diambil pada 00.01.34 minit dari waktu post. taken by P800 build-in camera. not very bad quality isnt it?! Laptop pinjam Darda punya. Thanks Darda!
Posted by Picasa

in da little garden sebelah EIHS punya building.
Posted by Picasa

Llaynbedder, Wales.

Dah lama tak posting.. takde peluang..nak buat camne.. tambah plak skrg aku tgh musafir.. dari Lecester ke Manchester..dari Manchester ke Wales..

Kalo ikut, banyak benda nak citer kat sini.. tapi rasa macam tak cukup waktu je.. online ni pon takleh lama2 sgt.. sebab online kat EIHS punya lab..

28 ogos 05:
Bertolak dari Leicester ke Manchester dengan Ford escord aku waktu tengahari.. lupa dah kol bape.. dalam kereta penuh dengan barang Darda & Khairudin yg nak di shipingkan ke M'sia tumpang Abdul Hadi punya kargo.. jadi aku tak drive sorang2 laa.. ada la teman kotak2 dengan 2 beg aku..

Waktu di Leicester aku tah berapa lama amek masa nak keluar dari bandar Leicester tu ke Motorway.. puas pusing..semua jalan aku masuk..baruu la jumpa M1..

Perjalanan ke Manchester biasanya mengambil masa at least 2 hours. Tapi disebabkan aku terlalu banyak makan 'langsat' jadi lambat la nak sampai..

Dalam perjalanan bertemankan kotak2 tu, aku yg belom gila ni takleh la nak buat macam dlm citer Castway, sembang dengan bola.. aku tak la sampai tahap sembang dengan kotak. Tapi boring tetap terasa... nak ilangkan boring.. aku pon duk azan laa..nyanyi laa.. nasid la.. ceramah laa.. hehehe.. macam2 laa.. aku duk menjerit sorang2 dlm keter tu.. sape peduli kan.? Lepas dah lama tu baru aku teringat yg Sony Ericsson P800 aku tu ada bberapa lagu yg aku saved. Aku pon sumang la earphone kat telinga.. layan lagu Bride Of Crimson Sea.. layan gak. pastu masuk dikir barat laa.. sampai ke ringtone .mid pon aku dengar.. hehehe...

Akhirnya alhamduliLlah sampai jugak aku ke Manchester.. macam biasa... aku sebagai org baru kat U.K ni.. bukan tau sgt jln.. 'Makan langsat' lagi la kat bandar Manchester tuu sebelu jumpa rumah Syukree... tapi akhirnya sampai jugak laa..

Haritu sebenarnya kebetulan Saudara Yahya Ali ada dtg melawat Syafiq.. jadi kebetulan tu dikebetulankan lagi oleh aku untuk jumpa dia.. Masa tu dia duk rumah lain.. so aku pegi la rumah tu.. tapi masa tu dia tido. yer la. letih.. takpe la.. aku pon tumpang tido sama laa.. hehehe.. aku dgn Apis.. dah tunggu tu dia tak bangun lagi.. aku balik umah Syukree semula. Siap2 barang laa.. keluarkan kawan aku dlm keter tu (kotak2) siap2 untuk ke Wales plak.. baru je ank kuar Sedara Yahya Ali dtg. Salam2 kejap.. Syafiq pon ada.. lama tak jumpa Syafiq.. hehe.. sorry arr Fiq.. aku ni musafir.. takleh duk lama.. kejap sana..kejap sini.. sambil cari rezeki.. lain kali panjang umur jumpa lagi..

Perjalanan ke Wales kali ni aku tak keseorangan lagi.. aku ajak Darda naik skali.. sebab dia tau jalan.. Pastu Roslan ikut jugak.. jadi selesa la sket kereta Taufiq & Akmal. ok la.. barang derang pon bleh letak dlm keter aku..

Perjalanan sepatutnya mengambil masa 4.30h.. tapi kami sampai tu amek masa bape jam tah.. aku pon tak periksa.. yg aku tau.. sampai dah malam.. letih.. tido..

Kat sini O2 takde line.. aku kiranya terputus la hubungan dgn member2 yg pegang no O2 aku ni.. 'Orang' kat M'sia pon sama... tapi nasib baik aku ada satu lagi sim card Orange.. ada la jugak line walaupon kejap2 ilang..kejap2 ada... emm..tapi takde sapa nak call aku pon... sms pon 2 je masuk setakat ni... hehehe...takpe laa.. bukan ada apa2 penting pon dgn aku ni..

So far... setakat ni semua alhamdulIllah ok lagi... aku sihat.. member2 sihat.. walaupon Fizi punya muka nampak bengkak... 2 hari lepas aku dah bawak dia skali kuar gi amek ubat.. insyaAllah berkurangan la sakit dia... Masuk hari ni dah berapa hari aku kat sini..? dah dekat seminggu... aku tatau lagi bila nak teruskan kembara aku ni ke tempat lain.. semuanya aku serahkan pada yg Maha kuasa... perancangan aku..? aku tau laaa... hehehe... cuma merancang.. dia yg tentukan..

Friday

Peringatan buat kerajaan terengganu

Peringatan Buat Polis dan Kerajaan Terengganu.

Hari ini 26 ogos, lagi 5 hari ke hari ulang tahun kemerdekaan negara kita. Dulu2 waktu pejuang2 kemerdekaan berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara, pastinya hari2 akhir begini juga menjadi hari bertambahnya dugaan dan halangan.

Hari ini telah lebih 40 tahun negara kita merdeka dari cengkaman penjajah British yang banyak menghalang rakyat Malaysia khususnya orang melayu dari memerintah tanah air mereka sendiri secara bebas dari cengkaman. Deretan nama2 pejuang kemerdekaan tak lupa diingati setiap kali tiba har ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Mengenang titis peluh,air mata juga titis darah mereka dalam membebaskan rakyat sebangsa dan senegara dari cengkaman penjajah.

Hari ini saat2 itu sudah jauh untuk dibayankan dengan mata aku bagaimana keadaan sebenar ketika itu. Bagaimana membayangkan jiwa2 orang melayu ketika itu begitu memberontak hari demi hari untuk bebas dari cengkaman penjajah. Akhirnya deretan pejuang kemerdekaan kita berjaya menghalau pulang British walaupon mereka sempat meninggalkan sisa jajahan.

Hari ini hati aku untuk sekian kalinya memberontak, terharu, kecewa dan sedih tahap mentibanglaut ditempatkan dipadang pasir. Tubuhku bergetar, hatiku bergelora, seribu satu kisah dan sejarah suka duka negara tercinta terpapar di dalam kepala. Bermula kisah2 perjuang kemerdekaan melarat ke kes Memali tersentuh pula peritiwa 13 Mei. Sempat juga terlintas dikepala andaian dan perbandingan dengan kisah2 mujahidin Palestin melawan Yahudi dan banyak lagi.. segalanya bercampur aduk.. berkecamuk.. hingga akhirnya aku tersedar diri seolah2 telah dikuasai suatu kebencian dan kemarahan tak terkawal yang makin meluat2 terhadap cara dan layanan Polis dan Kerajaan Malaysia amnya dan Terengganu khususnya dalam ber'ramah-mesra' dengan rakyatnya khususnya mereka yang menyokong perjuangan Islam, Pas.

Apa salah mereka..? apa salah kita..? apa salah kami..? hingga dilayan selayak binatang. Mana perginya jiwa merdeka polis2 malaysia yang hanya menjadi anjing2 menurut tuan2 anjing mengarah. Kesana tulang dicampak.. kesanalah dia menyalak.. kalau sekadar menyalak boleh tahan lagi..memang anjing suka menyalak. Tapi kalau dah tahap digigit..digonggong..'dicarik-rabit' daging sampai ketulang. Hati mana yang tak tersentuh..?? jiwa mana yg tak terbakar..??

Petang ini (malam di Malaysia) untuk pertama kalinya aku menyaksikan sendiri kekejaan polis dalam mentaati perintah pemimpinnya sekali lagi berjaya mempamerkan sifat anjing mereka dalam melayan rakyat Malaysia berbangsa melayu dan beragama Islam. Sebelum ni aku tak pernah berkesempatan menyaksikan secara live kekejaman mereka ini, apa lagi menghadirkan diri. Sebenarnya aku malu memberi alasan jarak dan keadaan jadi penghalang. Namun itulah hakikatnya buat masa skrg.

Petang ini seperti biasa aku cuba mengikuti program ceramah isu semasa anjuran Parti Islam Semalaysia (pas) terus dari internet TV dari satu web Pas. Kalau sebelum ni aku cuma bleh tgk gambar2 dan clip lama2. Kali ni aku bleh ikuti sendiri dari jauh bagaimana pejuang2 Islam dilayan "mesra" oleh angkatan Kepala Merah.

Majlis ceramah yang dibuat dalam Masjid Taqwa Batu Enam itu tergugat ketenangannya apabila tiba2 jerebu buatan 'manusia' kepala merah atas arahan kerajaan Bumi Biru Derih Jusoh! Kehadiran jerebu yang mencecah tahap API darurat apabila sekurang2nya seorang dari hadirin yang hadir rebah tidak sedarkan diri manakala beratus2 lagi terpaksa bersesak nafas. Nafas mereka sesak, dada mereka sebak, mata mereka berair, hati mereka berdarah namun iman mereka tetap tabah..!!

Sungguh sabar dan berdisiplin pejuang islam bawah pas ni.. dah kena serang dengan bom pemedih mata amcam tu pon.. dalam masjid pulak tu.. takde seorang pon yang cuba bertindak kurang ajar walaupon sekadar membaling selipar kearah jentera 'kepala merah' itu. Selagi pimpinan belum mengeluarkan arahan, mereka tetap patuh pada pemimpin mereka dengan penuh disiplin.

Apa yang terfikir difikiran aku waktu tu ialah.. andai kata pejuang islam bawah pas ni macam sesetengah pejuang2 dinegara lain.contohnya Indonesia, Selatan Thai dll.. pastinya sudah lama 'kepala2 merah' itu bertambah merahnya dengan darah..!!! Mereka tetap patuh dan bersabar bersama pimpinan mereka yang masa tu Tuan Guru Haji abdul Hadi juga ada masa tu.. sabar sungguh..

Sekaligus aku pelik untuk keberapa kali lagi dengan tomahan pihak kerajaan yg selalu mengatakan pejuang Pas adalah pemberontak.. brutal.. mengancam keselamatan dan sebagainya..

Apa yang membimbangkan aku (walaupon kadang2 mengharap) adalah.. andai kata tahap kesabaran mereka2 yang kini boleh diibaratkan bom jangka yang sedang dihangat dan terus dipanaskan dengan api kezaliman..dan kini diketuk2 dengan tukul penindasan...aku bimbang bom ni akan meletop.. akan meledak mencederakan apa saja yg ada sekililingnya...

Ingat kerajaan Malaysia... Hati2 kerajaan Terengganu.. Jaga2 mung Derih Jusoh..!! kami tahu semua kezaliman tu adalah bagi memerangkap kami..kami tahu semua tu permainan kamu untuk mencari jalan supaya parti kami boleh diharamkan dari bumi Malaysia... Tapi janganlah permainan politik mung tu sampai meruntuhkan tahap kesedaran dan sesabaran kami yang pastinya akan merugikan kamu dan tanah air kita sendiri.

Orang cakap pasal merdeka.. mung cakap pasal merdeka.. mintak rakyat bangga dengan kemerdekaan yg kita perolehi 40 tahun lebih dulu... Tapi dalam masa yang sama kamu jajah fikiran dan tubuh badan kami rakyat Malaysia... tak puas bebankan dengan kenaikan harga barang.. tak puas dengan menghalang keluar permit ceramah... kamu guna kekerasan.. hingga tahap tak menghina rumah Allah.. merobohkan baituLlah.. ingatlah... kalaupon bom kemarah rakyat tidak meletop.. walaupon kami tak bertindak balas terhadap tindakan2 kasar dan biadab mung tuuu.. suatu masa nanti akan tiba masanya kamu terima pembalasan di depan Allah taala di akhirat kelak.. kamu beriman dengan hari akhirat..???

Buat pejuang2 islam ditanah air yg tercinta... teruskan perjuangan.. jangan mudah lemah.. perkuatkan lagi jemaah... banyakkan perbincangan dengan tuan2 guru kita.. berjuanglah dengan bersistem.. percayalah perjuangan kita yg berlandaskan Al-Quran dan Sunnah serta ulama sebagai kepimpinan sentiasa dibawah lindungan dan bantuan Allah.. Usahlah kamu bertanya bila tibanya kemenangan.. kerana kemenangan itu telah hampir.. walaupon pilihan raya beberapa tahun lagi... kemenangan tak semestinya melalui satu jalan... juga ingatlah.. Kebenaran tanpa perancangan yg baik boleh dikalahkan oleh kejahatan yg bersistem..

Aku dan sahabat2 diseluruh bumi Allah ini sentiasa mengiringi perjuangan mu... disana mata kamu pedih oleh gas beracun... disini kami mata kami juga turut pedih dan berair merasai kereritan perjuangan mu disana.. perjuangan mesti diteruskan.. hingga kita benar2 mencapai kemerdekaan yang hakiki.. sehingga islam itu berada ditempat yg sepatutnya.. jiwa kita takkan merdeka selagi bumi Malaysia tak tertegak hukum Allah...

Untuk itu berkorbanlah sahabat2ku.. biarpon terpaksa melupakan Mawi yg di-ikon kan.. biarpon hati muda kita tak boleh melepak di karoke lagi.. biarpon andai suatu hari nanti tiada lagi konsert2 yg muda mudi pas juga ada join...walaupon suatu hari nanti yang ber'couple2' takleh 'ngerek' dan jalan dua2 lagi... relakanlah demi islam tercinta...

Merdekalah wahai umat islam.. merdekalah wahai pasukan KEPALA MERAH. hentilah pengabdian kamu terhadap taghut... hentikanlah...

Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha pengampun.

Wednesday

Wind Of Change

Wind of Change - [DK Barat version]
[make sure ur speaker is On]
I follow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change
An August summer night
Soldiers passing by
Listening to the wind of change
The world is closing in
Did you ever think
That we could be so close,
like brothers..
The future's in the air
I can feel it everywhere
Blowing with the wind of change
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
In the wind of change
Walking down the street
Distant memories
Are buried in the past forever
I follow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away in the wind of change
The wind of change
Blows straight into the face of time
Like a stormwind that will ring the freedom bell
For peace of mind
Let your balalaika sing
What my guitar wants to say
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
In the wind of change.

Monday

Words from Nadeem

Words from Nadeem Sabbb.

Aslamalikum!
My Best Friend Zahid ( So called So What?),
Thanks a lot that you thought that I am died and for all you prays,
memories and wishes that you expressed about me in my life,
but you that thought I am died.
That was my eldest brother who is not in this world now,
he was not only eldest brother, he was my best friend,
a great sincer care taker and advisor what soever.
i am till now I am due to him and he has done much more for me in his life.
Now I will do all for his little inocent kids.
May God Bless His Soul in Janat-ul-Firdous!! Ameen.

Regards,Nadeem

Friday

Keringanan dan ketegasan dalam Islam

Keringanan dan ketegasan dalam Islam
Khutbah jumaat di masjid Taybah hari ini disampaikan oleh imam masjid tersebut, Imam Abu Yahya.

Khutbah menghuraikan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abu Barzah Al-Aslami dimana beliau telah bersembahyang (asar qasar 2 rakaat-musafir) di tepi sebatang sungai ketika berada di Ahwaz (di Iraq).

Abu Barzah bersembahyang sambil ditangannya memegang tali kudanya. Tiba2 kudanya bergerak cuba pergi jauh ke belakang, maka Abu Barzah berundur mengikut kudanya. Kebetulan pada ketika itu ada org Khawarij melihat perbuatan Abu Barzah lalu berkata: 'Oh God! damn! look at that old man, how he prays?!'. Setelah Abu Barzah selesai solatnya, beliau berkata kepada org Khawarij tersebut, "I heard what u said, but wellknow that i've companion RasuluLlah in more than 6 times in battle, so that i know much thing about our religion and the convenience which taught by Prophet. So, move back following my horse is better than pull it back to its place which will bother me alot!"


Jawapan yg diberikan Abu Barzah kepada org Khawarij ini menunjukkan bahawa melakukan gerakan (melangkah) dalam solat kerana sebab2 tertentu adalah dibolehkan. Dan sudah tentu jawapan ini disandarkan terus dari ilmu yang diperolehinya terus dari RasuluLlah kerana beliau merupakan seorang sahabat baginda. Pengertian dan pemahaman seorang sahabat dalam ilmu ugama adalah terbaik dari golongan2 selepasnya. Apa lagi jika dibandingkan dengan umat kita pada hari ini.

Terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini, antaranya sudah pasti berkenaan adab dan keringanan yg di hadiahkan kepada kita ketika menunaikan solat. Kisah diatas mendalilkan bahawa kita diharuskan melangkah sedikit ketika dalam solat dalam keadaan2 tertentu.

Ini juga membuktikan bahawa Islam tidak membebankan umatnya sekalipon ketika berada didalam solat, tidak berarti kita tidak dibenarkan melakukan apa2 yg lain walaupon pada asalnya kita diwajibkan berdiri diam.

Kisah ini juga sedikit sebanyak menceritakan bagaimana sikap golongan Khawarij yang terkenal dengan suka mentafsirkan Al-Quran perpandukan akal dan fahaman sendiri sahaja tanpa mengkaji dari hadis2 RasuluLlah. Hinggakan seorang sahabat nabi yg pernah bersama baginda dalam perperangan dan pernah hidup bersama baginda juga dipersendakan dengan sinis.

Sesungguhnya Islam adalah ugama yg mudah dan tak membebankan penganutnya, namun begitu, disana terdapat banyak perkara yg telah disalah ertikan dan berlaku salah faham. Ada yang terlalu meringan2kan ugama Islam ini sehingga Islam boleh dipermain2kan.

Aku teringat kata2 Marina Mahathir ketika bercakap membela Ayah Pin, dimana dia telah membandingkan Islam ini seperti sebuah kelab. Siapa sahaja yang menyertai sebuah kelab, sepertimana dia bebas menyertainya begitulah juga dia sepatutnya bebas untuk keluar atau meniggalkannya. Begitu juga dalam hal ugama. Dia menunjukkan rasa peliknya apabila sebuah ugama (Islam) yang terbuka kepada siapa sahaja, tetapi tidak membenarkan penganutnya utk keluar berpindah kepada ajaran ugama lain.

Semudah itu Islam diperkatakan. Sekali tengok, disitu jugak terdapat unsur2 yang terdapat dalam fahaman golongan Khawarij yg banyak memahami Islam dan Al-Quran hanya berpandukan akal semata2. Lalu apabila suatu perkara yg pada mata mereka kelihatan seolah2 janggal/pelik, maka mereka akan mengatakan bahawa perkara tersebut adalah bertentangan dengan fitrah manusia, kebebasan dan sebagainya.

Perlu diingatkan, dalam mana2 ugama didunia ni pasti didalamnya terdapat perkara2 yang tidak mudah sekiranya difahami dengan akal semata2 tanpa panduan yg khusus. Dalam Islam kita berpandukan pada Al-Quran dan Hadis RasuluLlah serta kias ulama.

Dalam perkara murtad, ada terdengar mereka2 yg juga mengaku Islam mempertikaikan mengapa murtad dihukum bunuh. Terlalu berat dan kejam, sedangkan Islam bukanlah ugama kekerasan.
Murtad berarti keluar dari Islam melalui jalan2 tertentu seperti melalui pengakuan, perbuatan dan kerelaan hati. Sekiranya seorang muslim didapati murtad, dia akan diberi peringatan supaya bertaubat dan kembali kepada Islam. Sekiranya dia enggan, akan diberi tempoh 3 hari. Sekiranya tetap berkeras tidak mahu kembali kepada petunjuk, maka hukumannya di bunuh.

Murtad berarti belot, berpaling tadah dan hasilnya sudah tentu membahayakan Islam dan umat islam yg lain, juga dirinya sendiri. Kita lihat mereka2 yang murtad bukan sahaja sekadar keluar dari Islam, bahkan cuba pula mempengaruhi orang lain serta mempersenda2kan Islam. Kalau dalam sebuah angkatan perang, hukuman pada mereka yg belot pastinya bunuh. Itu dalam angkatan perang. Sebuah pasukan yg ditubuhkan manusia sendiri, yg hanya berjalan dimasa2 tertentu. Bagaimana pula dalam soal ugama, jalan hidup yang jauh lebih penting untuk dijaga!!

Ingat, dalam Islam, dalam perkara furu' bab feqah sekiranya kita melanggarnya dikira berdosa dan mesti bertaubat supaya dosa tersebut diampunkan kerana manusia sememangnya tidak terlepas dari kesilapan. Tapi kalau melanggar batas yg berkaitan dengan aqidah, kesannya amatlah besar, kerana iman dan Islam seseorang boleh tertanggal dan terkeluar dari Islam. Apabila begini, maka sia2lah segala amalannya, tertolak ibadahnya selagi dia tak mengucap dua kalimah syahadah mengaku kembali kepada Islam. Bahayaa..!!

Ianya bukanlah suatu kekerasan.. bahkan merupakan satu jalan penyelamat. Sesungguhnya Islam ini ugama penyelamat.

Begitu juga contoh bagi kewajipan yg diletakkan oleh Islam kepada wanita Islam supaya bertudung dan menutup aurat, sekiranya itu hanya dilihat dengan otak singkat manusia semata2 memang kelihatan seperti menyusahkan. Tapi itulah jalan penyelamat yg diajar oleh Allah dan RasulNya sebagai jalan menjaga serta memartabatkan maruah wanita. Bukan satu kekerasan.

Dalam bab tudung ni pon aku teringat nak cakap satu perkara, masih terlalu ramai lagi wanita2 islam yg tidak menunaikan kewajipan menutup aurat dengan bertudung ni, mereka dikira berdosa sepanjang berada dalam keadaan tersebut. Tapi, yang lebih bahaya ialah sekiranya mempertikaikan hukum menutup aurat yg jelas diwajibkan oleh Allah, atau pon mempersenda2kan orang yg menutup aurat, ini boleh membawa kepada rosak aqidah dan terkeluar dari Islam, walaupon dia bertudung!

Oleh itu, jagalah aqidah kita sekuat mungkin, jangan mudah terpengaruh dengan ajaran2 yang kita sendiri tak pasti, apa lagi kalau yg sememangnya jelas bertentangan dengan Islam disamping cuba sedaya upaya menyempurnakan kewajipan dalam berugama dan cuba sedaya upaya mengelak dari melakukan dosa samada besar atau kecik.

Sekali lagi aku pesan untuk diri aku dan siapa saja yg baca tulisan aku ni supaya perkukuhkan aqidah Islam kita dari terpesong dengan perkara2 yg kadang kala kita pandang remeh. Sentiasalah kita pesan memesan serta ingat mengingati sesama kita, semoga hasilnya dapat kita kecapi bersama.

.:Even smile is charity:.

Thursday

Tok guru minat Mawi?

Mawi,Ustaz Akhir Hayy, Mestica dan Ustaz Abdul Aziz Che Mat
berkongsi pentas di Kelantan.

Tadi baca kat Harakahdaily kerajaan Kelantan akan menganjurkan konsert yang dikenali sebagai 'Tautan Kasih' yang akan diadakan di Padang Perdana, bermula jam 9 malam pada 30 september depan. Konsert ni merupakan konsert hiburan alternatif yang jarang2 kali dianjurkan kerajaan Kelantan.

Antara artis yang dijemput menjayakan konsert tersebut ialah pelajar lepasan Akademi Fantasia 3 Asmawi Ani yang juga telah menjuarai pertandingan akhir program tersebut. Turut diundang juga ialah Ustaz Akhir Hayy, Mestica dan Ustaz Abdul Aziz Che Mat.

Tak dapat dinafikan, tarikan utama konsert itu nanti ialah kehadiran Mawi yang kini menjadi kegilaan dan idola ramai.

Dan semestinya tindakan berani kerajaan Kelantan bawah pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang diluar dugaan itu membawa kejutan dan bakal menerima reaksi yang bermacam dikalangan anak rakyat dari pihak kerajaan dan pembangkang.

Apapon, kita percaya dan berharap tindakan Tok guru menjemput Mawi mengadakan konsert di Kelantan mempunyai tujuan kearah kebaikan yg berhikmah.


Namun tindakan tersebut bagi aku sedikit sebanyak seolah2 melawan arus asal perjuangan pihak Tok Guru yg sebelum ini tidak berkenan dengan program AF itu sendiri. Namun kini cuba bertindak mengutip buah dari pohon larangan sendiri.

Kenyataan Tok Guru berkenaan keperibadian Mawi adalah berpandukan 'berita yg disiarkan media massa'. Aku percaya Tok Guru tak pernah tercongok depan TV menonton atau mengikuti bagaimana perjalanan program AF itu sendiri, bermakna maklumat yg Tok Guru dapat tak cukup.

Walaupon setelah berbaik sangka, kita percaya hati kecil Mawi sendiri tidak redha dengan beberapa acara dalam AF tu, namun bagi aku ia tetap merupakan suatu kesilapan besar kerana ianya telah banyak membuka ruang Islam dipermudah,direndah2 dan dipersenda. Orang ramai tahu latar belakang Ustaz Mawi sebelum menyertai AF3 dan kini seolah2 'sengaja' mempengaruhi orang ramai yang sedia ada dalam kekeliruan terus terkeliru.
Benar, Mawi manusia dan manusia tak lepas dari kesilapan. Tapi keadaan berbeza apabila kita menjadi contoh pada orang ramai. Penyertaannya kedalam program AF itu sendiri menunjukkan dia sudah 'hanyut' dan hilang jati diri apabila dengan patuh mengikut setiap ajaran yang diberikan guru2nya di AF tersebut.


Kini Kelantan turut menampakkan minat dalam menyanjungi artis. Layanan istimewa menanti Mawi di Kelantan. Pasti bukan kecil kerajaan Kelantan akan berbelanja demi konsert Mawi.

Apapon kita berharap tindakan berani Kelantan itu mempunyai tujuan tersendiri. Alangkah baiknya kalau Mawi boleh diajak menjadi anak didik Tok Guru.

Aku manusia,
Kau manusia,
Mawi manusia,
Tok Guru manusia.

Tuesday

Maafkanlah...

Saya budak baru belajar
(dedicated to my honey)
Semalam kita gembira
hati kita berbunga
bergurau mesra
bermanja
Hari ini kembali bersua
ada hati terluka
bukan kerana sengketa
kerana bait kata-kata
menghiris jiwa
Dulu pernah ada yang berkata
tajam pedang, tajam lagi mata bahasa
terkadang tersilap menyusunnya
kadang kala terlupa
ada yang tak selesa
membawa salah sangka
Aku punya satu permata
yang ku jaga-jaga
aku bangga dengannya
semalam ia bersinar indah
di tapak tangan ku
tak sengaja aku terlepas
Di tangan ini juga
yang dulu membelai
kini bagai melerai
tak kusangka terabai
kini aku terkapai
Maafkanlah disana
tak terniat mempersenda
apa lagi menghina
kebetulan belaka
hingga aku kecewa
Aku rindu
waktu dulu
macam selalu
maafkan aku...
[by thrashersufi]

pulut & mulut

Sebab pulut santan binasa
Sebab mulut abis pulut

Hari Yang Perlu Diperhatikan

Hari-hari yang perlu diperhatikan

Ogos 2005 - Rejab 1426 - Kematian Raja Fahd

Oktober 2005 - Ramadhan 1426 - 1) Gerhana diawal bulan.
2) Bunyi yang menggerunkan ditengah bulan (malam)
*
3) Gerhana ditengah bulan (siang)
4) Ada tanda dilangit seperti tiang bersinar.

November 2005 - Syawal 1426 - Peperangan dan huru hara

Disember 2005 - Zulkaedah 1426 - Konflik antara Negara Islam atau suku kaum.

Januari 2006 - Zulhijjah 1426 - Pertumapahan darah di Mina pada musim Haji

Februari 2006 - Muharam 1427 - Imam Mahdi Di baiat (Hari Asyura)

Hari ini 16 Ogos 2005 - 11 Rejab 1426

Ramalan ini dibuat secara ilmiah dan pengkajian yang teliti oleh Abu Basyir Ad-Daiki Al~Jawi.
*jika berlaku, simpan bekalan untuk setahun.

Ulasan ringkas:
Ramalan bukanlah suatu perkara yang tepat dan harus dipercayai secara mutlak. Kerana ianya merupakan suatu yang belom pasti. Sedangkan dalam ajaran Islam, segala perkhabaran tentang peristiwa masa depan dan berita alam-ghaib ada disebut didalam Al-Quran dan penerangan dari RasuluLlah s.a.w. Perkhabaran yang jelas dari Al-quran dan Hadis2 sahih wajiblah dipercayai dan diimani oleh setiap muslim.

Namun yang biasa menjadi masalah ialah apabila perkhabaran tersebut datang dari sumber2 yang tak pasti dan mengelirukan. Dan ini bermakna ianya hanya satu ramalan atau andaian seseorang melalui jalan2 dan proses2 penyelidikan dan pengkajian terhadap peristiwa2 lalu, kebiasaan pada adat dan hikayat2.

Kadangkala hadis daif ataupon hadis palsu yg direka demi kepentingan tertentu menjadi sumber dalam meramal kejadian akan datang. Oleh itu berhati2lah dengan sebarang perkhabaran yang kita terima.

Sebagai contoh, ramalan berkaitan tibanya Imam Mahdi diakhir zaman yang mendakwa waktunya telah tiba iaitu tahun hadapan (2006). Ini adalah berpandukan hadis yang menyatakan tanda terakhir turunnya Imam Mahdi ialah apabila berlakunya dua kali gerhana dibulan Ramadhan. Dan perkara ini dijangka akan berlaku pada bulan Ramadhan akan datang.

Untuk pengetahuan kita bersama, peristiwa berlakunya dua kali gerhana dibulan Ramadhan bukanlah satu perkara baru. Sebelum ini peristiwa seumpama telah terjadi beberapa kali.
Juga, hadis yang menceritakan tentang turunnya Imam Mahdi setelah berlakunya gerhana dua kali di satu bulan Ramadhan telah didapati tidak soheh dan palsu.

Sebenarnya idea yang mengatakan gerhana dua kali itu adalah petanda akhir turunnya Imam Mahdi adalah disandarkan kepada Imam Ja'far bin As-sadiq dan beliau merupakan salah seorang imam besar kaum Syi'ah. Riwayat,pendapat dan ajaran yang hanya bersandar kepada imam Syiah adalah tertolak kerana golongan ini telah terkeluar dari ajaran aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah kerana mereka mengkafirkan para sahabat nabi yang diiktiraf didalam Al-Quran dan khalifah Islam selepas kewafatan RasuluLlah.

***Segalanya kita serahkan kepada Allah.
***Perkukuhkan aqidah, kuatkan iman dan beribadatlah semampu mungkin.

Saturday

London tower.?


Gambar ni takde mende istimewa pon.. sebab background dia tak berapa cantik.. kan?tapi tadi ada org tu suruh aku letak jugak gambar ni dlm blog ni.. aku pon letak la.. biar dia puas hati! ;)

aku kat pintu gerbang jambatan London. sebelah aku tu istana lama.. belakang sana yg biru tu la menara London yg baru.. pastu nampak bangunan2 dan pokok2.. satu kombinasi lama dan baru.. pembangunan moden dan simpanan alam hijau.


cepat laa..nak jatuh niii..!!

Friday

Muhammad Saleem Nadeem Bhatti


Muhammad Saleem Nadeem Bhatti
http://www.layyah.com/saleem.html
He was :
Founder Of WwW.Layyah.Com,
Mechanical Instructor GPI Layyah,
LEGEND Of Layyah,
Father of 2 kids,
Writer of 4 Technical Books,
Pioneer of CAD/CAM/CNC at GPI,
Etc, Etc ...
------------------------------------------------------------

Dia ni member aku waktu dekat pakistan. Dan aku rasa dia lah satu2nya pakistani yg tak macam pakistani. maksud aku dari segi cara dia berfikir, pergaulan dengan orang dll.
Waktu di pakistan, aku tak ramai member pakistani. bukan sombong tanak kawan dengan derang. tapi derang ni memang jenis takleh kawan. tambah plak aku ni orang luar. abis tu sebab apa? keling, biasa la..keje nak belit je.. cakap besar ada la.. tapi member aku ni lain sket laa.. memang bleh buat kawan masa senang dan masa susah.

Teringat aku satu hari tu, aku baru sampai Islamabad dari M'sia..sampai airport pagi buta.. amek texi nak ke hostel aku.. skali sampai kat hostel, gate kunci.. pak guard tah kemana. nak tunggu cerah lambat lagi. tambah plak waktu tu winter..sejuk gile babas arr.. aku tatau nak gi mana. last2 teringat aku kat Nadeem ni.

sebelum tu aku tak pernah lagi mintak tolong dgn dia, kali ni aku ada dia je member waktu tu.. so aku call dia..citer masalah aku. waktu tu kol 3am lbih kot.. lepas tu sanggup dia dtg amek aku dgn motor buruk dia tu bawak aku ke lab komputer dia somewhere kat islamabad tu.. bagi kunci kat aku.. suruh aku duduk situ.. dlm tu ada heater..bilik air&tmpat bancuh kopi.. ok laa.. bleh main tenet free lagi.. pastu dia balik umah dia tinggal aku situ sorang2.. dia tak ajak la aku gi umah dia sebab dia dah kawin..rumah dia pon kecik je.

Apa yg aku nak citer kat sini.. masa tu aku baru je kenal dia tak sampai setahun.. tapi dia bleh caya kat aku, bagi kunci lab komputer dia kat aku pastu tinggal aku sorang2.. kalo aku jahat? curi komputer dia yg masa tu dekat 40 buah komputer tu..tak ke naye. ermm.. dari segala cerita dan pengalaman aku masa duk pakistan.. ni la salah satu citer yg aku ingat lagi..

anyway..Nadeem sabbb.. thanx alot for everything u've done many kind things for me as long we were been a friend.. as a friend.. as a brother.. as a father.. u can be anyone of thats!

OK..! tu cerita haritu... kenapa baru harini aku nak tulis benda ni.. hehe.. sebab harini aku jumpa lagi dengan Nadeem ni.. rupanya idup lagi mamat ni.. kat U.S.A dia skrg.. urusan bussines.. Aku tau berita kematian dia ni pon melalui website dia Layyah.com tu.. harini aku chat dgn dia.. dan baru aku tau kenapa dia letak kat web dia yg dia dah passed away.. sebab Pakistani memang susah giler nak masuk U.S.. susah dgn pakistani sendri sebenarnya.. untuk mengelakkan banyak perkara yg tak best berlaku.. dia menghilang diri..pastu apply visa U.S.. pastu terbang sana dengan harapan dan matlamat. Dan skarang dia dah muncul balik dengan 70% kejayaan.. dia ada projek besar sebenarnya.. nanti2 la aku tulis kat sini.. sementara ni aku tulis kat aku punya blog peribadi dulu.

Lastly.. all i wanna wish is Good luck and be Zabardas always..!!
So whattt..!!!

Monday

London Bridge

[Front of London Bridge]

Sebelum ni aku cuma tengok jambatan London ni. Semalam aku dah berpeluang jalan2 situ, bergambar dan hirup udara petang kota London.

Jambatan batu ni mula dibina sekitar tahun 1176 dan siap pada tahun2 awal kurun ke 13. London Bridge yang pertama merupakan jambatan Roman yang dibina menggunakan kayu. Namun jambatan tersebut telah rosak disebabkan kebakaran dan banjir besar. Lepas tu Peter de Colechurch bercadang utk mendirikan semula jambatan tersebut dengan batu. Kemudian dalam tempoh 30 tahun jambatan tu didirikan semula. Pembinaan semula jambatan tersebut telah menggunakan tenaga kerja manusia seramai lebih kurang 150 nyawa.


London Bridge. Gelap la pulak gambar ni!
Posted by Picasa

Sunday

Mawi menang AF3!!

SHAH ALAM: Calon pilihan ramai, Asmawi Ani atau Mawi dinobatkan juara musim ketiga program realiti, Akademi Fantasia (AF3), di Stadium Malawati di sini, tepat jam 11.18 malam tadi. Beliau juga memenangi kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.Kemenangan

Mawi, 24 yang menyandarkan lagu Seroja (penyanyi asal S Effendi) dan Aduh Saleha, ciptaan M Nasir, memang sudah diduga kerana sejak dimasukkan semula ke AF3, kedudukan undian untuk peserta dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu sentiasa pada paras teratas.Suara Mawi terutama ketika mendendangkan lagu Seroja memikat lebih 6,000 penonton yang memenuhi stadium itu, malah tiga pengkritik - Kudsia Kahar, Adlin Aman Ramli dan Syafinaz juga terpegun dengan persembahannya.

Berikutan kemenangan itu, Mawi menerima hadiah bernilai RM321,854 termasuk sebuah pangsapuri (RM176,000), kereta Suzuki Swift 1.5 (bernilai 78,000), wang tunai RM20,000, pakej percutian ke London dan Paris, produk Olympus, trofi serta hadiah iringan lain.
______________________________________________________________________
Akhbar harian msia dah jadi macam majalah hiburan la pulak.. mawi menang AF3 pon bleh dapat tempat kat muka depan.. mengalahkan berita2 lain yang lebih penting untuk dibaca orang ramai sebagai maklumat harian..tapi kalo sekarang ni nak dapat info tentang hiburan katogeri mainstream ni takyah beli majalah hiburan pon takpe..

tu yang kat muka depan.. belek sebelah.. ada jgk selit hiburan.. kat iklan.. hiburan jugak ada.. bahagian hiburan lagi laa.. kalo dah macam tu jadinya... baik la jadi akhbar hiburan terus.. lagipon.. kalo tak jadi akhbar hiburan pon.. berita2 harian yang lain bukan betol sangat.. berita putar belit je banyak. kita yang baca ni plak kena fikir..kena tapis balik berita2 yang dimuatkan. camne niii... nak buat camne.. nak cari untung punya pasal... slogan bukan main Ilmu&maklumat!!! waahh..!! caya laa...

wookeh.. berbalik pada Mawi yang dipuja dan dipuji serta dijulang mengalahkan mahathir ni... kawan aku cakap kemenangan mawi kena check balik.. sebab kemungkinan dia menang dengan pengundi hantu.. huhuhuu..

aku ni nak kata ikut tu..takde la ikut sangat. tapi bukan tak tau apa2 la tentang AF ni.. walaupon camtu.. aku rasa yang sepatutnya juara AF3 tu bukan mawi.. tapi Amelya.. sebab dia lebih berbakat dan tak hipokrit...

Bestnya kalo bleh jadi tukang komen setiap kali konsert AF3 tu.. mesti aku bagi kaw2 la kat si Mawi yang poyo,hipokrit,bodo,keras,kaku,rosak lagi merosakkan...

Tak dinafikan, semua yang terlibat dengan rancangan maksiat terhormat AF ni semuanya terpesong dari adat2 kemelayuan dan ugama kita.. termasuk aku? tapi si Mawi la aku rasa yang dapat saham paling besar...

Dengan kehadiran dia sebagai pelajar AF tu ..membuka banyak jalan penghinaan dan persendaan terhadap Islam.. aku paling terbakar bila dia nyanyi lagu 'Pergi takkan kembali' haritu... kononnya bagus la sebab bawak nasyid.. berdakwah.. tapi mana penghayatan sebenar jalan dakwah camni tatau la.. sebut nama Allah..ucap LailahaiLlah dalam lagu tu.. atas pentas tu.. sekali dengan jantan betina campur..dengan joget2nya skali.. tayang depan jutaan ummat.. jabatan agama takde tegur apa2.. orang ramai pon mula fikir.. "nasyid takpe..." "takkan ustaz mawi nak nyanyi kalo benda tu salah" hampehnye ko mawii... memang sesat menyesatkan laa.

aku rasa ni antara agenda setan mengangkat seorang Mawi yg awalnya nak ikut pertandingan bilal..pastu bapak dia bagi dia join pertandingan AF.. tuhan dah nak selamatkan dia bila dia awalnya tersingkir..tapi siap diberi peluang kedua setelah dilihat dia bakal menjadi penyesat yg berpotensi..lepas tu sampai dia menang dan InsyaAllah katanya akan menghantar Ibunya menunaikan ibadah umrah dengan duit dari rezeki "halal" yg dimenanginya setelah berjaya menyesatkan ribuan umat islam di m'sia...

kemenangan mawi memang atas bantuan iblis yang memang kerja dia menyesatkan.. mula2 bukan main tunjuk warak..berat nak pegang tangan pompuan.. lepas tu.. siap dukung lagii.. bapak dia pon bangga je tengok anak camtu..

memang kita manusia.. tak lepas dari dosa.. kadar iman tak sama.. ada yang lemah.. ada yang kuat.. tapi kalo sedar kita belom mampu jadi muslim terbaik.. jangan la pulak hanyutkan orang lain sama... kalo sedar iman tu lemah.. jangan la join aktiviti2 yang bleh lemahkan lagi iman kita. tapi tu pon kalo dia sedar.. aku takut..dia tak sedar diri.. tapi tak munasabah laa.. Qari tilawah quran tuu..!! takkan jahil sangat.

dengan penyertaan dia sebagai pelajar AF tu jugak tlah membuka jalan org menghina dan mempersendakan ugamanya sendiri.. "kalo saya nak tegur mawi..kena pakai tudung dulu la" diikuti dengan gelak tawa beramai2 satu dewan tu...

tapi nak buat camne.. org kita memang gila hiburan sampai tak kira dah apa yg dibuat artis.. aku ni bukan anti mawi dan anti hiburan.. aku pon layan jugak.. aku manusia jugak.. dan hiburan tu bukanlah salah dalam islam pada asalnya.. tapi tengok2 laa.. ini takk... fanatik teruss..!

masa felix nyanyi sambil main gitar dengan 2 orang lagi tu.. mawi cuma main benda yg kerincing2 tuu...(tah apa nama) bila org kata dia tak main sebab tak reti main.. ada la yg fanatik mawi ni sangkal "Mawi tak main gitar sebab gitar tu haram!!" kepala hotak dia.. kalo nak ikut.. korang duk tengok konsert tu pon haram (termasuk aku?) mawi pegang,peluk,joget ngan pompuan tu lagi jelas haram.. gitar tu takde la pulak dalil2 sahih tentang pengharamannya (kalo ada bagitau aku!) tapi disebabkan fanatik..taksub.. bela je membabi buta.. ni la org kita...

kesimpulannya.. budak2 AF tu menang dengan undian melalui SMS.. jadi org yg undi. yg SMS tu la penyebab utama semua ni.. Astro dapat untung..korang yang abis duit.. bayar tiket "api".

Saturday

Short History of HardRock Cafe

[History of HardRock Cafe]

The brainchild of Isaac Tigrett and Peter Morton, the first Hard Rock Cafe (HRC) opened its doors in London, England June 14, 1971. Attracting customers with first-rate but moderately priced casual American fare, warm service and ubiquitous Rock 'n' Roll music and sensibility—HRC became an instant classic.


In HardRock store London bersama Bro Herry.
Posted by Picasa

Sehari di London

[Sehari di Kota London bersama Bro Herry]

Setelah sekian waktu aku berada di U.K, semalam merupakan kali pertama aku memijak kaki di Kota London.

Bro Herry yg baru sampai sini beberapa hari pon dah pegi.. dan semalam untuk kali kedua dan terakhir (utk masa skrg la) dia pergi lagi.. kalo haritu dia pegi dengan adik Zubir.. kali ni dengan aku plak.. pegi dengan bas je.. tu pon setelah membuat keputusan yg agak tergesa2 walaupon dah plan nak pegi beberapa hari sebelum tu. Tapi disebabkan keadaan sekarang ni yang bila baca atau dengar berita macam2 cerita hampeh yg membuatkan kami terpaksa fikir dan tangguh dulu trip sehari kami ke London. At last.. pergi jugak dan semuanya selamat.

Teringin aku cerita sedikit pengalaman dan kenangan waktu pegi kota bersejarah bekas penjajah kita ni. Sebagai kenang-kenangan untuk aku dan kalo ada orang lain baca blog ni.. mana la tau kot2 bleh kongsi2 cerita.

Kami bertolak dari Leicester ST. Margarets Bus Station hari jumaat jam 1.10pm dengan return tiket 15pound seorang, perjalanan dijangka mengambil masa 2 jam 45 minit untuk tiba di Victoria Bus Station, London.

Kami mengambil kesempatan menikmati pemandangan indah bumi tuhan dimana jalan yang kami lalui banyak merentasi kawasan ladang dan kebun serta sebahagian kawasan perumahan terancang. Persekitaran masih terjaga dan hijau. SubhanaLlah, sungguh indah ciptaan Allah.

Kami tiba di Victoria station pada waktu seperti yang dijangka. Dari station bas tu kami terus menapak mencari UNDERGROUND untuk ke destinasi seterusnya. Bro Herry walaupon baru sekali datang London, tapi masih ingat jalan. Di underground kami ambil tiket One day trip berharga errr.. brapa pound Bro..?? gua lupa daa.. tapi berpatutan laa.

Terus naik tran setelah mencari2 lorong mana nak masuk dan tersalah masuk lorong sekali. Dari victoria kami menuju ke Whitechaple. Tapi kami turun di Aldgate East lepas tu jalan kaki ke Whitechaple. Lepas peristiwa Bomb underground tube tran bulan lepas, macam2 cerita tak best kita baca, polis tembak org tak salah la, muslim di uk mula dibenci la. So, kami saje nak tengok macamana pulak layanan polis terhadap orang luar muslim macam kami ni. Waktu nak tanya jalan ke, saje gi tanya polis, dan hasilnya, polis2 dia masih lagi menunjukkan sikap kindly dan friendly.
Suasana kat sana pon masih nampak happening jee.. macam takde apa2 berlaku je, underground train yg katanya peratus penumpang turun tu pon kami masih terpaksa bersesak dan berhimpit dengan orang ramai seolah2 mereka dah lupa peristiwa 7/7 tu. Pendek kata semuanya masih macam biasa. Cuma kalo tgk kat berita je ada macam2 cerita. Biasa la, derang nak kasi laku surat khabar jee.. saje hangatkan cerita.. hehehe.. tu la Bro, jgn cepat terpengaruh! ;)

Eerrr.. kita dah sampai mana tadi.. Ok, dah sampai Whitechaple tu.. kami jalan kaki je la.. pusing sana sini sedar tak sedar sampai dekat London Bridge.. Jambatan yang merentas sungai seluas kira2 satu kilometer kot! hehe,main agak je.
Dekat dengan jambatan tu ada belah kiri Castle.. apa nama dia pon aku tatau, tak pegi pon, tgk dari jauh.. belah kanan bawah ada dataran, ramai jugak la orang lepak situ, pelancong dari Cina atau Jepon banyak aku tgk kat situ. Dekat dataran tu ada pentas kecik, ada gambar2 menarik dipamerkan dan ada restoran atas air (atas kapal cruise).

Dari situ kami ke underground lagi untuk ke GreenPark (ParkLane) sebab Bro Herry nak beli buah tangan kat HardRock untuk kaum kerabat dia kat M'sia tu. Aku ni join skali laa.. nak tengok camne rupa HardRock Cafe pertama dibuka ni (June 14, 1971). bukan nak beli apa pon.

Lepas puas layan Bro Herry merabakkan poketnya sambil layan awek Hardcore yg jaga store tu..
hehe..(ha' jgn pk bukan2 plak!) bukan layan saje2, nak bodek membership card jee... Kami ke Leicester Square plak.. kat situ kiranya tempat banyak org lepak&jalan2 la.. sebab banyak kedai, chinema, kedai2 sourvenir dekat dengan Chines Town.. dekat dengan Soho (tempat ehem2;) dan apa2 lagi laa.. masa sampai situ dah gelap.. perut pon dah lapar.. mula la cari kedai nak makan.. kedai byk laa.. tapi tatau mana kedai halal.. cari punya cari.. jumpaa la satu kedai kat celah2 bangunan tu..nama kedai American Chiken, tapi Pakistani punya.. kedai HALAL.. selamattt kami dari makan bangkai haritu.. hehehe..

Dah abis makan.. lepak2 kejap.. cari underground lagi untuk ke Victoria station.. sampai di bas station, tinggal lagi sejam nak bertolak balik.. lepak je la situu. kat situ org dah kurang tak cam kat Leicester Square tadi.

11.45pm kami bertolak pulang ke Leicester, kira2 jam 3.30 pagi baru sampai rumah.. pintu pulak kuncii.. budak2 ni semua gi keje.. tinggal Amar bdk France tu je sorang.. mesti tido punya.. buat misscall beberapa kali baru dia bangun..AlhamduliLlah semuanya selamat.. selamat pergi dan ni dah selamat kembali.. hehehe.. cam best je bahasa dan citer aku kali ni kan.? :D

Aku pon dah puas hati dan terasa bestnya gi jalan harini walaupon bukan jalan ngan awek.. hehehe. kalo bleh jalan dengan awek mesti lagi best...nak best lagi jalan dengan bini.. tak balik pon takpe. lepak je hotel semalam ke kat sana.. ini tak, jalan2 je asyik nampak couple2 matsaleh duk beromen sana sini.. cam hampeh je terasoo.. huhuhuu..

Anyway..trip aku semalam adalah disponsor oleh Bro Herry.. kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kat Bro Herry..lain kali rasa nak gi jalan2 lagi.. ajak la gua lagi.. hehe..


Sehari di Kota London.
Posted by Picasa

Friday

Mabruk alaikum Azian&Azman.



Azian@Yanz..

Kenal kita di alam maya
Berbicara lewat tulisan
Kenal rupa melalui scanner
Pernah juga dengar suara
Tapi tak pernah jumpa empat mata.
Senyumlah...
Kiranya ada kenangan manis dulu2
Maafkanlah...
Andai ada yang mengguris hati
Doaku...
Semoga mu bahagia kekal abadi
bersama pasangan pilihan hati.
Ameen..yarabbal'alamin.

Thursday

Dalam caravan

Aku Hidup Dalam Caravan]


Dardad,Aku&zubir dalam caravan.

Tadi aku duk cari2 lagu yg aku save haritu kat laptop ni.. skali jumpa gambar masa gi Huntington haritu.. gambar ni dari digital camera Dardad..takyah scan nak msuk komputer, aku bawak camera.. tapi pakai filem.. tak cuci lagi.. bila nak gi print-out tatau laa.. takpe arr.. peram dulu sampai jadi filem classic..hehehe..
masa ni Dardad dgn adik aku hantar aku gi bertapa kat Huntington.. aku dgn fauzi.. bape ari tah lepak sana...malas nak kira balik :D

ermm..tengok gambar ni teringat aku kat Huntington.. teringat kat Caravan yg aku duduk tu..teringat kat Gerry..Tom..Lacy..Mr Jone..Argos(abas).. lembu2 tenusu Mr Jone.. ladang strawberry.. geng2 Hungrian..banyak lagi arr.. semua tu bakal jadi kenangan bagi aku buat selamanya...

Wednesday

huaargghh..

[huaargghh..]

Salam...
Blog yg ku sayangi selalu..harapnya dirimu baik2 selalu tak macam tuan ko yg kureng ni. Maaf kerana aku seakan mengabaikanmu sebelum ni.. bukan niat mensia2kan mu atau melupaimu..namun keadaan otak aku yg stuck ni tak mengizinkan aku untuk membelaimu..aku hanya sekadar mampu menjenguk mu setiap hari..sekadar memandang..

Harini dah 3 august.. berarti umur aku dah 24 tahun 2 bulan tepat..

mlm ni aku tak tido lagi amcam malam2 lalu... orang lain semua dah tido.. tinggal aku je duk ngadap laptop ni.. kadang2 suasana camni membuatkan aku terfikir.. merenung kembali masa lalu aku yang terrlalu indah dengan bermacam2 warna.. tapii...macam banyak kaler itamm jeee... ah.! dulu memang macam tu.. awan mendung selalu..ujan.. nasib baik ada gak payung.. walaupon bejalan dalam ujan.. sejuk.. basah sikit2.. bleh jugak aku sampai ke harini.. terus jugak berjalan.. sampai harini yg hujan lagi.. hujan renyai2... suram.. tapi masih ada samar cahaya... ok la tu..daripada gelap terus.. kan..? sejarah hidup kita.. hanya kita yang betol2 tau... baik buruk..pahit manis... pedas... masam2 masin..

Ahh.! teringat kat kawan2... kalo hitung2 balik kawan2 aku sejak dari mula2 tau berkawan dulu..sejak kecik2.. baper kerat je tinggal masih kawan sampai skrg erm.. banyak yg dah tinggal..lupa...bukan kerana sengketa.. tapi keadaan dan waktu memisahkan kita... kawan... aku suka berkawan.. hehehe... tu yg mak aku tak berapa suka.. sebab dia cakap aku bila kawan..ramai kawan.. lupa nak balik rumah.. nak lepak ngan kawan jee.. nape?? sepatutnya kawan paling rapat kita ialah keluarga kita.. hurmmm..

Jap..aku nak kira nama2 kawan yg aku ingat lagi...
1..alim.. ni kawan sejak kecik ni.. masatu duk Kedai Tepoh.. selalu duk main bodo2 dgn dia..pastu dgn budak2 lain lagi yg aku tak berapa ingat.. ha'..sorang tu budak pompuan yg aku bleh ingat lagi nama..zawahir.. hehehe... tah apa dia buat skrg.. urmm..alim ni ada abang..aku panggil abg Nan.. kalo duk main2 sampai senja.. abang Nan la gi cari dia suruh balik.. dari jauh lagi dgr bunyi motor honda abang dia dah bleh cam... giler... aku pon takut ngan abg dia masa tu.. bunyi je motor dia dtg.. lintang pukang la lari nyorok.. hehehe... bestt..!
tapi ni duluu.. masa kecik2.. kuarga dia pindah gi Batu 6.. jarang ah bleh lepak skali.. sampai skolah menengah.. skolah skali.tapi amsa tu aku tak lepak ngan alim dah.. sampai la aku tukar skolah..skali dia tukar skolah gak.. masa tu abru lepak skali.. tukar skolah sama2 lagi lepas clash dgn Badrole.. duk Kota bharu.. banyak arr citer masa dulu2... ingat2 balik best gak.. tapi malas arr tulis sini skrg.. sebab banyak benda yg kena sensor! hehe..

saper agi erk..?
hahaha..baru sorang dah tatau nak sebut sape...
nanti arr..esok lupa sambung orang lain plak..

ermm..esok kol 10 aku ada interview keje.. harap2 semua ok.. tapi ni tak tido lagi ni.. camne esok..kang lepas mampos..
ok arr...nak gi ah..baring2 kang lelap aah ni..